Wednesday, January 25, 2017

2017 Moga Ia Lebih Bereti

Salam sayang Semua
Salam membuka cerita ditahun 2017
terlalu lama mendiamkan diri
bukan tak sudi untuk menulis lagi
tapi ........................

permulaan 2017 yang amat baik buat kami sekeluarga
terutama farisyah walaupun sebenarnya susah untuk kami gambarkan
perasaan kami sekeluarga
mungkin bila kami ambil ini sebagai benda paling positif...
ini adalah yg terbaik yang harus kami terima
kerana ini mungkin permulaan untuknya 

rupanya banyak yg aku terhutang disini
nak sambung cerita MRI farisyah ari tue
nampaknya macam dah tak tersambung rasanya
result pun dah dapatkan
result????
seperti yang kami rasakan...
memang mcm tuelah result dia
dengan lekuk2 dibelakang otok kirinya
dengan bekas2 luka kerana geseran 
semua ada
tapi cukup sekadar itu kami kongsikan
yang lain biarlah kami je simpan kemas2 buat panduan kami sekeluarga

atas nasihat pakar dan pegawai di program 3PK
kami telah mengambil keputusan tukarkan farisyah ke sekolah
kami tukarkan farisyah ke Program Pendidikan khas Intelektif (PPKI)
proses tukar sekolah ini memang cerewet
dengan sekolah penuhnya
dengan masalah dia jabatan pendidikannya
tapi alhamdulilah...
jika selalu melancarkan perjalanan orang Insayallah ALLAH akan melancarkan perjalanan kita
walau sesulit mana pun masalah kita
insayallah ia akan menjadi mudah

Insayallah satu hari nanti akan aku ceritakan satu persatu 
macam mana proses pertukaran dapat dia buat'
apa itu PPKI?
korang doakan lah aku rajin nak bercerita ye...

oklah untuk permulaan cukuplah sekadar disini
mungkin lepas nie aku rajin sikit kot nak menulis lagi
doa2kanlah
oklah pergi dulu ye...
lain kali jumpa lagi...





10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

BloG PerIbaDi-SeGalanYa Hak MiliK aNNa-JuEaNNa