Tuesday, February 23, 2016

Hospital : Farisyah dan EEG prosedur

Salam Sayang Semua...
Ini cerita tahun lepas...
result pun dah dapat...
tapi nak jugak bercerita kat sini...
berkongsi sedikit ilmu 



ok apa itu ELECTROENCEPHALAGRAM (EEG)

EEG ni adalah salah satu ujian yg dibuat untuk mengukur aktiviti otak dan mengesan xtvt yang berlainan dari otak.senang cerita salah satu cara mengesan aktiviti sawan,tumor otak dan gangguan tidur.

temunjanji pada 7 september 2015 di HKL 
bahagian neurologi
temunjanji tue diuruskan sepenuhnya oleh pihak HPJ dan kami menerima surat untuk pergi ke HKL..
sebabkan 7/9/2015 itu ari isnin.malam tua kami tidur di rumah kakak aku kat ampang,senang pagi2 terus gerak..
seawal 8 pagi kami dah ada kat HKL
pergi pendaftaran tue yang tak tahan...
makan sejam jugaklah baru panggil nombor kami
selesai pendaftaran terus ke bahagian neurologi di tingkat bawah bersebelahan dengan wad kanak2

ok sebelum kita pergi kesana..
ada syarat2 yang kita kena penuhi 
hahahha aku panggil syaratlah tak tahulah orang lain panggil apa

- pastikan rambut bersih
-pastikan anak tidur lambat dan bangun awal pagi
-pastikan anak tidak tidur masa perjalanan ke hospital

cabaran bagi aku ialah...
pastikan anak tidak tidur sbb farisyah nie pantang masuk kereta mata nak pejam je...

ok jom kita tengok macam mana ujian EEG dijalankan

kepala farisyah di letakkan wayar 
jangan risau dia tidak menyakitkan

ok komputer itu adalah untuk mengesan pergerakan xtvt otak farisyah time dia bangun dan tidur

time ni farisyah tengah buat xtvt time sedar...

alhamdulilah dia mendengar arahan dengan baik...

ok time ni dalam proses nak tidur...
susah jugaklah nak suruh dia tidur...
faez terpaksa keluar dengan ayah dia..sbb menganggu kakak ...

ok total ujian dijalankan
dalam keadaan sedar - 15 minit
tidur -15 minit
sekejap jekan...
kluar report...orang makmal tue bagi tengok...
sumpah aku tak faham langsung...
cuma yg aku nampak...
belah kiri lagi serabut dari belah kanan..
menurut pegawai tue...
belah kiri tue macam ada gangguan/masalah tapi kena tunggu doktor pakar yang terangkan

hati kami....mestilah berdebar2kan.
Tak kisahlah ALLAH tahu apa yang terbaik buat kami sekeluarga..

habis temunjanji tue dalam pukul 12 tengahari...alang2 dah ke KL kami berjimba2 jelah dulu dan baru balik...

RESULT
temunjanji farisyah awal bulan 10, jadi keputusan dia pun kami dapat semasa temunjanji tue...
masa dapat keputusan ...
otak kiri farisyah doktor detect ada simpton sawan 
otak kanan farisyah normal
tapi yg menjadi kemuskilan dari pihak kami dan jugak doktor..
sepanjang farisyah kena HYPO dia tak pernah kena sawan.kalau dia hypo mesti dia terus sedar..takde kejang2 kaki,tergigit lidah ke...memang ok je...
tapi masa ni kami dapat lagi satu lagi ilmu tetang sawan
sawan tidak semestinya kejang,berbuih mulut,tergigit lidah tapi

sawan ada 2 jenis 
pertama : sawan menyeluruh 
(ini sawan yang biasa kita jumpa)

kedua : sawan separa 
sawan separa nie terjadi melalui pergerakan,emosi dan deria rasa
contohnya
merenung atau memandang sesuatu dengan kosong dan bila kita panggil dia tidak memberi respon 

melakukan pergerakan yang tidak berfaedah berulang2 kali seperti mengunyah sesuatu berulang2 kali tapi tiada apa yang dikunyahnya,membelek-belek pakaian,mengelip-gelipkan mata tanpa berhenti,bercakap secara mengelirukan,berjalan tanpa arah tujuan..seperti tetiba pergi kedepan lepas tue kebelakang dan mengulangnya beberapa kali

jadi sekarang kami ada tugas baru..memastikan farisyah takde simpton2 diatas...kalau ada mungkin farisyah kena makan ubat atau buat pelbagai ujian lagi dan alhamdulilah sampai kehari ini,kami masih belum dapat menyesan apa2 benda pelik pada farisyah.

oklah inilah cerita ujian EEG yang farisyah buat,moga memberi sedikit ilmu pada mereka yang sudi membacanya...

insayallah kalau ada masa nanti aku kongsi pengalaman buat ujian 
"sekolah khas untuk farisyah-ujian 3Pk"

oklah sampai sini dulu ye...
lain kali jumpa lagi 



anak ialah anugerah,anak ialah amanah dan anak juga ialah ujian dari ALLAH



Salam Sayang
jue - ibu farisyah dan faez



nak tempah magnet/koleksi magnet Custom Made...jom klik sini
Custom Photo Magnet







10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

2 comments:

Qhaifa Nur said... [Reply]

Betul jue anak anugerah x ternilai...apa yg brlaku pasti ada hikmahnya

Moga d permudahkn buat farisyah dn jue seisi keluarga..

juelee said... [Reply]

ilmu baru ni, harapnya farisya takde pape yg serius....

BloG PerIbaDi-SeGalanYa Hak MiliK aNNa-JuEaNNa