Monday, January 12, 2015

kerana Personaliti Anak Di Hukum???

Salam Sayang Semua
n3 pertama ditahun 2015
terlalu banyak suka dan duka sepanjang tahun 2014
namun biarlah ia berlalu
andai itu satu kenangan yang terindah
simpanlah dia baik2
tapi jika ia satu kekecewaan dan kelukaan..
biarlah dia berlalu
jangan disimpan kalau boleh buanglah ia jauh2
moga ia tidak menjadi parut besar dihati kita

hari ini nak berkongsi sedikit tentang anak-anak..
anak2 anugerah terindah...
tapi janganlah kita hukum dia kerana personalitinya
setiap yang yang dilahirkan 
ada kelebihan dan kekurangannya..

dari kecil lagi anak2 menunjukkan personaliti masing-masing

ada yang memang berminat pada akademik
dan biasanya anak2 sebegini selalunya cepat pandai membaca 

ada yang minat aktiviti fikizal terutamana anak2 lelaki kerana dia melibatkan pergerakan, kelajuan dan kekuatan

ada kanak2 yang pandai bersosial
jadi dia lebih cepat rapat dengan orang sekeliling dia.kehadiran dia jugak biasanya disenangi oleh saudara mara serta keluarganya
apabila bergaul, ada saja cadangan untuk aktiviti bersama dan begitu bijak membuat orang lain ketawa.

ada jugak yang minat seni,begitu minat pada tarian, nyayian,lakonan dan lukisan. sejak kecil begitu gemar bermain dengan alat solat dan pandai memilih pakaian.


kesimpulannya
setiap kanak-kanak itu berbeza
tidak semua kanak-kanak sukakan aktiviti akademik sejak usia 2 tahun. 
Tidak semua kanak-kanak boleh lancar membaca pada usia 4 tahun.
tidak semua kanak-kanak boleh hafal ayat quran pada 5 tahun.
perhatikan kecendurangan anak kita.jangan sampai anak menjadi tertekan
memang benar membaca, menulis, mengira itu penting 
tapi adakah kanak-kanak yang pandai membaca seawal usia 3 tahun itu pasti lebih berjaya berbanding kanak-kanak yang pandai membaca di usia 6 tahun?

Sebagai ibubapa pasti kita mahukan yang terbaik untuk anak-anak kita.
tapi sebagai ibubapa, jangan mudah kecewa atau berputus asa atau berasa stress jika anak anda belum boleh membaca pada usia 5 tahun,
fikirkan kembali apakah personaliti anak dan apakah kekuatan yang mereka miliki 
gunakan kekuatan yang dimiliku oleh anak untuk menarik minatnya.
jadikan ia sebagai 

ganjaran pada apa yang kita target.
tukar cara bagaimana kita mengajarnya.
nak senang ...
pakcik googlekan ada...
pelbagai cara dan kaedah yang diajar, semuanya dihujung jari kita
sekarang nie usaha kita sebagai ibu bapa..
bukan mengharapkan keajaiban di depan mata
tapi usaha kena lebih.
mengharapkan sesuatu yang terbaik untuk setiap anak adalah impian setiap ibubapa
namun sampai membebankan anak2 kita sendiri
yang paling penting jangan lupa untuk berdoa
kerana doa ialah senjata paling mustajid dalam sesuatu pekara

bercakap berdasarkan pengalaman 
bukan sekadar suka-suka
kerana pengalaman ini amatlah berharga
semoga kita semua menjadi ibubapa yang memampu berfikir di luar kotak dan menerima seadanya anak-anak kita dengan kasih sayang...
bukan sentiasa menghukum mereka kerana kelemahannya...

mendidik anak dengan kasih sayang adalah lebih bagus dari mendidik anak dengan kekerasan
moga allah merahmati kita semua...

kredit to :rubyatika
sumber inspirasi google yang paling banyak membantu




nak tempah photo magnet...
jom pi sini
http://gallery-annafauzie.blogspot.com/
best price...




10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

3 comments:

ch@ said... [Reply]

terasa bermotivasi sket baca entry akak ni, tiba2 teringat kat auni yg da pun gi sekolah. thn dpn drjh satu sudah. sobs!

Falsya said... [Reply]

Betul tuh jue..lain anak lain peelnye..bile tgk anak org yg sebaya boleh mengira boleh membaca kite pun xleh nak push anak kite jadik gitu jugak kan..kene ikut tahap kemampuan die..kalau push beria nnt jadik lain pulak..falsya xsuke betul bile ade yg suke beza2 kan when it comes to anak nie..xfair sgt tau..

Mama Kembar 3 said... [Reply]

betul tu, kena ikut rentak anak jugak & jangan terlalu memaksa. by the way, blog Pn. Ruby tu mmg terbaik, banyak infor dpt dr situ.

BloG PerIbaDi-SeGalanYa Hak MiliK aNNa-JuEaNNa