Monday, April 11, 2016

Hubby Warded - cellulitis Puncanya

Salam Sayang Semua
apa khabar...
tergelam timbul tergelam timbul itulah cik jue
kalau datang rajin maka terupdatelah blog nie...

oklah nak cerita pasal my hubby aka Cik Poji
hari ni dah masuk hari ke 5 dia kena warded kat Nilai Medical Centre (NMC)
sebab apa????
kena on antibiotik selama 7 hari

kisah bermula
cik poji demam teruk petang balik dari kenduri 
sampai mengigil2...makanlah ubat demam yang ada kat rumah
pagi tue demam tetap tak turun...
jadi bawak  pergi NMC 
sekali demamnya sampai 40 ...
memang sampai je ka NMC...
tak boleh jalan dah ketar seluruh badan....
last2 kena drip sebotol air....
doktor bagi MC 2 hari...

petang tue balik rumah...
kaki dah start bengkak.....
cik hubby dah agak2 dah mesti kena celulitis....
masa tue dah on antibiotik...

esoknya cik hubby ajak pergi klinik presint 9 pulak...
sebab dah ada rekod....
doktor bagi antibiotik yang kuat lagi...
apa tah namanya - aku tak tahu..tapi cik poji tahu je namanya-

hari rabu cik hubby dah start kerja
kaki masih sakit lagi dan merah gila time tue...
ubat dah on hari ke4
tapi masih belum ada perubahan
biasalah bila dah kerja mmg tak ddk diamlah
balik rumah petang tue....
muka dah merah2 menahan sakit
mmg kesian sangat
terus bawak pergi klinik maria kat taman warisan
doktor ckp ini mmg kena pergi hospital 
sbb kena on antibiotik iv...sbb yg makan punya tak jalan dah...
malam tue jugak pergi NMC ...
maka bermulalah episod 7 hari di NMC
hari ni baru masuk hari ke 5....tinggal 2 hari jelagi

inilah rupa kaki cik hubby
ooo punca dia adalah luka kecik yang dia garu

oklah sebab ramai duk tanya...
mai nak cerita apa itu cellulitis dan apa puncanya

ok cik hubby kita mmg bebas kencing manis dan darah tinggi serta segala jenis penyakit berbahaya...
alhamdulilah....
jadi cellulitis nie bukanlah kerana kencing manis...
ramai duk tanya dia ada kencing manis ke.....

apa itu cellulitis

cellulitis ialah jangkitan bakteria pada kulit, biasanya jangkitan ini kena pada bahagian epidermis kulit sahaja



tapi dia jugak boleh merebek kepada kulit yang lagi dalam dan boleh merebak ke tulang dan ini boleh mendatangkan bahaya kepada mereka yang dijangkitinya
bakteria yang menyerang amatlah kuat kerana pesakit akan deman sampai tahap mengigil dan tidak boleh bangun

apa kita harus lakukan

mmg caranya hanyalah pergi ke hospital ambil antibiotik...
biasanya doktor akan bagi yg jenis makan dulu...
kalau tak ok gak memang kena tahan wad dan mengambil antibiotik jenis drip kesaluran darah (mcm cik hubby)

itulah cara rawatannya...
namun jue pernah terbaca kat blog mama cilik tentang cara dan altenatif lain untuk merawat cellulitis nie....
insayyallah kami juga akan mencubanya

cellulitis nie nampak simple tapi kalau dibiarkan boleh menjadi bahaya dan boleh mengundang maut...

Doakan cik hubby kita sembuh seperti biasa selepas nie...
rasa hilang sebelah kaki dah nie....

oklah pergi dulu...
lain kali kita cerita lagi

tempahan Fridge magnet hari guru dan hari ibu telah dibukaberminat boleh hubungi jue di 0192880276



salam sayang
jue ibu farisyah dan faezuddin






10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

2 comments:

Salina@IbuAqil said... [Reply]

Semoga suami Cik Jue cepat sembuh..
Cik Jue take care jgk ye..
Rindu Cik Jue dan anak2..

syawalsimpsons said... [Reply]

moga poji sihat..amiinnnn

BloG PerIbaDi-SeGalanYa Hak MiliK aNNa-JuEaNNa