Thursday, February 25, 2016

Pizza Roti Yang Simple tapi Sedap

Salam Sayang Semua
ari ni nak cerita pasal apa ye...
jomlah kita kongsi resepi 
SIMPLE BUT NICE

Ini antara menu BENTO farisyah bila ke sekolah
farisyah ni tak suka sangat bawakk menu2 berat macam mee goreng,bihun goreng,nasi goreng kecuali klu dia request
menu dia simple je..
roti bakar,roti pizza,sosej gulung dlm kulit popia mcm2lah semuanya ala2 western

farisyah nie namanya melayu
tapi selera
mat saleh sesaja
jangan di tanya nak makan apa kalau ada kat shoppingmall
pizza hut lah jawabnya
pembawakan dari zaman mengandung kat dia lagi nie
kluar2 pun sama rupanya

oklah meh sini nak kongsi resepinya
walaupun sebenarnya ramai dah tahu kan
tapi saja nak kongsi gak

ini rupanya

RESEPI ASAL

Roti Gardenia
Cheese Mozarella
sosej/isi ayam/isi ketam (direbus)
lada benggala
mayonis 
sos cili

cara membuatnya: 
1. sapukan sos cili atas roti dan susunkan kedalam 

2. aturkan sosej/isi ayam dan lada benggala di atas roti tersebut mengikut kesukaan sendiri

3.sapukan moyonis dan taburkan cheese mozarella

4. bakar dealam oven yang telah dipanaskan 200 c selama 10 minit

tips: renjiskan sedikit air diatas roti mengelakkan roti terlalu kering

ok nielah resepi asal dia
tapi aku biasalah suka derhaka sikitkan

sos cili tue aku tukarkan kena sos spaghetti kimball
sebab takut klu sos cili tue pedas sgt kesian pulak budak dua orang tue nak makan

inilah rupanya kau suka yg cendawan punya




cheese pulak sbb kat rumah takde cheese paryt aku gunakanlah cheese keping 

oklah dah siap 
roti pizza yang simple tapi sedap
macam mana2
senangkan
apa lagi bolehlah try kat rumah ye...
buatpun tak lama
dalam 15 minit dah siap
bolehlah farisyah bawak bekal pi sekolah
hari2 bekal tapi tidaklah berdeco2 mcm orang lain 
sbb ibu dia ni tak kreatif sgt 

oklah pergi dulu ye...
nanti jumpa lagi


Masakan paling sedap di dunia adalah masakan IBU kita 


Salam Sayang
jue - ibu farisyah dan faez




nak tempah magnet/koleksi magnet Custom Made...jom klik siniCustom Photo Magnet




10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

3 comments:

eima said... [Reply]

wahh ibu die rajin sgt .... budak ni mmg jarang nk mkn berat2 kan

Qhaifa Nur said... [Reply]

Nmpk senang dn sedap roti pizza tuh jue...

+ e.z + said... [Reply]

auntie ez nak skit boleh?

BloG PerIbaDi-SeGalanYa Hak MiliK aNNa-JuEaNNa