Monday, March 7, 2016

Ubat Cacing? Wajib ke untuk anak-anak

salam sayang semua
panjang tajuk entry kali ini
kisah ubat cacing je...
saja nak kongsi dengan korang '
kenapa kita harus bagi ubat cacing kepada anak2 kita

ok jom baca bawah nie...
aku copy dari satu artikel nie

KENAPA ANAK HARUS MAKAN UBAT CACING
Ini adalah kerana kanak-kanak bermula jalan pada umur tersebut tetapi masih tidak dapat menjaga kebersihan diri. Terdapat banyak jenis ubat cacing, contohnya, albendazole, mebendazole, praziquantel,ivermectin dan sebagainya. 
Ubat-ubat cacing tersebut digunakan untuk penyakit yang berbeza, seperti filariasis, helminthiasis, schistosomiasis dan onchocerciasis. WHO mencadangkan ubat-ubat tersebut diberikan setiap tahun kepada kanak-kanak yang tinggal di tempat di mana penyakit-penyakit tersebut berlaku dengan kerap.Penyakit yang saya kemukakan tadi biasanya berlaku di negara-negara mundur dan kawasan luar bandar di mana sistem tandas, tahap kebersihan dan pendidikan agak terbantut. Oleh itu, sekiranya, kanak-kanak tidak berasal atau tinggal di tempat-tempat tersebut, ubat cacing tidak semestinya diberi setiap tahun. 
Apa yang penting adalah mendidik kanak-kanak pakai kasut selalu bila berada di luar rumah, selalu cuci tangan dengan sabun dan air bersih, elakkan sayur-sayuran yang ditumbuhkan dengan baja najis, jangan main di sungai atau kolam yang mempunyai siput, dan elakkan nyamuk dengan repellant atau kelambu.( answered by Dr Ng Khuen Foong )

nak dijadikan cerita,
ari khamis lepas pergi klinik maria kat kota warisan 
cik hubby n farisyah batuk2 sampai tak kluar suara
alang2 pergi sana terus beli ubat cacing kat farisyah n faez...
sebab faez last makan ubat cacing awal tahun lepas
lama benar dah aku tak bagi budak berdua nie makan cacing
jadi selamatlah aku bagi mereka berdua ubat cacing malam tue...
oklah tulis kat blog nanti senang nak rujuk....
hahahahhahah
ok ..lepas nie bulan 9 baru korang makan ubat cacing ye anak2 

ini ubat yang aku beli kat klinik maria 
RM 10 sebotol 

ok jom tengur cara2 makan ubat cacing ye..
model dia FAEZUDDIN





ok maka selamatlah sebotol ubat cacing yang telah diminum rakus oleh model...
nasib  baik model ni bab2 makan ubat takde masalah...

tapi sebelum ni aku ada gak terbaca yang org dewasa pun harus makan ubat cacing
alamak nampaknya dah bertahun2 kot aku tak makan ubat cacing nie
hahahahahha

oklah pergi dulu ye..
lain kali sambung lagi...
insayallah


sejauh mana seseorang itu kenal ALLAH, sejauh itulah cintanya kepada ALLAH



Salam Sayang

jue - ibu farisyah dan faez



nak tempah magnet/koleksi magnet Custom Made...jom klik siniCustom Photo Magnet


10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

4 comments:

wahida said... [Reply]

anak2 aku pun dah lama tak mkn ubat cacing...nasib baik jue buat entry ni...nnt balik nak beli ubat cacing jugak la...

syawalsimpsons said... [Reply]

sue pon beli jugak untuk anak2...sekali sue ngan akob makan sekali...tp beli yg pil la...alhamdulillah nak jugak deme telan

+ e.z + said... [Reply]

ubat cacing... mmg kena amek jugak kan
ez pun baru minum . barulah lega. hu3

Qhaifa Nur said... [Reply]

Klau dulu msa ank2 masih kecil..risau x mkn ubat cacing ni jue..

BloG PerIbaDi-SeGalanYa Hak MiliK aNNa-JuEaNNa