Tuesday, March 22, 2016

Tingginya Kamu

Salam Sayang
dua minggu berlalu tanpa update...
busy ke kamu???
mungkin kot...
banyak sangat benda kena buat

jom kita ringan2kan fikiran kita semua
bila cerita pasal anak daraku
macam2 nak tulis....
dari kita semua semua boleh ketawa sampailah kisah buat kita menangis teresak2
itulah anka daraku

alhamdulilah....
semakin hari semakin sihat
umur 9 tahun 6 bulan
berat 30 kg 
tinggi 132
hampir kalah dah ibu dia
nak tunggu umur 18 tahun...
tinggi ibu 154 je 
berat ibu????tak payah ditanya..hahahhaha
sebab comel sangat


ini pulak kisah adiknya...
berkeping2 ambil gambar..sekeping dua je yang cantik


bila kakak dah bersedia...
adik pulak mengada2...

tengok dipeluknya kakak dengan penuh kasih dan sayang katanya..


alahai anak...
kamulah penawar ibu 
kala ibu duka dan sedih
kamulah membawa kebahagian
ketawa ibu sampai sakit perut
kerana kata2 kamu..lawak kamu 
kamu berdua memang penyeri ibu

anak ialah anugerah dan amanah dari ALLAH
jadi sama2 kita menjaga mereka


ok jumpa lagi

salam sayang
jue - ibu farisyah dan faez



nak tempah Photo Magnetjom klip sini Photo Magnettempahan untuk hari guru telah dibuka...







10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

Wednesday, March 9, 2016

No update..Jemputlah datang

Maaflah tak sempat nak update blog...
esok start cuti sampai selasa
memang tak akan update blog...
sapa2 yang ada kat TERENGGANU
moh le datang kerumah mak kita
buat kenduri sikit 
adik perempuan bongsu kita kawin 
jemput ye...



ni projek kita buat...
goodies beg untuk dia


kat kawin pun kita buat sendiri
insayallah klu ada permintaan utk paper beg n kad tue..
kita akan buka untuk tempahan

Jemputlah datang ye ...

jumpa lagi nanti


10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

Monday, March 7, 2016

Ubat Cacing? Wajib ke untuk anak-anak

salam sayang semua
panjang tajuk entry kali ini
kisah ubat cacing je...
saja nak kongsi dengan korang '
kenapa kita harus bagi ubat cacing kepada anak2 kita

ok jom baca bawah nie...
aku copy dari satu artikel nie

KENAPA ANAK HARUS MAKAN UBAT CACING
Ini adalah kerana kanak-kanak bermula jalan pada umur tersebut tetapi masih tidak dapat menjaga kebersihan diri. Terdapat banyak jenis ubat cacing, contohnya, albendazole, mebendazole, praziquantel,ivermectin dan sebagainya. 
Ubat-ubat cacing tersebut digunakan untuk penyakit yang berbeza, seperti filariasis, helminthiasis, schistosomiasis dan onchocerciasis. WHO mencadangkan ubat-ubat tersebut diberikan setiap tahun kepada kanak-kanak yang tinggal di tempat di mana penyakit-penyakit tersebut berlaku dengan kerap.Penyakit yang saya kemukakan tadi biasanya berlaku di negara-negara mundur dan kawasan luar bandar di mana sistem tandas, tahap kebersihan dan pendidikan agak terbantut. Oleh itu, sekiranya, kanak-kanak tidak berasal atau tinggal di tempat-tempat tersebut, ubat cacing tidak semestinya diberi setiap tahun. 
Apa yang penting adalah mendidik kanak-kanak pakai kasut selalu bila berada di luar rumah, selalu cuci tangan dengan sabun dan air bersih, elakkan sayur-sayuran yang ditumbuhkan dengan baja najis, jangan main di sungai atau kolam yang mempunyai siput, dan elakkan nyamuk dengan repellant atau kelambu.( answered by Dr Ng Khuen Foong )

nak dijadikan cerita,
ari khamis lepas pergi klinik maria kat kota warisan 
cik hubby n farisyah batuk2 sampai tak kluar suara
alang2 pergi sana terus beli ubat cacing kat farisyah n faez...
sebab faez last makan ubat cacing awal tahun lepas
lama benar dah aku tak bagi budak berdua nie makan cacing
jadi selamatlah aku bagi mereka berdua ubat cacing malam tue...
oklah tulis kat blog nanti senang nak rujuk....
hahahahhahah
ok ..lepas nie bulan 9 baru korang makan ubat cacing ye anak2 

ini ubat yang aku beli kat klinik maria 
RM 10 sebotol 

ok jom tengur cara2 makan ubat cacing ye..
model dia FAEZUDDIN





ok maka selamatlah sebotol ubat cacing yang telah diminum rakus oleh model...
nasib  baik model ni bab2 makan ubat takde masalah...

tapi sebelum ni aku ada gak terbaca yang org dewasa pun harus makan ubat cacing
alamak nampaknya dah bertahun2 kot aku tak makan ubat cacing nie
hahahahahha

oklah pergi dulu ye..
lain kali sambung lagi...
insayallah


sejauh mana seseorang itu kenal ALLAH, sejauh itulah cintanya kepada ALLAH



Salam Sayang

jue - ibu farisyah dan faez



nak tempah magnet/koleksi magnet Custom Made...jom klik siniCustom Photo Magnet


10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

Friday, March 4, 2016

Moga ALLAH memberkati


 Segala puji bagi ALLAH, pemilik nyawa ini..ALLAHUAKBAR..
Ya ALLAH..
HambaMu ini hanya insan kerdil di sisiMu..
Walaupun kerap kali tewas kerana bisikan-bisikan nafsu..
Walaupun acap kali tersungkur di lambung ombak perasaan..
Walaupun sering kali rebah dan bangun silih berganti..
Engkau tetap menyayangi diri ini..

Syukurku yang tidak terhingga kepadaMu:
Doaku yang sentiasa Engkau dengari..
Luahan hati telah sarat HambaMu ini kirimi..
Dan tanpa jemu Engkau memberkati diri ini..

HATI..

Hati ini
 Ya ALLAH, Hati ini yang begitu rapuh 
HambaMu ini cuba untuk berlagak "kuat"..
HambaMu ini cuba untuk tidak goyah..
HambaMu ini cuba untuk tidak melatah..
Namun, kadangkala ia rebah jua..
Astagfirullahalazim..
HambaMu ini memohon keampunan dari Engkau Yang Maha Hebat..

Ya ALLAH..
Kadangkala hati ini terasa begitu "gagah" di saat menerima uijian dariMu..
Namun, kadangkala hati ini beralih arah, 
berbolak balik dan resah menyelimuti kalbuku..
Kerana itu Ya ALLAH,
Engkau ampunilah dosaku
 Ya ALLAH..
Hati ini dalam peganganMu..
Engkau penuhkanlah ia dengan cahaya keimanan..

Ya ALLAH..
Dugaan dunia ini maha hebat..
HambaMu ini takut Ya ALLAH..
HambaMu ini gentar Ya ALLAH..
HambaMu ini hamba yang sentiasa khilaf Ya ALLAH..

Dengan itu, Engkau bimbinglah hati ini Ya ALLAH..
Kerana hambaMu ini tahu, hambaMu ini sedar..
Yang segala-galanya bermula dengan hati..
 
Sesungguhnya segala amalan itu bermula dengan niat..
Dan niat itu tentulah datang dari hati yang tulus suci..
Maka dengan itu Ya ALLAH, 
Engkau pimpinlah hati ini menuju ke jalanMu..
Amin Ya Rabb..





 Perjalanan masih jauh,masih banyak yang perlu ditempuh.
Pelbagai dugaan menanti dihadapan.
Yakinkanlah hati bahawa dugaan Allah tanda kasih sayangNya.
Tabahkanlah hati bahawa tiada masalah yang tiada penyelesaiannya.
Tetapkanlah hati agar tidak putus asa di atas rahmatNya.
Kuatkanlah hati agar sentiasa mengingatiNya di saat duka dan gembira.
Pesanlah pada hati bahawa tiada duka yang abadi.
Kuatkanlah semangat kerana Allah tidak akan menguji hambanya lebih dari kemampuan mereka.

Ya Allah ,
Bantulah kami mencari keredhaanMu.
Bantulah kami kembali ke jalanMu.
Bantulah kami mendapatkan hidayahMu.
Bantulah kami menyedari segala kesilapan diri.
Bantulahkami menyesali segala kehilafan diri.
Bantulah kami yakin padaMu.
Bantulah kami mendekatkan diri kepadaMu.
Bantulah kami mencari pintu taubatMu.
Bantulah kami terangi hidup dengan CahayaMu.
Bantulah kami bersyukur di atas rahmatMu.
Bantulah kami menerima petunjukMu,
                                                     Bantulah kami mencintaiMu.






10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

Tuesday, March 1, 2016

Bergambar Dengan Gajah Batu

Salam sayang semua
semalam diam jekan...
tak sempat nak update
busy katanya

Budak berdua nie memang pantang diaorang
jumpa replika yang cantik2
mesti nak bergambar aje kerja
terutama sikakak
dari kecik sampai sekarang
kalau si faez nie kuranglah sikit
tapi tetap suka bergambar
kalau petang2 tue tengah tunggu ayahnya datang ambil...
mesti asyik suruh ambil gambar je kerjanya...

ni gambar kat pakson
dengan gajah batu
kalau gajah hidup memang tak rasanya

gambar pertama...
kakak dah posing 
siadik pulak pandang ke lain

dia boleh pulak buat aksi 


ini pun kat alamanda
kakak pantang jumpa yang cute2 nie..

ini aksi faez masa tunggu ayah ambil petang2
jumaat minggu lepas...

dengan pili bomba pun jadi

layankan je budak2 berdua nie
ibu pun klu nak tukar hp siap ckp..
nak beli telefon yang kamera dia cantik
sbb anak2 suka ambil gambar
hahahahha alasankan
kukuh sangat


oklah stop dulu ye..
nanti cerita lagi


ALLAH adalah KEKUATAN untuk mencari KEKUATAN carilah ALLAH

Salam Sayang
jue - ibu farisyah dan faez


nak tempah magnet/koleksi magnet Custom Made...jom klik sini Custom Photo Magnet





10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

BloG PerIbaDi-SeGalanYa Hak MiliK aNNa-JuEaNNa