Thursday, January 22, 2015

Nak Solat Masjid cantik

Salam Sayang Semua...
alhamdulilah bersua kita kembali...

perubahan yang ketara 
hasil duduk bertapa di rumah mak tok selama sebulan
farisyah dah pandai solat dan setakat nie setiap kali azan...
dia menjadi orang pertama solat...
ibu dan ayah sila jeles dengan anak anda...
bila anak kita dah mula solat dan solat awal waktu
kita pun akan terikut2 ...
sebab nanti tak pasal2 
anak yang bertanya

"ibu dah solat ke"

jangan jadi ketam ....nak suruh anak jalan betul diri sendiri pun tak betul...

nak jadikan cerita...

sebenarnya time tue cik jue jumpa custmer magnet
lepas tue dia orang terus lepak kat dataran tue...
lepas tue kakak tanya

"ibu kita solat maghrid kat masjid cantik nak"
"kakak nak solat kat masjid nie ke"...
tunjuk kat masjid putra
"taklah ibu...masjid satu lagi...yang dekat pasar masa bulan puasa"
"oooo ok masjid besi"

ok jadi sebelum maghrid lagi dalm pukul 6;50 kami dah menuju kesana
seronok bukan main lagi farisyah...

dapat solat kat masjid cantik...
selesai solat
"kakak rasa seronok sangat dapat solat kat sini ibu..rasa damai je...rasa nyaman sangat...lain kali kita datang lagi ye ibu....kakak rasa mcm ALLAH ada kat tepi kakak  masa kakak solat..."

menunggu nak solat maghrid

special untuk kakakibu tak kisah kakak nak jadi apa besar nanti...cuma ibu minta kakak  jadi anak yang solehah...itu dah cukup bagi ibu dan ayahbukan ibu tak impikan kakak mendapat keputusan cemerlang macam anak2 orang laintapi ibu tahu kemampuan kakakkalau kakak tak berjaya didlm pelajaran sekurang2nya kakak berjaya menuju ke jalan ALLAHjaga solat kakak..jaga aurat kakakmoga ALLAH sentiasa merahmati kakak dimana kakak beradakejayaan seseorang bukan diukur dari segi akedemik je...berjaya didunia tak semestinya berjaya diakhirat...ibu nak kakak berjaya didunia dan akhirat


terima kasih mak tok..kerana sudi jaga kakak selama sebulan
perubahan demi perubahan yang farisyah tunjukkan
serius kalau dengan ibu kamu mesti masih manja dan banyak alasankan...
kalau ikutkan hati mak tok...
memang dia nak jaga kakak sampai besar...
tapi ibu tak mampu nak berpisah dengan kakak...
terlalu berat untuk ibu lepaskan kakak..
kerana kakak terlalu istemewa buat ibu...
kerana kakak, ibu belajar erti sebuah kehidupan yang terlalu indah


oklah pergi dulu...
insayallah ada masa cik jue update lagi...
jumpa lagi...



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan insan-insan tersayang?

Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 

Hubungi Cik Jue/One Happy Family untuk:-


FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!





nak tempah photo magnet...
jom pi sini
http://gallery-annafauzie.blogspot.com/
best price...

10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

Jom Naik Basikal

Tetiba nak sign in blog tak boleh...
berdebar2 kot...
lama tak update blog...
blog ni dah merajuk ke....
nasib baik boleh buka selepas 10 minit....

hahahahhahahah
salam sayang semua...
baru nak salam sayang 
membebel dulu ye...

lama tak kayuh basikal
nasib baik pandai lagi...
tapi baru dua round pusing dataran putrajaya nie...
penant boleh tahan
nampak sangat kan!!!!!!
menyampah kembang hidung2

ni kisah dua minggu lepas
lepak2 di dataran bawah dua beradik nie main2
tengok orang naik basikal
apa lagi...
menyewa jugaklah ...
20 minit rm 10
yang paling seronok...
penuh satu basikal
faez didepan kakak kat belakang

tengok faez bukan main happy lagi...
hubby tinggi basikal tue tempat duduk rendah je...
apa lagi sangkut le bila nak kayuh....



ok turn cik jue pulak...
nak bawak basikal ke nak posing nie????
comfius jap......
hahahhahaha

kakak mana? kakak mana?

biasalah orang dah pandai main rollerblate...
turun basikal terus berlari2 ....

tapi tuelah punya lama tak kayuhkan
penat boleh tahanlah...
tetiba rasa nakbeli basikal sendiri...
kayuh dalam taman petang2...
hahahahhahaha


oklah pergi dulu...
insayallah ada masa cik jue update lagi...
jumpa lagi...



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan insan-insan tersayang?

Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 

Hubungi Cik Jue/One Happy Family untuk:-


FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!





nak tempah photo magnet...
jom pi sini
http://gallery-annafauzie.blogspot.com/
best price...



10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

Tuesday, January 20, 2015

First Day di Taska

Salam sayang Semua...
bersua kita kembali
di blog yang seram2 sejuk ni
makin hari makin teruk 
mood betul2 kelaut
takpelah slow2 
mana tahu lama2 dia datang balikkan


sekolah dah nak masuk dua minggu...
baru nak cerita pasal taska si faez...
faez masuk taska awal
2/1/2015 dah duduk kat taska...
Taska Min Rizki 
taska ni kat opis cik jue
kat lobi aras satu
senang sebelum naik opis aras 12
hantar si faez kat taska bawah dulu....

alhamdulilah perkembangan yang baik
walaupun mula2 menangis nak hantar
sekarang dah ok....
tapi................................ada tapinya
setiap pagi WAJIB pergi kafe belikan kuih
walaupun bawak bekal tapi wajib masuk kafe gak...
belinya donut sebjik je pun
hahahahhahaha
tapi takpelah layankan aje..
janji happy


wajah di hari pertama sekolah
2/1/2015

perkembangan yang lain??
macam budak2 lain jugak...
time menulis di memulis 
time mewarna dia mewarna
dan salah satu hasilnya....

inilah...
hasil pertama faez yang ditampal di dalam kelas 
hasil tunjuk ajar cikgu...

cikgu faez banyak puji faez...
seronok dengan bila cikgu cakap dia cepat belajar...
tak kisahlah adik...
apa2 pun jangan satu je...
jangan duk buat kawan2 sudah..
boleh dikatankan "hero" jugaklah
pemalu tapi kasar...

oklah stop dulu ye...
lain kali sambung lagi...
rindu farisyah????
nanti cik jue cerita perkembangan terbaru dia...

moga kalian berdua jadi anak ibu yang berguna didunia dan akhirat...


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan insan-insan tersayang?
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cik Jue/One Happy Family untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!





nak tempah photo magnet...
jom pi sini
http://gallery-annafauzie.blogspot.com/
best price...


10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

Monday, January 12, 2015

kerana Personaliti Anak Di Hukum???

Salam Sayang Semua
n3 pertama ditahun 2015
terlalu banyak suka dan duka sepanjang tahun 2014
namun biarlah ia berlalu
andai itu satu kenangan yang terindah
simpanlah dia baik2
tapi jika ia satu kekecewaan dan kelukaan..
biarlah dia berlalu
jangan disimpan kalau boleh buanglah ia jauh2
moga ia tidak menjadi parut besar dihati kita

hari ini nak berkongsi sedikit tentang anak-anak..
anak2 anugerah terindah...
tapi janganlah kita hukum dia kerana personalitinya
setiap yang yang dilahirkan 
ada kelebihan dan kekurangannya..

dari kecil lagi anak2 menunjukkan personaliti masing-masing

ada yang memang berminat pada akademik
dan biasanya anak2 sebegini selalunya cepat pandai membaca 

ada yang minat aktiviti fikizal terutamana anak2 lelaki kerana dia melibatkan pergerakan, kelajuan dan kekuatan

ada kanak2 yang pandai bersosial
jadi dia lebih cepat rapat dengan orang sekeliling dia.kehadiran dia jugak biasanya disenangi oleh saudara mara serta keluarganya
apabila bergaul, ada saja cadangan untuk aktiviti bersama dan begitu bijak membuat orang lain ketawa.

ada jugak yang minat seni,begitu minat pada tarian, nyayian,lakonan dan lukisan. sejak kecil begitu gemar bermain dengan alat solat dan pandai memilih pakaian.


kesimpulannya
setiap kanak-kanak itu berbeza
tidak semua kanak-kanak sukakan aktiviti akademik sejak usia 2 tahun. 
Tidak semua kanak-kanak boleh lancar membaca pada usia 4 tahun.
tidak semua kanak-kanak boleh hafal ayat quran pada 5 tahun.
perhatikan kecendurangan anak kita.jangan sampai anak menjadi tertekan
memang benar membaca, menulis, mengira itu penting 
tapi adakah kanak-kanak yang pandai membaca seawal usia 3 tahun itu pasti lebih berjaya berbanding kanak-kanak yang pandai membaca di usia 6 tahun?

Sebagai ibubapa pasti kita mahukan yang terbaik untuk anak-anak kita.
tapi sebagai ibubapa, jangan mudah kecewa atau berputus asa atau berasa stress jika anak anda belum boleh membaca pada usia 5 tahun,
fikirkan kembali apakah personaliti anak dan apakah kekuatan yang mereka miliki 
gunakan kekuatan yang dimiliku oleh anak untuk menarik minatnya.
jadikan ia sebagai 

ganjaran pada apa yang kita target.
tukar cara bagaimana kita mengajarnya.
nak senang ...
pakcik googlekan ada...
pelbagai cara dan kaedah yang diajar, semuanya dihujung jari kita
sekarang nie usaha kita sebagai ibu bapa..
bukan mengharapkan keajaiban di depan mata
tapi usaha kena lebih.
mengharapkan sesuatu yang terbaik untuk setiap anak adalah impian setiap ibubapa
namun sampai membebankan anak2 kita sendiri
yang paling penting jangan lupa untuk berdoa
kerana doa ialah senjata paling mustajid dalam sesuatu pekara

bercakap berdasarkan pengalaman 
bukan sekadar suka-suka
kerana pengalaman ini amatlah berharga
semoga kita semua menjadi ibubapa yang memampu berfikir di luar kotak dan menerima seadanya anak-anak kita dengan kasih sayang...
bukan sentiasa menghukum mereka kerana kelemahannya...

mendidik anak dengan kasih sayang adalah lebih bagus dari mendidik anak dengan kekerasan
moga allah merahmati kita semua...

kredit to :rubyatika
sumber inspirasi google yang paling banyak membantu




nak tempah photo magnet...
jom pi sini
http://gallery-annafauzie.blogspot.com/
best price...




10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

BloG PerIbaDi-SeGalanYa Hak MiliK aNNa-JuEaNNa