Friday, February 26, 2016

Kenapa Rezeki Kita tak Murah???

salam sayang semua
salam barakah di hari Jumaat penghulu segala hari
hari yang indah
cuaca yang tenang
moga ALLAh memberkati kehidupan kita semua

Pernah tak kita tertanya2 kenapa rezeki susah nak masuk
kadang2 jue pun pernah tertanya2 sendiri
tambah2 kita dalm kesusahan sangat time tue...
sebelum kita kena faham bahawa
rezeki bukan saja dari segi wang ringgit tapi kebahagian,peluangpekerjaan,sambung belajar,anak,jodoh dan lain
kita bukanlah nak mengeluh ke apa tapi kadang2kan kita sentiasa rasa rezeki yang kita terima xcukup..kan?

jom kita muhasabah diri,
jika sebelum ini kita ada salah silap, 
kita ubah ke arah yang lebih baik
Moga2 nanti ALLAH mempermudahkan segala urusan kita semua

antara2 sebabnya ialah


doa murah rezeki


amalan-amalan untuk murah rezeki


moga allah memberkati kita semua
ok pergi dulu ye...




Salam Sayang
jue - ibu farisyah dan faez



nak tempah magnet/koleksi magnet Custom Made...jom klik siniCustom Photo Magnet




10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

Thursday, February 25, 2016

Pizza Roti Yang Simple tapi Sedap

Salam Sayang Semua
ari ni nak cerita pasal apa ye...
jomlah kita kongsi resepi 
SIMPLE BUT NICE

Ini antara menu BENTO farisyah bila ke sekolah
farisyah ni tak suka sangat bawakk menu2 berat macam mee goreng,bihun goreng,nasi goreng kecuali klu dia request
menu dia simple je..
roti bakar,roti pizza,sosej gulung dlm kulit popia mcm2lah semuanya ala2 western

farisyah nie namanya melayu
tapi selera
mat saleh sesaja
jangan di tanya nak makan apa kalau ada kat shoppingmall
pizza hut lah jawabnya
pembawakan dari zaman mengandung kat dia lagi nie
kluar2 pun sama rupanya

oklah meh sini nak kongsi resepinya
walaupun sebenarnya ramai dah tahu kan
tapi saja nak kongsi gak

ini rupanya

RESEPI ASAL

Roti Gardenia
Cheese Mozarella
sosej/isi ayam/isi ketam (direbus)
lada benggala
mayonis 
sos cili

cara membuatnya: 
1. sapukan sos cili atas roti dan susunkan kedalam 

2. aturkan sosej/isi ayam dan lada benggala di atas roti tersebut mengikut kesukaan sendiri

3.sapukan moyonis dan taburkan cheese mozarella

4. bakar dealam oven yang telah dipanaskan 200 c selama 10 minit

tips: renjiskan sedikit air diatas roti mengelakkan roti terlalu kering

ok nielah resepi asal dia
tapi aku biasalah suka derhaka sikitkan

sos cili tue aku tukarkan kena sos spaghetti kimball
sebab takut klu sos cili tue pedas sgt kesian pulak budak dua orang tue nak makan

inilah rupanya kau suka yg cendawan punya




cheese pulak sbb kat rumah takde cheese paryt aku gunakanlah cheese keping 

oklah dah siap 
roti pizza yang simple tapi sedap
macam mana2
senangkan
apa lagi bolehlah try kat rumah ye...
buatpun tak lama
dalam 15 minit dah siap
bolehlah farisyah bawak bekal pi sekolah
hari2 bekal tapi tidaklah berdeco2 mcm orang lain 
sbb ibu dia ni tak kreatif sgt 

oklah pergi dulu ye...
nanti jumpa lagi


Masakan paling sedap di dunia adalah masakan IBU kita 


Salam Sayang
jue - ibu farisyah dan faez




nak tempah magnet/koleksi magnet Custom Made...jom klik siniCustom Photo Magnet




10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

Tuesday, February 23, 2016

Skinny Jeans Untuk Wanita

Salam Sayang Semua
apa khabar...
pagi nie aku ingat nak jadi duta ZALORA jap
bercerita pasal SKINNY JEANS untuk wanita

Aku nie tidaklah pandai pasal fesyen nie
tapi kalau tany apa pakaian aku kalau kluar
mesti seluar jeans ngan t'shirt kadang2 kalau rajin aku pakailah blous
maklumlah badan yang comel lotel nie kalau silap pakai lagi nampak kemontelan dia
hahhahahaha tak gitu 

Sekarang nie koleksi seluar jeans wanita dah macam2 rekaan setalah diubahsuai ikut keselesaan dan keadaan sekarang.

sejak ia mula diperkenalkan lagi,potongan jeans wanita paling banyak sambutan.
jadi sekarang pelbagai tawaran menarik dan harga yang berpatut di tawarkan di ZALORA bagi penggemar Skinny jeans


jom kita usha katolog online ZALORA
kot2 ada yang korang berkenangkan
boleh shopping
sekarangkan semuanya di hujung jari
klip je
dah jumpa kan








macammana????rambang mata tak
hahahahha mesti rambangkan

oklah nak kongsi sedikit jenis2 jeans

Normal Skinny Jeans

Boyfriend Skinny Jeans


Ripped Skinny Jeans

High Waist Skinny Jeans


ok macam mana dah jumpa yg mana berkenan...
ok apa lagi...
klip...klip...klip...klip

ZALORA

INGAT  SHOPPING INGAT ZALORA

oklah jumpa lagi





Salam Sayang
jue - ibu farisyah dan faez


10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

Hospital : Farisyah dan EEG prosedur

Salam Sayang Semua...
Ini cerita tahun lepas...
result pun dah dapat...
tapi nak jugak bercerita kat sini...
berkongsi sedikit ilmu 



ok apa itu ELECTROENCEPHALAGRAM (EEG)

EEG ni adalah salah satu ujian yg dibuat untuk mengukur aktiviti otak dan mengesan xtvt yang berlainan dari otak.senang cerita salah satu cara mengesan aktiviti sawan,tumor otak dan gangguan tidur.

temunjanji pada 7 september 2015 di HKL 
bahagian neurologi
temunjanji tue diuruskan sepenuhnya oleh pihak HPJ dan kami menerima surat untuk pergi ke HKL..
sebabkan 7/9/2015 itu ari isnin.malam tua kami tidur di rumah kakak aku kat ampang,senang pagi2 terus gerak..
seawal 8 pagi kami dah ada kat HKL
pergi pendaftaran tue yang tak tahan...
makan sejam jugaklah baru panggil nombor kami
selesai pendaftaran terus ke bahagian neurologi di tingkat bawah bersebelahan dengan wad kanak2

ok sebelum kita pergi kesana..
ada syarat2 yang kita kena penuhi 
hahahha aku panggil syaratlah tak tahulah orang lain panggil apa

- pastikan rambut bersih
-pastikan anak tidur lambat dan bangun awal pagi
-pastikan anak tidak tidur masa perjalanan ke hospital

cabaran bagi aku ialah...
pastikan anak tidak tidur sbb farisyah nie pantang masuk kereta mata nak pejam je...

ok jom kita tengok macam mana ujian EEG dijalankan

kepala farisyah di letakkan wayar 
jangan risau dia tidak menyakitkan

ok komputer itu adalah untuk mengesan pergerakan xtvt otak farisyah time dia bangun dan tidur

time ni farisyah tengah buat xtvt time sedar...

alhamdulilah dia mendengar arahan dengan baik...

ok time ni dalam proses nak tidur...
susah jugaklah nak suruh dia tidur...
faez terpaksa keluar dengan ayah dia..sbb menganggu kakak ...

ok total ujian dijalankan
dalam keadaan sedar - 15 minit
tidur -15 minit
sekejap jekan...
kluar report...orang makmal tue bagi tengok...
sumpah aku tak faham langsung...
cuma yg aku nampak...
belah kiri lagi serabut dari belah kanan..
menurut pegawai tue...
belah kiri tue macam ada gangguan/masalah tapi kena tunggu doktor pakar yang terangkan

hati kami....mestilah berdebar2kan.
Tak kisahlah ALLAH tahu apa yang terbaik buat kami sekeluarga..

habis temunjanji tue dalam pukul 12 tengahari...alang2 dah ke KL kami berjimba2 jelah dulu dan baru balik...

RESULT
temunjanji farisyah awal bulan 10, jadi keputusan dia pun kami dapat semasa temunjanji tue...
masa dapat keputusan ...
otak kiri farisyah doktor detect ada simpton sawan 
otak kanan farisyah normal
tapi yg menjadi kemuskilan dari pihak kami dan jugak doktor..
sepanjang farisyah kena HYPO dia tak pernah kena sawan.kalau dia hypo mesti dia terus sedar..takde kejang2 kaki,tergigit lidah ke...memang ok je...
tapi masa ni kami dapat lagi satu lagi ilmu tetang sawan
sawan tidak semestinya kejang,berbuih mulut,tergigit lidah tapi

sawan ada 2 jenis 
pertama : sawan menyeluruh 
(ini sawan yang biasa kita jumpa)

kedua : sawan separa 
sawan separa nie terjadi melalui pergerakan,emosi dan deria rasa
contohnya
merenung atau memandang sesuatu dengan kosong dan bila kita panggil dia tidak memberi respon 

melakukan pergerakan yang tidak berfaedah berulang2 kali seperti mengunyah sesuatu berulang2 kali tapi tiada apa yang dikunyahnya,membelek-belek pakaian,mengelip-gelipkan mata tanpa berhenti,bercakap secara mengelirukan,berjalan tanpa arah tujuan..seperti tetiba pergi kedepan lepas tue kebelakang dan mengulangnya beberapa kali

jadi sekarang kami ada tugas baru..memastikan farisyah takde simpton2 diatas...kalau ada mungkin farisyah kena makan ubat atau buat pelbagai ujian lagi dan alhamdulilah sampai kehari ini,kami masih belum dapat menyesan apa2 benda pelik pada farisyah.

oklah inilah cerita ujian EEG yang farisyah buat,moga memberi sedikit ilmu pada mereka yang sudi membacanya...

insayallah kalau ada masa nanti aku kongsi pengalaman buat ujian 
"sekolah khas untuk farisyah-ujian 3Pk"

oklah sampai sini dulu ye...
lain kali jumpa lagi 



anak ialah anugerah,anak ialah amanah dan anak juga ialah ujian dari ALLAH



Salam Sayang
jue - ibu farisyah dan faez



nak tempah magnet/koleksi magnet Custom Made...jom klik sini
Custom Photo Magnet







10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

Monday, February 22, 2016

Sungai Gabai Kami Datang

Salam Sayang Semua
macam mana cuti 2 hari...
lepak2 kat rumah je....
oklah kemas rumah sambil menonton tv kan
jalan2 dekat kawasan rumah je..oklah

kisah Sungai Gabai...
port kami masa cuti CNY baru2 nie...
4 hari terperak tak pi mana2...
biasa balik kg kan
tapi disebabkan oleh bln 3 nie nak cuti panjang 
maka cny kita lepak jelah kat rumah kita

sebenarnya nak buat BBQ 
dah lama rancang dengan adik2 yang pernah kerja sekali dulu
bertahun kot rancang 
dan akhirnya jadi kenyataan....



Sungai gabai ni terletaknya di Hulu langat
berdekatan dengan sungai congkak
sebelum masuk kena bayar RM 1 seorang
masa kami pergi tue 
orang punyalah ramai....
paking jauh tue....nasib baik anak2 bagi kerjasama sewajarnya

ok ni kat depan dia...
(sumber google)

aku sampai sana dalam pukul 10:00 pagi..
geng2 bbq yang lain dah sampai...
yelah budak bujangkan
senang urus diri sendiri je

dia orang yang cari port...
disebabkan aku ni ada anak...
jadi geng2 ni cari port yang selamat untuk anak2...
sbb dia org ckp...
"kami datang nak bbq je kak...jadi kat tak payah cari air yang dalam2"
oklah bagus adik2 nie memahami 

port kami memang best...
disebabkan lambat sikit je...
ok kawasan dah penuh

tapi akhirnya kami dapat port...
nun dihujung sana....
maka xtvt kami pun berjalanlah seperti dirancang


salah seoarang perserta kami hahahaha
ni PP
( budak nie feveret faez  ngan farisyah nie)

ok bbq on


ini pulak ijat...
ok senang menikmati hidangan bertaraf antarabangsa di tepi sungai


yes my loving hubby hahahhaa
menikmati hidangan yang sedap tak terhingga

ok mana2 anak2 aku
jap ye....




sejuk gila air dia
terketar2 namun tetap tak nak naik
memang syok sangatlah tue
makan kemana tah budak dua org nie
last2 aku turun suap diaorang
barulah makan...
tahupun lapar...
ingat tak lapar tadi...


ok mula2 termenung dulu 
tengok farisyah ngan faez mandi...


tetiba....alamak dah terjoin walaupun air cetek 
hahahaha




tengok faez bukan main happy lagi
abg pp melayan dia 

ok habis lepak,makan dan mandi...
kami geraklah balik 
dalam pukul 3 kot masa tue....
selepas budak dua orang tue dah menyerah kalah
klu tak...tak tahulah pukul berapa kami balik...

OTW balik 
memang selamatle....
dua2 tidur macam kat rumah...
bersilang kaki...
kaki kakak atas kepala adik...
kaki adik atas kepala kakak...
ikut suka koranglah 
janji korang happy...

maka berakhirlah cerita lepak di sungai gabai kami
kat sini aku boleh katakan

-port dia menarik
-toilet boleh bagi c+....
-persekitaran pun bolehlah...terjagalah jugak...
-plastik sampah banyak diorang sediakan
-utk yang ada anak2 bolehlah jadikan Sungai gabai nie salah satu port air terjun klu korang suka pergi tempat2 mcm nie...

oklah jumpa lagi ye



"always kiss your children goodnight,even if they are already asleep"

Salam Sayang
Jue - ibu Farisyah & Faez-






nak tempah magnet/koleksi magnet Custom Made...jom klik sini





10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

Friday, February 19, 2016

Tudung Terbaru By ZALORA

Salam Sayang Semua
Salam Jumaat Barakah
hari ke tiga berjinak2 dengan blog balik setelah bercuti lamakan...
terima kasih pada yang masih sudi membaca....
tetiba trafic blog naik balik ...
hahahahhahaha
bila cerita kat cik poji  terus kena smach sekali....

oklah kalau cerita pasal bab tudung nie....
macam2 gaya ngan fesyen sekarang nie...
aku??????
biasa2 je....shawl kot..sebab makin lama makin serasi walaupun aku tak pandailah nak mengayakan ala2 modal tue,
cukuplah sekadar menutup aurat (insayallah)

korang dah usha laman web ZALORA
tengoklah koleksi terbaru tudung yang ada kat ZALORA
memang TERBAIKLAH
serius aku tak tipu 
sampai aku pun jatuh tergoda
harga????
tak payah risaulah memang dalam bajet
sama je harga dengan tudung kat luar sana 
serius tak TIPU hahahaha

mai sini nak tunjuk sikit gambar2 yg ada....







ok dah tengokkan...
macam mana tergoda tak....
mesti ada yg tergoda nie....
apa lagi....
semuanya dihujung jari je....
pergi je kat sini

TUDUNG TERBARU


Pasti anda akan rasa berpuas hati sangat
yang paling penting....
banyak pilihan dari segi kain,gaya 
pendek kata semua adalah 
kualiti mestilah antara yang terbaikan

korang jangan lupa tau...
shopping online kat ZALORA

oklah jumpa lagi

HIJAB...my Right...my Choice ....My life


Salam Sayang
jue - ibu farisyah dan faez

10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

Thursday, February 18, 2016

Custom Magnets | Photo Magnets

Salam Sayang Semua
Jumpa lagi kita petang2 nie
bercerita pasal "part time" job aku dan cik poji terutama hari minggu

menjalankan perniagaan berasaskan perkhidmatan/kehendak pelangan kadang2 mencabar minda dan hati sebenarnya
tapi sebenarnya seronok...
customer mintak kita buat...
customer puas hati kita gembira
bila customer tegur kami akan gembira kerana ia mengubah sedikit demi sedikit dan makin hari kualiti photo magnet kami makin cantik dan customer puashati....

ini antara koleksi tempahan dari customer kami

tempahan dari SMK Padang Pulut
10x7 cm

ini tempahan staff Hong Leong Bank
size 5x7 cm

ini pulak campur2 size...
10x7 cm ada, 5x7 cm pun ada
gambar pun boleh campur2....


size 10x7 cm
gift untuk kawan2 opis katanya
biar kawan2 tampal kat peti ais terpandang terus ingat kat dia..


size 10x7 cm
gift untuk kawan2 dan cikgu tadika anak customer
sebab nak tukar Tadika 

bukan je sebagai cendarmata untuk simpanan sendiri pun boleh
ramai jugak yang tempah untuk gambar personal...


 ini contoh gambar personal tempahan customer

biasanya tempahan nie akan banyak start pertengahan bulan 4 sebab time tuekan dah nak hari guru...
senang ibuayah tak payah pening2 nak cari hadiah...
tempah je...
siap boleh letak gambar anak lagi...
barang pun tahan lama....

ini contoh tempahan hari guru...
design jangan risau kami ada koleksi designnya 
tapi kalau customer nak design sendiri lagi kami suka

nak contoh lagi???
boleh terus ke insta kami




review  dari customer

benda paling seronok kalau kita berniaga nie adalah
time customer bagi testimoni,rasa macam diri ini dihargai....





kualiti dan harga

- glossing paper yang bermutu tinggi,tahan calar dan air
jangan risau gambar tak terjejas pun kalau celup dalam air
- magnet yang bermutu tinggi setebal i/c (kad pengenalan)
-tidak akan pecah walaupun jatuh dari tempat yang tinggi

tawaran harga kami menarik...
serendah RM 10 sahaja...

Size 10 x14
(Sekeping RM 10)

Size 10x7cm=RM10 utk 2 keping
Lebih dr 20keping=RM4 sekeping
Lebih Dr 50 keping =RM3.50 sekeping

Size 5x7cm=4 keping RM10
Lebih Dr 20 kpg=RM2.30 sekeping
Lebih Dr 50kpg=RM2.00 sekeping..

paling kecik size 5x3 cm...
tapi kena order lebih 50 keping
rm 1.50 sekeping

Postage 
SM - RM 7 
SS - RM10

ok macam mana 
ada sapa2 yang berminat ke...
boleh terus hubungi kami di talian

019-2880276 (jue)
019-3618652 (fauzi)

jangan malu-malu tau...

ok pergi dulu ye...
jumpa lagi 

 Salam Sayang
Jue - ibu farisyah dan faez-








10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

Jadual seorang Ibu

Salam sayang semua
Tajuk taknak kalah.tapi inilah yang aku nak bercerita.
saja nak bercerita dengan korang2 kat luar sana....
macam poyo je hahahahha

Setiap ibu mesti ada jadual sendirikan
lari sedikit jadualnya...
maka larilah semua benda yang diaturkan....
itu akulah...
orang lain ok kot....

jadual berubah setiap tahun...
setiap masa dan keadaan....
hahahahahahah

Jadual aku untuk hari berkerja je...kalau hari cuti memang tak tahu kemana jadual aku...
sebab....
aku tidur lambat layan RUNNINGMAN...
waktu tidur aku hari cuti....paling awal 2:00 pagi...
tapi time nilah aku kemas rumah,mop lantai
gila tak orang tidur aku sibuk duk mengemas rumah
takpe...
janji aku bangun pagi esok semua dah kemas..
pikirkan masak breakfast dan aku sambung tidur balik...
(buruk perangai korang jangan tiru)

oklah sambung balik hari kerja punya cerita.
aku bangun takdelah awal sangat
dlm pukul 5 ke 5:30...
tengok masa dan ketika...
siapkan bekal farisyah
(ini wajib sebab farisyah tak suka beli makanan kat kantin sekolah)
bancuh nestum dan oat,buat susu kat faez...
kejut budak2 dan bapak budak...
ok faez mandi dengan bapak budak..sebab keadaan akan terkawal kalu tak memang kurang terkawal sikit...
lepas tue barulah aku uruskan diri sendiri...
farisyah dah besar ...
boleh uruskan diri sendiri
baju sekolah semua dah tergantung....
tunggu tuan nak pakai je....
siap solat semua dia kan breakfast dan makan PUR-Q
siap semua....
dalam pukul 6:30 wajib gerak ke putarajaya
paling lambat pun 6:45

7:30 semua orang dah sampai ke destinasi masing2...
faez lambat sikitlah di mesti pow ibu pergi kafe dulu beli apa dia nak 
baru bolehlah hantar kat taska....
(biasalah bila taska satu blok dengan opis ibu)

ok tengahari...
farisyah macam biasa
ayahnya yang urusakan....
dari ambil,makan tengahari dan hantar balik kat sekolah KAFA
time ni memang aku rehat sepenuhnya lah...
kadang2 je kalau cik poji ada hal baru aku yang ambil alih...

bila petang pulak.....
cik poji port motor kat opis aku...
jadi setiap petang aku ngan faez kena tunggu dia kat opis 
sebelum ambil farisyah...

ok mai nak tunjuk hobi faez petang2 sementara menunggu ayahnya datang ambil


inilah dia...
ambil gambar...
dia yang request nie....
macam2 gaya....
penuh hp ibu tau....

ok sambung balik jadual tadi...
dalam 5:30 macam tue ambil farisyah kat KAFA
ok dlam 6:00 ke 6:15 petang mcm tue sampailah kat rumah

duduk kejap...berhenti penat jap...
lipat lengan bajulah aku....
nak berperang kat dapur...
berkejar nak masak sbb dia org aku WAJIBkan makan sebelum pukul 7:30 petang
jadi untuk langkah yang selamat....
aku akan sembahyang asar2 siap2 kat opis

habis berperang kat dapur...
sambung lagi mandi,solat maghrid dan ajar farisyah mengaji...
cik poji ada jadual dia sendiri...
basuh baju,angkat baju,sidai baju...
tue memang kerja dialah.....

biasalah aku malam je jadi cikgu jap....
mengajarlah farisyahlah...
biasalah farisyah aku kena bagi 100% komitmen pada dia...
tapi dalam masa yang sama 
faez akan ambil buku untuk conteng2 ...

siap semua benda nie dalam pukul 10:00
ok anak2 sila tidur...
aku sambung kemaslah apa yang patut...
dan inilah time aku bru nak luruskan kaki dengan erti kata sebenar...

jadual yang padat...
tapi ada gak aku ponteng....
sebab tue aku memang elakkan sangat terjebak dengan cerita pukul 7 
aku akan tengok online...
waktu dia????
time rehat kat opis le....atau sebelum tidur...

jadi nilah jadual tak rasmi aku bila weekday
bila weekends aku buatlah kerja ikut suka aku...

farisyah belajar hanya hari sekolah je....
hari sekolah cuti dia cutilah kecuali mengaji
kesian dia takut nanti dia stress...
tapi kadang2 ada gak dia ngadu dia penat...
jadi aku cutikan lah dia untuk belajar malam tue...
bila dia cuti belajar maka aku pun bolehlah luruskan kaki awal sikit...
bukan cik poji tak boleh ambil alih ajar dia tapi aku ni tak sanggup tengok....
jap lagi farisyah mesti menangis...
sbb ayah dia tak sabar...farisyah nie kita kena sabar BANYAK2 dalam ajar dia...
walaupun kadang2 aku yang menangis bila duatiga kali cakap dia masih lagi blur  dan tak faham apa yang soalan mahukan
huhuhuhuhu

moga ALLAH terus beri kesabaran dan kekuatan pada kami berdua

oklah...stop sini dululah ye....
nanti ada masa kita jumpa lagi...



Everyone wants to be happy,nobody wants to be in pain, but you can't have a rainbow without any rain




Salam Sayang
Jue-ibu farisyah dan Faez-




10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

BloG PerIbaDi-SeGalanYa Hak MiliK aNNa-JuEaNNa