Friday, October 14, 2016

Kisah Farisyah -MRI tak Jadi Demam yang Datang

Salam Sayang Semua
dah lama tak update perkembangan terbaru 
mula2 rasa nak tutup je blog nie 
tapi terlalu banyak kenangan 
lagi satu blog nie umpama salah satu tempat rujukan kembali kes2 yg jadi kat farisyah
bila doktor suruh buat catatan termasuk tarikh
alhamdulilah aku dapat semua kat blog nie 
lengkap dengan tarikhnya sekali
dan akhirnya dapat aku buat catatan penuh untuk rujukan doktor.
dan paling membanggakan bagi aku bila doktor puji aku
"bagus ibu..semua tarikh dan cerita lengkap dan segala episod yg jadi kat farisyah semua lengkap ibu catat"
kalau takde blog mana aku nak cari,mana aku nak ingat sebijik2 kejadian demi kejadian yg jadi kat farisyah...mana aku nak ingat semua tarikh farisyah masuk wad,mana aku nak ingat semua test yang doktor aturkan pada farisyah....
apa2 pun terima kasih BLOG ONE HAPPY FAMILY

oklah jom kita sambung kisah farisyah tadi
bulan september dan oktober 3 kali farisyah masuk wad
selang seminggu je....
mengeluh si kakak sebab sakit kena cucuk tapi takpe sayang 
ALLAH ada bersama kita...
kalau cerita dalam satu ini je memaang panjang'
jadi aku cerita satu2 ye...

kisah bermula pada (ahad-4/9/2016)
petanbg tue farisyah kena masuk wad sbb nak buat mri pada esoknya
tapi perancangan ALLAH itu terbaikan
farisyah demam jadi MRI terpaksalah dibatalkan
aku ingatkan esoknya bolehlah balik sbb MRI tak jadikan
rupanya tak..
deman kakak on off...
kejap naik maka kenalah ddk wad lagi...
ambil darah setiap 4jam...
sampai lebam jari kakak
tapi anak dara nie redha je

faez, ayahnya jaga
pagi pergi sekolah..petang datang lepak kat hospital main dengan kakak
kakak layan je walaupun sebenarnya dia tak larat pada masa tue
alhamdulilah dapat anak macamfaez....betul2 memahami...
kesian kakak demam kan ibu

ahad,isnin,selasa....
demam kakak msih lagi on off...
ambil darah tak tunjuk apa2 yang mencurigakan kecuali darah putih makin hari makin tinggi
doktor suspect demam virus
masuk ari rabu penuh merah2 kat badan kakak
doktor suspect denggi pulak
ambil darah lagi dan lagi
kesian ibu tengok kamu sayang
dari satu jarum pasang kat tangan...sampai kedua2 belah tangan diaorg pasang
tapi kamu nampak relax je
mcm tak sakit
Ya ALLAH tabahnya hati kamu anak
"ibu jangan risau kakak kuat..klu ibu kuat kakak pun kuatlah"
bangga ibu dapat anak mcm kamu kakak...
walaupun sepanjang kat hospital ada je perangai yg kamu buat sampai kadang2 hilang sabar ibu
ibu tahu kamu buat perangai sbb kamu penat
kamu sakit, kamu tak selesa....
ibu je kadang2 hilang sabar....
apalah ibu kamu niekan...

6/8/2016 - khamis
Ari ni birthday kakak...
kakak nangis..sbb sedih kena sambut birthday kat hospital
nurse ngan doktor wish birthday kat kakak
tapi kakak mmg takde mood
ibu whassup group family
suruh diaorg call wish birthday...
alhamdulilah bila 2 makcik2 n pakcik2 dia call
 barulah ada semangat sikit
demam?????masih sama 

ini wajah senyum sebab birthday dia

ini antara gambar kakak tengah buat perangai
time ni kakak nangis

petang khamis
demam kakak turun dengan sendiri
tapi masih kena tunggu 24 jam
keputusan darah semua cantik
kecuali darah putih masih lagi tinggi
aku malas nak pikir yang bukan2 

petang sabtu kakak dah boleh kluar wad
demam semua pun dah ok
dapatlah kami beraya kat rumah
klu tak beraya kat hospitallah kami
planing balik raya pun kami terpaksa cancel 
sbb aku dah ambil cuti seminggu .....

ok pasal MRI tue kena tunda  tarikh baru
7/10/2016
lepas 2 minggu farisyah masuk wad balik
nanti aku sambung kat entry lain

oklah jumpa lagi 
terima kasih sudi baca

doakan farisyah sentiasa sihat ye...









10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

No comments:

BloG PerIbaDi-SeGalanYa Hak MiliK aNNa-JuEaNNa