Thursday, February 26, 2015

Autisme -Kenali Anak Anda

Salam Sayang Semua
Selamat Pagi...
Apa khabar semua...harap semuanya sihat

terpanggil untuk berkongsi sedikit cerita
tentang AUTISME
tidaklah pandai mana nak cerita sekadar berkongsi pengalaman dan sedikit pengetahuan tentang autisme nie..
pengalaman berjumpa pakar kanak-kanak sungguh berharga bagi jue..
banyak yang kita tahu...
selain tue sumber rujukan GOOGLE amatlah bermakna...
pantang ada masa terluang ...
semua tentang masalah kanak2 jue cari...
terutama autisme,dyseleksa,slow learner,syndrome williams
semuanya demi insan yang bergelar anak...

sekadar berkongsi...maaf jika ada kesilapan dan saya terima segala teguran dengan tangan terbuka...


Autisme bermaksud satu gangguan dimana kanak-kanak mempunyai kesukaran dalam interaksi sosial dan komunikasi serta tingkahlaku terhad dan berulang-ulang. Simptom ini mula ditunjukkan oleh anak-anak seawal umur 3 tahun lagi.

Terdapat pelbagai simptom yang berbeza pada kanak-kanak yang mengalami autisme. Terdapat kanak-kanak yang mempunyai simptom yang ringan dan ada juga kanak-kanak yang mempunyai simptom yang lebih berat.

Cuba anda bayangkan sekaki payung, Payung itu mewakili Autisme, dimana dibawa payung itu mengandungi pelbagai simptom yang berbeza. Kanak-kanak autisme boleh mempunyai sebahagian simptom-simptom ini atau keseluruhannya sekali (turut dikenali dengan terma ‘Autism Spectrum Disorder’).

Diantara kategori-kategori bagi gangguan Autisme ini adalah:
§  Autistic disorder” (juga dikenali sebagai “Klasik” Autisme)
§  Sindrom Asperger” (juga dikenali sebagai “Atypical Autism”)
§  Pervasive Developmental Disorder” (tiada spesifikasi tertentu)
*(Pervasive Developmental Disorder can be broken down further to include Childhood Disintegrative Disorder and Rett syndrome.)

Tidak ada ubatan mahupun rawatan bagi mengubati autisme, namun begitu terdapat beberapa kaedah untuk membantu anak-anak autisme dalam kehidupan seharian serta memaksimumkan keupayaan pembelajaran.

Tanda-tanda bagi Autisme.

Terdapat tiga jenis kelakuan pada karektor kanak-kanak Autisme:
1) Kanak-kanak Autisme mempunyai kesukaran dalam interaksi sosial, masalah dalam komunikasi (lisan dan bukan lisan), tingkah laku berulang dan obsesi melampau.

2) Kesukaran berinteraksi merupakan antara tanda utama dalam autisme. Ibu bapa biasanya akan menyedari masalah autisme di dalam diri anak mereka melalui gejala ini. Seawal bayi lagi, anak – anak yang mempunyai masalah autisme tidak memberi respon atau fokus kepada sesuatu benda dalam jangka masa yang lama. Kanak-kanak yang mempunyai autisme adalah kelihatan seperti anak-anak yang normal namun mempunyai kekurangan dalam komunikasi sosial.

3) Kanak-kanak Autisme gagal untuk memberi respons apabila nama mereka dipanggil dan tidak mahu bertentang mata semasa berkomunikasi. Mereka juga mempunyai kesukaran untuk menafsir pemikiran serta perasaan orang lain, ini kerana mereka kurang sensitif kepada ciri-ciri bersosial seperti intonasi suara dan ekspresi muka. Mereka juga tidak memandang muka apabila bercakap bagi memahami tingkahlaku yang sewajarnya.

Mereka kurang untuk memahami perasaan atau emosi orang lain. Kanak-kanak Autisme lebih gemar untuk melakukan perbuatan yang berulang-ulang seperti menghayun atau memusing-musingkan badan atau keadaan yang lebih merbahaya seperti menggigit atau memghantuk kepala. Malahan, mereka juga lambat bertutur berbanding kanak-kanak seusia mereka. Dalam perbualan juga, mereka lebih gemar untuk membahasakan diri mereka dengan menggunakan nama mereka sendiri berbanding menggunakkan kata ganti diri ‘saya’.

Selain dari itu, kanak-kanak autisme juga tidak pandai untuk berinteraksi dengan kanak-kanak lain semasa bemain. Ada diantara mereka yang menggunakan melodi lagu ketika bercakap mengenai sesuatu cerita dan kebanyakkan mereka tidak berminat untuk berkongsi cerita bersama rakan perbualan mereka. Kebanyakkan kanak-kanak autisme adalah kurang sensitif kepada rasa sakit namun mereka lebih sensitif kepada bunyi, sentuhan serta sensori (deria rasa). Sifat sensitiviti mereka yang kuat ini merupakan jawapan mengapa mereka yang tidak mahu dirangkul atau dipeluk.



Sekiranya, anak anda mahupun saudara mara yang mempunyai anak yang disyaki mempunyai simptom-simptom autisme, segeralah membawa mereka berjumpa dengan doktor yang berkaitan bagi mendapatkan penyelesaian terbaik dalam menghadapi situasi ini.

Ibubapa yang mempunyai anak2 autisma boleh mendapat sokongan dari ibubapa yang mempunyai autisma lain kerana hanya mereka yang mempunyai anak autisma je yang faham apa yang kita rasa.Dalam saat kegelapan, suara simpati yang memahami, dan menawarkan nasihat memang mententeramkan ibu bapa yang cuba berhadapan dengan anak autisma mereka.
sumber rujukan: makmal autisma, ukm @ http://www.ukm.my/
ANAK ANUGERAH KEPADA IBU BAPA
"Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin.Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepadamu.Membunuh mereka itu sungguh suatu dosa yang besar."[Surah al-israa' 17:31]
ANAK MENJADI AMANAH KEPADA IBU BAPA
"Setiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah(suci yakni muslim).Kedua-dua orang tualah yang menjadikan dia yahudi,Nasran ataupun majusi"[Bukhari]
 ANAK SEBAGAI UJIAN DARIPADA ALLAH
"Dan ketahuilah bahawa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cobaan dan sesungguhnya di sisi Allah ada pahala yang besar."[Surah Al-Anfal 8:28]

10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

3 comments:

Falsya said... [Reply]

tq jue coz sharing..anak2 harta kite dunia akhirat..

Sidratul Muntaha said... [Reply]

hmm..
pain i shoulder cik jue
but slowly and believe in Allah plans.
DIA lah sebaik - baik perancang

Nooriah Abdullah said... [Reply]

salam kenal dari kaknoor
singgh follow sini
http://nooriahnaim.blogspot.com/

BloG PerIbaDi-SeGalanYa Hak MiliK aNNa-JuEaNNa