Friday, March 4, 2016

Moga ALLAH memberkati


 Segala puji bagi ALLAH, pemilik nyawa ini..ALLAHUAKBAR..
Ya ALLAH..
HambaMu ini hanya insan kerdil di sisiMu..
Walaupun kerap kali tewas kerana bisikan-bisikan nafsu..
Walaupun acap kali tersungkur di lambung ombak perasaan..
Walaupun sering kali rebah dan bangun silih berganti..
Engkau tetap menyayangi diri ini..

Syukurku yang tidak terhingga kepadaMu:
Doaku yang sentiasa Engkau dengari..
Luahan hati telah sarat HambaMu ini kirimi..
Dan tanpa jemu Engkau memberkati diri ini..

HATI..

Hati ini
 Ya ALLAH, Hati ini yang begitu rapuh 
HambaMu ini cuba untuk berlagak "kuat"..
HambaMu ini cuba untuk tidak goyah..
HambaMu ini cuba untuk tidak melatah..
Namun, kadangkala ia rebah jua..
Astagfirullahalazim..
HambaMu ini memohon keampunan dari Engkau Yang Maha Hebat..

Ya ALLAH..
Kadangkala hati ini terasa begitu "gagah" di saat menerima uijian dariMu..
Namun, kadangkala hati ini beralih arah, 
berbolak balik dan resah menyelimuti kalbuku..
Kerana itu Ya ALLAH,
Engkau ampunilah dosaku
 Ya ALLAH..
Hati ini dalam peganganMu..
Engkau penuhkanlah ia dengan cahaya keimanan..

Ya ALLAH..
Dugaan dunia ini maha hebat..
HambaMu ini takut Ya ALLAH..
HambaMu ini gentar Ya ALLAH..
HambaMu ini hamba yang sentiasa khilaf Ya ALLAH..

Dengan itu, Engkau bimbinglah hati ini Ya ALLAH..
Kerana hambaMu ini tahu, hambaMu ini sedar..
Yang segala-galanya bermula dengan hati..
 
Sesungguhnya segala amalan itu bermula dengan niat..
Dan niat itu tentulah datang dari hati yang tulus suci..
Maka dengan itu Ya ALLAH, 
Engkau pimpinlah hati ini menuju ke jalanMu..
Amin Ya Rabb..





 Perjalanan masih jauh,masih banyak yang perlu ditempuh.
Pelbagai dugaan menanti dihadapan.
Yakinkanlah hati bahawa dugaan Allah tanda kasih sayangNya.
Tabahkanlah hati bahawa tiada masalah yang tiada penyelesaiannya.
Tetapkanlah hati agar tidak putus asa di atas rahmatNya.
Kuatkanlah hati agar sentiasa mengingatiNya di saat duka dan gembira.
Pesanlah pada hati bahawa tiada duka yang abadi.
Kuatkanlah semangat kerana Allah tidak akan menguji hambanya lebih dari kemampuan mereka.

Ya Allah ,
Bantulah kami mencari keredhaanMu.
Bantulah kami kembali ke jalanMu.
Bantulah kami mendapatkan hidayahMu.
Bantulah kami menyedari segala kesilapan diri.
Bantulahkami menyesali segala kehilafan diri.
Bantulah kami yakin padaMu.
Bantulah kami mendekatkan diri kepadaMu.
Bantulah kami mencari pintu taubatMu.
Bantulah kami terangi hidup dengan CahayaMu.
Bantulah kami bersyukur di atas rahmatMu.
Bantulah kami menerima petunjukMu,
                                                     Bantulah kami mencintaiMu.






10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

2 comments:

wahida said... [Reply]

ameennn...Allah itu sebaik2 perancang...

apa sekali pun, kita kena kuat semangat...

LYAfrina said... [Reply]

in shaa Allah...
mohon HATI sentiasa kuat dlm menempuhi setiap pjalanan ni...

**cik jue, tqsm invite lya, in shaa Allah, klo xde aral lya luangkan msa k majlis tu.. blh jumpa cikjue n ank hebat farisyah..

BloG PerIbaDi-SeGalanYa Hak MiliK aNNa-JuEaNNa