Friday, October 14, 2016

Kisah Farisyah -MRI tak Jadi Demam yang Datang

Salam Sayang Semua
dah lama tak update perkembangan terbaru 
mula2 rasa nak tutup je blog nie 
tapi terlalu banyak kenangan 
lagi satu blog nie umpama salah satu tempat rujukan kembali kes2 yg jadi kat farisyah
bila doktor suruh buat catatan termasuk tarikh
alhamdulilah aku dapat semua kat blog nie 
lengkap dengan tarikhnya sekali
dan akhirnya dapat aku buat catatan penuh untuk rujukan doktor.
dan paling membanggakan bagi aku bila doktor puji aku
"bagus ibu..semua tarikh dan cerita lengkap dan segala episod yg jadi kat farisyah semua lengkap ibu catat"
kalau takde blog mana aku nak cari,mana aku nak ingat sebijik2 kejadian demi kejadian yg jadi kat farisyah...mana aku nak ingat semua tarikh farisyah masuk wad,mana aku nak ingat semua test yang doktor aturkan pada farisyah....
apa2 pun terima kasih BLOG ONE HAPPY FAMILY

oklah jom kita sambung kisah farisyah tadi
bulan september dan oktober 3 kali farisyah masuk wad
selang seminggu je....
mengeluh si kakak sebab sakit kena cucuk tapi takpe sayang 
ALLAH ada bersama kita...
kalau cerita dalam satu ini je memaang panjang'
jadi aku cerita satu2 ye...

kisah bermula pada (ahad-4/9/2016)
petanbg tue farisyah kena masuk wad sbb nak buat mri pada esoknya
tapi perancangan ALLAH itu terbaikan
farisyah demam jadi MRI terpaksalah dibatalkan
aku ingatkan esoknya bolehlah balik sbb MRI tak jadikan
rupanya tak..
deman kakak on off...
kejap naik maka kenalah ddk wad lagi...
ambil darah setiap 4jam...
sampai lebam jari kakak
tapi anak dara nie redha je

faez, ayahnya jaga
pagi pergi sekolah..petang datang lepak kat hospital main dengan kakak
kakak layan je walaupun sebenarnya dia tak larat pada masa tue
alhamdulilah dapat anak macamfaez....betul2 memahami...
kesian kakak demam kan ibu

ahad,isnin,selasa....
demam kakak msih lagi on off...
ambil darah tak tunjuk apa2 yang mencurigakan kecuali darah putih makin hari makin tinggi
doktor suspect demam virus
masuk ari rabu penuh merah2 kat badan kakak
doktor suspect denggi pulak
ambil darah lagi dan lagi
kesian ibu tengok kamu sayang
dari satu jarum pasang kat tangan...sampai kedua2 belah tangan diaorg pasang
tapi kamu nampak relax je
mcm tak sakit
Ya ALLAH tabahnya hati kamu anak
"ibu jangan risau kakak kuat..klu ibu kuat kakak pun kuatlah"
bangga ibu dapat anak mcm kamu kakak...
walaupun sepanjang kat hospital ada je perangai yg kamu buat sampai kadang2 hilang sabar ibu
ibu tahu kamu buat perangai sbb kamu penat
kamu sakit, kamu tak selesa....
ibu je kadang2 hilang sabar....
apalah ibu kamu niekan...

6/8/2016 - khamis
Ari ni birthday kakak...
kakak nangis..sbb sedih kena sambut birthday kat hospital
nurse ngan doktor wish birthday kat kakak
tapi kakak mmg takde mood
ibu whassup group family
suruh diaorg call wish birthday...
alhamdulilah bila 2 makcik2 n pakcik2 dia call
 barulah ada semangat sikit
demam?????masih sama 

ini wajah senyum sebab birthday dia

ini antara gambar kakak tengah buat perangai
time ni kakak nangis

petang khamis
demam kakak turun dengan sendiri
tapi masih kena tunggu 24 jam
keputusan darah semua cantik
kecuali darah putih masih lagi tinggi
aku malas nak pikir yang bukan2 

petang sabtu kakak dah boleh kluar wad
demam semua pun dah ok
dapatlah kami beraya kat rumah
klu tak beraya kat hospitallah kami
planing balik raya pun kami terpaksa cancel 
sbb aku dah ambil cuti seminggu .....

ok pasal MRI tue kena tunda  tarikh baru
7/10/2016
lepas 2 minggu farisyah masuk wad balik
nanti aku sambung kat entry lain

oklah jumpa lagi 
terima kasih sudi baca

doakan farisyah sentiasa sihat ye...









10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

Monday, October 10, 2016

Happy 4 years Old My hensem (29/9/2012)


ALLAH selamatkan kamu
ALLAH selamatkan kamu
ALLAH selamatkan Farisyah
ALLAH selamatkan kamu

Happy birthday to you
Happy birthday to you
Happy birthday to you MUHAMMAD FAEZUDDIN
Happy Birthday to You

Buat hensem boy kesayang ibu dan ayah


terima kasih sayang kerana menjadi sumber kekuatan buat ibu dan ayah
terima kasih sayang kerana terlalu memahami ibu dan ayah dikala kakak memerlukan lebih perhatian
terima kasih sayang kerana sentisa peka dengan keadaan sekeliling
terima kasih sayang kerana memeluk ibu di kala ibu menangis melihat keadaan kakak
terima kasih sayang kerana menjadi adik yang benar2 memahami

ibu dan ayah sentiasa doaka moga FAEZUDDIN kesayangan kami menjadi'



Dipanjangkan umur
Dimurahkan rezeki
Diberi kesihatan yang baik


Anak yang soleh di dunia dan akhirat
anak yang baik budi perkertinya'
Moga ALLAH jadikan faez insan yg berguna didunia dan akhirat
Moga ALLah Sentiasa merahmati kehidupan seharian faez
Moga ALLAH jadikan faez anak yg seloheh buat ibu dan ayah...menjadi penyejuk mata dan penenang jiwa dan hati ibu ayah



MOGA ALLAH SENTIASA MERAHMATI KEHIDUPAN 
MUHAMMAD FAEZUDDIN BIN MOHD FAUZI

10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

Thursday, September 22, 2016

Happy 10 Years Old Sayang (8/9/2016)



ALLAH selamatkan kamu
ALLAH selamatkan kamu
ALLAH selamatkan Farisyah
ALLAH selamatkan kamu

Happy birthday to you
Happy birthday to you

Happy birthday to you FARISYAH
Happy Birthday to You




To my princess NUR FARISYAH BINTI MOHD FAUZI
SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 10
(8/9/2006- 8/9/2016)




Buat puteri kesayangan ibu...
Terima kasih sayang kerana kuat untuk ibu dan ayah...
Allah duga kita sayang...sebab allah sayangkan kita...insayallah ada hikmah disebalik apa yg ALLAH uji kita ini...

Terima kasih sayang...
Kerana sentiasa tabah menghadapi apa jua dugaan dan rintangan 
Terima kasih sayang...
Kerana adanya kamu
Ibu dan ayah belajar banyak benda yg tak terpikir dek akal...
Kerana kamu...
Ibu dan ayah jadi orang yg tabah

Sayang ibu Nur Farisyah
Ibu doakan moga kakak

Dipanjangkan umur
Dimurahkan rezeki
Diberi kesihatan yang baik


Moga ALLAH sentiasa melindungi kakak walaupun dimana kakak berada...
Moga ALLAH memberi kakak seribu ketabahan dalam mengharungi kehidupan ini
Moga ALLAH jadikan kakak insan yg berguna didunia dan akhirat
Moga ALLah Sentiasa merahmati kehidupan seharian kakak
Moga ALLAH jadikan kakak anak yg seloheh buat ibu dan ayah...menjadi penyejuk mata dan penenang jiwa dan hati ibu ayah




Tahun Nie sedih sikitkan
kakak sambut birthday dalam wad 
kalau ikut kakak nak sangat sambut kat TEXAS CHICKEN
tapi lepas discharge 
kami terus je pergi IOI CITY MALL
alhamdulilah dapatlah kami penuhi hajat kakak


seronok sangat ye...
dapat makan kat texas chicken...

Moga anak ibu diberi kesihatan yang baik 



doakan farisyah baik2 sahaja,dijauhi dari segala bahaya dan diberi kesihatan yang baik...


10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

Friday, June 10, 2016

Farisyah- keputusan pakar

ok sambungan n3 tadi
 NEW CASE

selasa 7/6/2016- 2 ramadhan
pukul 10.30 pagi dah samapi hospital putrajaya untuk temujanji pakar..
tunggu dengan hati yang tidak tenteram...

pukul 1:30 tengahari baru pakar panggil..
Doktor Arini tak de ari ni ..cuti
jadi kes farisyah doktor fauziah yang ambil
sapa2 yg biasa berurusan dgn klinik pakar paed tahulah sapa doktor fuziah -ketua pakar kanak2 hospital putrajaya

masuk bilik ceritalah pasal perkembanga farisyah
cerita pasal kejadian ari jumaat ari tue...
cerita semua termasuklah kes ari selasa minggu lepas tue...
tengok rekod farisyah yang lepas2...
chek fizikal farisyah- tumbesar fizikal dia normal
dia siap chek farisyah dia kluar jap...
masuk balik dengan doktor janet...
call doktor khoo pakar kanak2 di HKL ...
berkumpullah kami untuk bincnag pasal keputusan result farisyah
dan akhirnya....doktor bagi keputusan...
kejadian ari jumaat ari tue..dia ketogorikan sebagai sawan
cuma tak tahu teruk mana,sbb ada beberapa ujian lagi kena buat salah2 satunya CT SCAN

ok langkah pertama...
kebetulan farisyah tengah puasa....maka kenalah ambil darah lagi...
kesian farisyah...tangan tue dah penuh lubang2 dah...
kerap sangat ambil darah ...sampai dia dah takde perasan org ambil darah dia...
dia tak menagis pun...masuk bilik rawatan pun sorang2...aku tunggu je kat luar

dah siap semua....
result untuk gula dan kiptan terus tahu....
result lain kena hantar makmal...nanti doktor call klu ada apa2 yang serius

kalau sebelum ni farisyah tak pernah ambil apa2 ubat
kali ni frisyah dah start kena ambil ubat...
ubat sawan selama 2 tahun...tapi sebelum result keseluahan klaur doktor suruh makan dlm masa 2 bln dengan dost yg paling sedikit
ubat ni adalah untuk menghalang kejadian yang sama berlaku lagi...

punyalah lama perbincangan kes faisyah....
masuk pukul 1:30 petang..kluar2 bilik pakar pukul 3:30 petang
ok maka kali ni farisyah ada rutin baru...makan ubat 2 kali sehari

sekarang kami duk cari perubatan islam jugak yang mampu membantu farisyah
taknaklah mengharapkan perubatan moden sahaja
jadi sesiapa yang ada perubatan islam yg boleh merawat farisyah...pertolongan anda amatlah dialu-alukan
sekarang kami hanya bawak farisyah ke Darul Syifa je
klu boleh kami taknaklah kasi farisyah makan ubat lama sangat...
apa2 pun tunggu result dan tarikh buat ct scan
harap2 semuanya hanyalah sementara

doakan kami sekeluarga tabah mengahdapi ujian dari ALLAH nie...
ujian kami baru sdikit...sekurang2 nya farisyah masih mampu uruskan diri sendiri,bolehpergi sekolah mcm budak lain...cukup sifatnya..berbanding orang lain yg lagi teruk keadaanya...

cuma skrg ni yang menjadi kerisauan kami suami isteri serta doktor2 pakar yang lain..jika farisyah jadi kat sekolah atau mana2 yang tiada kami berdua...dia blur..berdiri tegak dan org tak tahu dan terlanggar dia buat dia jatuh....apa jadi kepadanya selepas tue....YA ALLAH mintak dijauhkan kerana risiko dia selepas jatuh itu amatlah tinggi...
MOGA ALLAH SENTIASA MELINDUNGI PUTERI KESAYANGAN KAMI


oklah stop sini dulu...mata pun dah bengkak...nak pergi mengadu dengan ALLAH jap...

insyallah diskesmpatan lain aku menulis lagi...
doakan farisyah baik2 sahaja,dijauhi dari segala bahaya dan diberi kesihatan yang baik...


never give up .there  is no such thing as an ending.just a new begging






10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

Farisyah -New case

Salam Ramadhan Semua
lama aku  tak menulis disini
kadang2 masa yang tak mengizinkan aku menulis..rindu sebenarnya nak menulis...
aku menulis ni jam 1:45 pagi
mata tak nak lelap
puas dah aku pejam mata....
sebenarnya aku dah tidur lepas solat isyak tadi...
mengantuk sangat
aku sedar bila faez kejutkan mintak susu dlm pukul 11:30 tadi
lepas tue mmg selamatlah
jangan haraplah aku dapat tidur balik

kenapa aku menulis malam nie...
untuk catatan aku dah husband
bahan rujukan kami bila doktor tanya tarikh terjadi
aku menulis bukan untuk meraih simpati
aku menulis bukan nak suruh korang puji aku kononnya aku ibu yang kuat
dah aku pasti aku menulis ini dengan linangan air mata 
terlalu berat untuk terima namun ALLAH dah tentukan untuk kami

salah satu sbb kenapa aku tak boleh tidur...kepala ni asyik duk pikir je...
kadang2 aku positif 
kadang2 aku jadi negatif gila..
negatif tahap teruk
nasib aku ada mak yg faham aku
aku call dia...
aku menangis mengadu nasib aku
mak aku seorg yang positif...
nasihat dia mmg aku boleh pakai sepenuhnya
bila aku call cerita dengan dia...mmg dia bagi aku semangat sampai aku buang segala yang negatif tadi...semua benda aku cerita kat dia...tak pernah satu pun aku sembunyikan pada dia
husband????
yup dia kawan baik aku..tapi bila melibatkan farisyah..kami sama2 menangis...kami sama2 ketawa,
bila kami berdua...kami bercerita pasal farisyah...kami sama2 jadi positif dan kami sama2 jadi negatif..kadang2 aku lebih positif dr dia....

n3 ni panjang..klu korang tak nak baca pun takpe...
sbb mcm aku ckp tadi..aku menulis sbg bahan rujukan aku dan husband...
tarikh,waktu kejadian dan mcm mana kejadian ini berlaku
sbb bkn semua benda kita nak ingatkan

jumaat - 3/6/2016- pukul 3:30 petang

cuti sekolahkan,aku bawak farisyah datang opis,itu dah jadi rutin dia kalau cuti sekolah,nasib baik dpt bos yg ok.lagipun farisyah dah besar ,faktor nak buat bising tue mmg rendahlahkan
ari nie, aku ada port luck sambut puasa untu unit kecik aku..masing bawaklah makanan
farisyah pun samalah join makan...
sedang kami duk lepak2 tue...farisyah datang mintak pas nak pergi toilet...katanya mcm nak muntah...
aku rasa lain mcm tengok muka dia...
aku follow belakang dia..masuk toilet dia kunci pintu toilet..aku masuk toilet sebelah sbb tetiba rasa nak shishi jugak...
aku dengar dia mcm nak muntah...
aku keluar panggil dia...
panggilan pertama respon...tapi sayu2...
panggilan kedua tak takde respon...
panggilan ketiga pun sama....
member opis yg sama2 kat toilet pun panggil jugak....
sama no respon..
aku tunduk intai ikut bawak...
aku nampak kaki dia...maknany dia masih lagi ddk kat mangkok tandas...
aku ketuk pintu...mintak dia bukakan pintu...
berkali2 aku ketuk tapi takde respon jugak....
aku goncang pintu toilet sampai pintu toilet tue terbuka sendiri
aku tolak pintu toilet...
aku tgk farisyah ddk,mata dia pandang aku...tapi takde eye contact
aku suruh dia pakai seluar,aku suruh dia bangun...
takde apa2 respon...
aku dirikan dia,aku pakaikan seluar dia...
muka dia masa tue...kalau toreh dengan pisau mmg takde darah langsung...
tangan dia sejuk sangat
aku pakaikan seluar dia...
tubuh dia time tue dah lembik tapi takdelah sampai dia boleh jatuh....
nasib baik opis mate aku tolong pegang dia...
aku ambil air basuh muka dia...sama takde respon...
jangan ditanya perasan aku time tue...
tapi ALLAH bagi aku sedikit kekuatan....aku tak menangis..aku tak mengelabah mcm biasa...
mybe sbb husband takde masa tue kot...
kami bawak dia masuk opis...
aku ambil kunci kereta,surat hospital farisyah time tue...
member aku nak ambil fon nak call husband aku time tue...
yg lain semua duk keliling farisyah...
tetiba...dalam sekelip mata...farisyah ok mcm biasa...
muka yng pucat tadi jadi merah balik...
dah soalan yang aku betul2 cuak bila dia tanya...
"ibu kenapa ramai sgt org nie....bkn kakak pergi toilet ke tadi"
korang rasa apa sebenanya jadi....
YES... farisyah lupa kejadian dlm 5-6 minit tadi...
biasa dia tak lupa walaupun dia hypo...
dia jadi lembik tak bermaya..tapi bila dia kembali ok..dia akan cerita balik apa aku buat kat dia...
tapi kali ni ....DIA LUPA ..dan sampai hari ni DIA LUPA apa jadi kat dia ari tue
dan dia mengadu..dia penat sangat dan mengantuk
aku ambil keputusan malas bawak dia pergi hospital,aku biarkan aje dia tidur...
husband aku suruh je aku bawak..tapi entaj aku tawar hati nak bawak sbb sebelum kejadia ari ni...

selasa 24/5/2016 farisyah muntah kat sekolah,cikgu call kami ambil dia...chek gula masa tue 3 je..jadi kami bawak pergi ER putrajaya mcm biasa...sampai sana MA kat depan tue suruh kami tunggu je nombor sbb farisyah dah ok masa tue..mau tak ok aku adah bagi minum air "yeogurt yeos" jadi gula pun dah cover balikkan...tunggu nombor punyelah lama dar farisyah tidur sampai bangun...barulah panggil...masuk bila doktor dia chek gula farisyah...ok je katanya...dan dia boleh ckp..panjang sgt kisah anak awak nie...saya tengok dia pun ok je..awak balik jelah..saya tak tahu nak buat apa..ok time tua aku sorang...husband aku takde busy sangat katanya....ok kluar dengan hati yang betul2 terluka...aku rasa frust gila sbb sbb dia sikit pun tak chek keaadan farisyah,husband dtg ambil..aku cerita kat dia...mmg dia marah time tue..tapi kenapatah aku rasa jauh hati sgt..aku ckp takpelah lagi dua minggu temujanji farisyah nanti kita bagi tahu pakar yg chek nanti...

ok balik cerita tadi...pukul 5 aku nak balik tue..aku kejut farisyah...dia bangun tapi masih lemahtapi lagi bagus dr tadi keaadaan dia...tapi dia ngadu sakit kepala sangt..
aku tanya..kakak nak pergi hospital ke..dia kata takpayahlah ibu kakak ok-
(nampak tak dia mmg dia anak yg baik...sebenarnya dia taknak susahkan aku ngan husband)
tapi hati aku tak sedap tengok dia mcm tue...
aku call husband ckp aku bawak farisyah pergi hospital-jadi jumpa kat hospital jelah...

sampai dia hospital..aku ceritabagai apa jadi kat farisyah..MA kat depan tue  kata ok tunggu nombor...
ok dr pukul 6 sampai 7:30 baru nombor aku diaorg panggil...
farisyah alhamdulilah dah ok,back to the normol..dah boleh main dengan adik dia time tue.
masuk bilik doktor....kami kena marah sbb tak bawak terus masa farisyah blur pukul 3:30 tadi.
bila kena marah jadi point le..husband aku ungkit balik benda jadi ari selasa tue...diam doktor tue...
siap tanya doktor mana bertugas...siap dia chek balik rekod farisyah ari selasa tue...dang2 dia mintak maaf..sbb dokor ari selasa tue ambil lewa kes farisyah...
sbb kes farisyah nampak simple tapi sebenarnya serius....
 (tapi sebenarnya...aku pun menyesal jugak knplah aku ikut sangat perasaan sepatutnya aku bawak je farisyah time dia kena tue - pengajaran bagi aku..emosi tolak tepi-farisyah mmg nampak ok time tue....tapi sebenarnya dia tak ok sepenuhnya lagi)

lepas chek semua..farisyah kena masuk kat wad semi kritikal..ambil darah,pasang drip...masuk air utk kembalikan tenaga sikit dan tunggu doktor pakar paed turun-maka tunggulah aku dan farisyah..
husband aku ngan faez ddk kat luar...pukul 1 pagi...doktor paed turun dengan result kat tangan...
 "ok puan,dari apa yang puan cerita dan dengan result darah kat tangan saya nie..farisyah kena serangan SAWAN."
rasa terdduk jap aku bila doktor ckp mcm tue..
"tapi ni first time jadi mcm nie..jadi saya tak boleh nak comfirnkan betul2,jadi puan kena pantau dia..kalu jadi lagi benda yang sama..mmg comfirnlah sawan."

 waktu kami baring bersama tunggu result...

ok aku dapat ilmu baru...
sawan tak semestinya jatuh,kejang otot,mulut berbuih tapi blur dalam 2-3minit atau lebih pun di pnggil sawan,sbb sawan mcm 2 patern.mybe farisyah punya sawan \jenis yg blur,no respon,no eye contact...tapi bahaya teteap sama,risiko juga tinggi

doktor tue sambung lagi...
"puan nak ddk wad esok baru balik atau puan nak balik pantau kat rumah...tapi kalu jadi balik puan datang terus kat hospital"
aku pilih balik rumah sbb aku tengak farisyah ok sepenuhnya...aku cerita kat doktor paed pasal kejadian ari selesa tue kat dia...ok dia ambil report aku,n dia akan adukan pada pakar paed pasal kes farisyah...
farisyah pun ada appoiment ari 7/6/2016 nie...
pukul 3 pagi...farisyah menangis bila sampai kat kereta sbb dia tengok ayah ngan adik dia tidur dlm kereta...

"ibu...kakak mintak maaf susahkan ibu ngan ayah ngan adik..kesian ibu ngan ayah...kakak tak tahu kenapa kakak jadi macam nie"
"kakak tak susahkan ibu pun...bkn kakak mintak nak sakit..allah yang nak bagi kat kakak sbb ALLAH sayang kakak.ALLAH tahu kakak anak yang baik dan kuat ."
aku peluk dia....pukul 3 pagi...aku,husband dan farisyah sama2 menangis..sedih ada kesian pun ada..susah hati pun ada...

mcm planing asal kami balik jb besoknya...sbb dah lama sangat tak balik...lepas tok meninggal sekali baru kami balik..husband mcm tak sanggup nak jejak kaki kat jb..rindu kat tok katanya..rasa mcm terbayang2 tok je

alhamdulilah sepanjang perjalanan farisyah ok je...
cuma ari ahad tue..dia jadi balikmcm ari jumaat tue..tapi kejap jelah dlm 1 minit tapi tak teruk mcm ari jumaat tue...
satu benda ku perasan..lepas dia jadi mcm tue..dia akan mengadu,sakit kepala,mengantuk dan penat..
dia akan tidur dan bangun balik insyallha dia akan ok...

masa ni dia ngadu sakit kepala n nak tidur kejap...sayu hati aku tengok wajah dia time nie


aku stop kat sinin3 nie...aku sambung balik cerita farisyah kat n3 selepas nie...
sbb aku nak asingkan cerita dia dengan apa kata pakar semasa appoiment dia ari selasa baru2 nie....


Adakalanya segaja Allah timpakan ujian yang berat ke atas hambaNya. Ketika itu hati si hamba akan merintih walaupun bibir boleh mengukir senyum. Kadang-kadang ujian datang silih berganti; seolah-olah Allah tidak mendengar rintihan hati hambaNya. Sebenarnya, Allah rindu untuk mendengar rintihan hati si hamba. Tanpa ujian, hati tidak ingat Allah dan ia berasa tenteram, hingga hilanglah rasa kehambaan daripada dalam diri. Lalu kerana itu, Allah datangkan ujian silih berganti agar rintihan hati si hamba tidak terputus kepada Tuhannya.

Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ

Adakalanya segaja Allah timpakan ujian yang berat ke atas hambaNya. Ketika itu hati si hamba akan merintih walaupun bibir boleh mengukir senyum. Kadang-kadang ujian datang silih berganti; seolah-olah Allah tidak mendengar rintihan hati hambaNya. Sebenarnya, Allah rindu untuk mendengar rintihan hati si hamba. Tanpa ujian, hati tidak ingat Allah dan ia berasa tenteram, hingga hilanglah rasa kehambaan daripada dalam diri. Lalu kerana itu, Allah datangkan ujian silih berganti agar rintihan hati si hamba tidak terputus kepada Tuhannya.

Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ
Adakalanya segaja Allah timpakan ujian yang berat ke atas hambaNya. Ketika itu hati si hamba akan merintih walaupun bibir boleh mengukir senyum. Kadang-kadang ujian datang silih berganti; seolah-olah Allah tidak mendengar rintihan hati hambaNya. Sebenarnya, Allah rindu untuk mendengar rintihan hati si hamba. Tanpa ujian, hati tidak ingat Allah dan ia berasa tenteram, hingga hilanglah rasa kehambaan daripada dalam diri. Lalu kerana itu, Allah datangkan ujian silih berganti agar rintihan hati si hamba tidak terputus kepada Tuhannya.

Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ

"adakalanya sengaja ALLAH turunkan ujian kepada hambanya,ketika itu hati hambanya akan merintih walaupun bibir masih mampu mengukirkan senyuman,kadang2 ujian datang silih berganti  ;seolah2 ALLAH tidak mendengar rintih hambanya ini, Tapi sebenarnya, ALLAH rindu nak dengar rintihan hambnya ini.Tanpa ujian, hati tidak ingat ALLAH dan ia akan rasa tenteram, sehingga hilanglah rasa kehambaan dalam diri. lalu keran itu, ALLAH datangkan lah segala ujian silih berganti agar rintihan si hamba tidak akan putus daripadanya"






10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

Monday, April 25, 2016

Cendermata Hari Guru


Tempahan telah dibuka


Salam Sayang semua

alhamdulilah tahun ini masih diberi kesempatan untuk menerima tempahan Fridge Magnet sempena hari guru yang akan datang
dan alhamdulilah tempahan masih lagi tidak putus2

ada sapa2 berminat nak order
"fridge magnet sempena Hari guru"
moh apa lagi....
jom tempah sekarang sebelum terlambat

nak order?????
mudah je.....



TEMPAHAN BOLEH DIBUAT MELALUIWHATSSUP/ SMS/ CALL019-2880276 @ 019-3618652

Sebarang EDIT,LETAK GAMBAR,DESIGN ADALAH PERCUMA

TIADA EXTRA CAJ DIKENAKAN

CEPAT2 SEBELUM TAWARAN DI TUTUP


antara design yang kami tawarkan





ini pulak contoh magnet yang dah siap...


-





HARGA???

JANGAN RISAU MAMPU MILIK PUNYALAH

Assalamualaikum
Size 10x7cm=RM10 utk 2 keping
Lebih dr 20keping=RM4 sekeping
Lebih Dr 50 keping =RM3.50 sekeping

Size 5x7cm=4 keping RM10
Lebih Dr 20 kpg=RM2.30 sekeping
Lebih Dr 50kpg=RM2.00 sekeping..

POSTAGE
rm 7 untuk semenanjung
RM 10 untuk sabah serawak




ok jom2 sebelum ketinggalan...
TERIMA KASIH SEMUA

10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

Thursday, April 21, 2016

REDHA bukan sekadar cerita biasa

Assamualaikum Semua
First time aku nak buat review tentang cerita yang aku tengok
dah lama aku tak pergi tengok wayang
tapi kali ini....aku siap ambil cuti untuk pergi tengok cerita nie...
aku sendiri tak tahu kenapa aku nak sangat tengok cerita nie...
yang aku tahu...
cerita nie DEKAT dengan aku..



REDHA perkataan yang senang diucap...
namun untuk tempuhinya amatlah susah
bergetar seluruh jiwa tengok cerita nie...
sepanjang masa aku ingatkan farisyah je...
aku sendiri tak tahu kenapa
tapi yang nyata aku rasa kau berada ditempat ALINA
walaupun anak aku bukan autism

Filem ini sebenarnya menarik...
tapi aku tak tahu kena kurang penonton berbanding cerita2 lain
banyak ilmu yang korang dapat 
banyak mesej dan ilmu-ilmu tentang autism yang kita akan dapat pelajari
apa itu autism, macam mana kita nak hadapi.
apa kelebihan mereka...apa kekurangan mereka

dan yang paling buat aku tak tahan...
pandangan orang luar terhadap  anak2 autism
kita tengok macam zalim sangat cara diorang cakap..
tapi itulah kebenaran...
bercakap ikut sedap adalah lebih lazat dari memikirkan dalam2 sebelum berkata2

scene dalam cerita ni mampu buat aku "hujan" kadang2 lebat..
sebaknya hanya ALLAH je tahu...

antara babak yang buat aku hujan lebat sangat

1) danial terkencing di dalam stesen petronas, si ibu amat tertekan dengan apa yang terjadi,ambil semua tisu yang ada dilapnya air kencing anak dia. datang makcik cleaner tu tolong si ibu tapi si ibu berkali-kali minta maaf...
bila makcik cleaner tu ckp..."akak faham perasaan adik..sebab akak pun ada anak syurga macam adik" 
 allahuuuuuu....sebaknya hanya ALLAH je yang tahu....



2)dialog yang buat aku rasa macam kena sangat dengan aku..
"MENGAPA AKU ??? MENGAPA AKU???
dialog yag sentiasa diulang2 oleh alina dan razlan...dan aku juga pernah menggunakan perkataan ini..bukan sekali tapi berkali2...




3) kata2 yang buat aku terpikir berkali2

"baik ke buruk dia, sempurna atau tidak sempurnanya dia..kita kena terima dengan REDHA"

dan

"hanya dalam kegelapan,seseorang itu mampu melihat cahaya"




video


Filem ini mampu membuka mata kita bahawa hidup ini adalah PILIHAN.
pilihan untuk kita meratapi nasib kita tau kita menjadi seorang perjuang dalam kehidupan kita...
kita tak mampu membahagiakan orang sekeliling kita...namun kita mampu mencari kebahagian untuk mereka semua...

aku bagi 10/10 untuk REDHA...

oklah jumpa lagi 
insaya ALLAH

tempahan Fridge magnet hari guru dan hari ibu telah dibuka   berminat boleh hubungi jue di 0192880276



salam sayang
jue ibu farisyah dan faezuddin





10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

Monday, April 11, 2016

Hubby Warded - cellulitis Puncanya

Salam Sayang Semua
apa khabar...
tergelam timbul tergelam timbul itulah cik jue
kalau datang rajin maka terupdatelah blog nie...

oklah nak cerita pasal my hubby aka Cik Poji
hari ni dah masuk hari ke 5 dia kena warded kat Nilai Medical Centre (NMC)
sebab apa????
kena on antibiotik selama 7 hari

kisah bermula
cik poji demam teruk petang balik dari kenduri 
sampai mengigil2...makanlah ubat demam yang ada kat rumah
pagi tue demam tetap tak turun...
jadi bawak  pergi NMC 
sekali demamnya sampai 40 ...
memang sampai je ka NMC...
tak boleh jalan dah ketar seluruh badan....
last2 kena drip sebotol air....
doktor bagi MC 2 hari...

petang tue balik rumah...
kaki dah start bengkak.....
cik hubby dah agak2 dah mesti kena celulitis....
masa tue dah on antibiotik...

esoknya cik hubby ajak pergi klinik presint 9 pulak...
sebab dah ada rekod....
doktor bagi antibiotik yang kuat lagi...
apa tah namanya - aku tak tahu..tapi cik poji tahu je namanya-

hari rabu cik hubby dah start kerja
kaki masih sakit lagi dan merah gila time tue...
ubat dah on hari ke4
tapi masih belum ada perubahan
biasalah bila dah kerja mmg tak ddk diamlah
balik rumah petang tue....
muka dah merah2 menahan sakit
mmg kesian sangat
terus bawak pergi klinik maria kat taman warisan
doktor ckp ini mmg kena pergi hospital 
sbb kena on antibiotik iv...sbb yg makan punya tak jalan dah...
malam tue jugak pergi NMC ...
maka bermulalah episod 7 hari di NMC
hari ni baru masuk hari ke 5....tinggal 2 hari jelagi

inilah rupa kaki cik hubby
ooo punca dia adalah luka kecik yang dia garu

oklah sebab ramai duk tanya...
mai nak cerita apa itu cellulitis dan apa puncanya

ok cik hubby kita mmg bebas kencing manis dan darah tinggi serta segala jenis penyakit berbahaya...
alhamdulilah....
jadi cellulitis nie bukanlah kerana kencing manis...
ramai duk tanya dia ada kencing manis ke.....

apa itu cellulitis

cellulitis ialah jangkitan bakteria pada kulit, biasanya jangkitan ini kena pada bahagian epidermis kulit sahaja



tapi dia jugak boleh merebek kepada kulit yang lagi dalam dan boleh merebak ke tulang dan ini boleh mendatangkan bahaya kepada mereka yang dijangkitinya
bakteria yang menyerang amatlah kuat kerana pesakit akan deman sampai tahap mengigil dan tidak boleh bangun

apa kita harus lakukan

mmg caranya hanyalah pergi ke hospital ambil antibiotik...
biasanya doktor akan bagi yg jenis makan dulu...
kalau tak ok gak memang kena tahan wad dan mengambil antibiotik jenis drip kesaluran darah (mcm cik hubby)

itulah cara rawatannya...
namun jue pernah terbaca kat blog mama cilik tentang cara dan altenatif lain untuk merawat cellulitis nie....
insayyallah kami juga akan mencubanya

cellulitis nie nampak simple tapi kalau dibiarkan boleh menjadi bahaya dan boleh mengundang maut...

Doakan cik hubby kita sembuh seperti biasa selepas nie...
rasa hilang sebelah kaki dah nie....

oklah pergi dulu...
lain kali kita cerita lagi

tempahan Fridge magnet hari guru dan hari ibu telah dibukaberminat boleh hubungi jue di 0192880276



salam sayang
jue ibu farisyah dan faezuddin






10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

Tuesday, March 22, 2016

Tingginya Kamu

Salam Sayang
dua minggu berlalu tanpa update...
busy ke kamu???
mungkin kot...
banyak sangat benda kena buat

jom kita ringan2kan fikiran kita semua
bila cerita pasal anak daraku
macam2 nak tulis....
dari kita semua semua boleh ketawa sampailah kisah buat kita menangis teresak2
itulah anka daraku

alhamdulilah....
semakin hari semakin sihat
umur 9 tahun 6 bulan
berat 30 kg 
tinggi 132
hampir kalah dah ibu dia
nak tunggu umur 18 tahun...
tinggi ibu 154 je 
berat ibu????tak payah ditanya..hahahhaha
sebab comel sangat


ini pulak kisah adiknya...
berkeping2 ambil gambar..sekeping dua je yang cantik


bila kakak dah bersedia...
adik pulak mengada2...

tengok dipeluknya kakak dengan penuh kasih dan sayang katanya..


alahai anak...
kamulah penawar ibu 
kala ibu duka dan sedih
kamulah membawa kebahagian
ketawa ibu sampai sakit perut
kerana kata2 kamu..lawak kamu 
kamu berdua memang penyeri ibu

anak ialah anugerah dan amanah dari ALLAH
jadi sama2 kita menjaga mereka


ok jumpa lagi

salam sayang
jue - ibu farisyah dan faez



nak tempah Photo Magnetjom klip sini Photo Magnettempahan untuk hari guru telah dibuka...







10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

Wednesday, March 9, 2016

No update..Jemputlah datang

Maaflah tak sempat nak update blog...
esok start cuti sampai selasa
memang tak akan update blog...
sapa2 yang ada kat TERENGGANU
moh le datang kerumah mak kita
buat kenduri sikit 
adik perempuan bongsu kita kawin 
jemput ye...



ni projek kita buat...
goodies beg untuk dia


kat kawin pun kita buat sendiri
insayallah klu ada permintaan utk paper beg n kad tue..
kita akan buka untuk tempahan

Jemputlah datang ye ...

jumpa lagi nanti


10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

Monday, March 7, 2016

Ubat Cacing? Wajib ke untuk anak-anak

salam sayang semua
panjang tajuk entry kali ini
kisah ubat cacing je...
saja nak kongsi dengan korang '
kenapa kita harus bagi ubat cacing kepada anak2 kita

ok jom baca bawah nie...
aku copy dari satu artikel nie

KENAPA ANAK HARUS MAKAN UBAT CACING
Ini adalah kerana kanak-kanak bermula jalan pada umur tersebut tetapi masih tidak dapat menjaga kebersihan diri. Terdapat banyak jenis ubat cacing, contohnya, albendazole, mebendazole, praziquantel,ivermectin dan sebagainya. 
Ubat-ubat cacing tersebut digunakan untuk penyakit yang berbeza, seperti filariasis, helminthiasis, schistosomiasis dan onchocerciasis. WHO mencadangkan ubat-ubat tersebut diberikan setiap tahun kepada kanak-kanak yang tinggal di tempat di mana penyakit-penyakit tersebut berlaku dengan kerap.Penyakit yang saya kemukakan tadi biasanya berlaku di negara-negara mundur dan kawasan luar bandar di mana sistem tandas, tahap kebersihan dan pendidikan agak terbantut. Oleh itu, sekiranya, kanak-kanak tidak berasal atau tinggal di tempat-tempat tersebut, ubat cacing tidak semestinya diberi setiap tahun. 
Apa yang penting adalah mendidik kanak-kanak pakai kasut selalu bila berada di luar rumah, selalu cuci tangan dengan sabun dan air bersih, elakkan sayur-sayuran yang ditumbuhkan dengan baja najis, jangan main di sungai atau kolam yang mempunyai siput, dan elakkan nyamuk dengan repellant atau kelambu.( answered by Dr Ng Khuen Foong )

nak dijadikan cerita,
ari khamis lepas pergi klinik maria kat kota warisan 
cik hubby n farisyah batuk2 sampai tak kluar suara
alang2 pergi sana terus beli ubat cacing kat farisyah n faez...
sebab faez last makan ubat cacing awal tahun lepas
lama benar dah aku tak bagi budak berdua nie makan cacing
jadi selamatlah aku bagi mereka berdua ubat cacing malam tue...
oklah tulis kat blog nanti senang nak rujuk....
hahahahhahah
ok ..lepas nie bulan 9 baru korang makan ubat cacing ye anak2 

ini ubat yang aku beli kat klinik maria 
RM 10 sebotol 

ok jom tengur cara2 makan ubat cacing ye..
model dia FAEZUDDIN





ok maka selamatlah sebotol ubat cacing yang telah diminum rakus oleh model...
nasib  baik model ni bab2 makan ubat takde masalah...

tapi sebelum ni aku ada gak terbaca yang org dewasa pun harus makan ubat cacing
alamak nampaknya dah bertahun2 kot aku tak makan ubat cacing nie
hahahahahha

oklah pergi dulu ye..
lain kali sambung lagi...
insayallah


sejauh mana seseorang itu kenal ALLAH, sejauh itulah cintanya kepada ALLAH



Salam Sayang

jue - ibu farisyah dan faez



nak tempah magnet/koleksi magnet Custom Made...jom klik siniCustom Photo Magnet


10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

BloG PerIbaDi-SeGalanYa Hak MiliK aNNa-JuEaNNa