Monday, September 29, 2014

2 Years ago


Dua tahun berlalu
membesar dengan sihat 
banyak akal
banyak kerenah
telatah demi telatah yang pasti menghiburkan hati
walaupun kadang2 geram dibuatnya

hari2 kerja membuli kakak
si kakak pulak mengalah dengan redha
tapi kadang2 naik jugak tangannya
tapi kasih sayang seorang kakak pada adik takkan pudar
begitu jugak si adik

bila kakak menangis kena marah
adik sama2 menangis
kalau kakak kena marah dengan ayah..
siaplah ayah pun kena marah balik 

faez oh faez...
selamat hari lahir sayang
moga ALLAH sentiasa melindungi faez
membesar jadi anak yang soleh
dipanjangkan umur
serta dimurahkan rezeki
sentiasa diberi kesihatan yang baik...
menjadi penyejuk mata ibu..
menjadi penenang jiwa ibu



MUHAMMAD FAEZUDDIN BIN MOHD FAUZI
29/09/2012
8:45 am
2.8KG
48 CM



please help me

start semalam faez taknak minum susu
air lain minum je..
dia sihat je..
dah chek dalam mulut takde ulser
dia minum susu dutchlady dari kecik lagi..
tak pernah tukar...

any suggestion

oklah pergi dulu ye..
lain kali kita cerita lagi...
terima kasih pada yang sudi membaca...


- MFMS Empire - The Most HAPPENING Shaklee Team in Malaysia! 

FREE CONSULTATION
 and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!






nak tempah photo magnet...
jom pi sini
http://gallery-annafauzie.blogspot.com/
best price...


                                                                                                                                                                                                                                                    

10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

Friday, September 26, 2014

Dari Biru ke Kuning

Salam sayang Semua
rindu kat korang...
tapi malas punya pasal jadi blog tak update...
tak tahu kenapakan

oklah hari ni nak bercerita sikit
pasal line telefon yang jue guna
klu sebelum ni setia betul pada si biru nie..
13 tahun pakai line biru je...
10 tahun pakai pospate...3 tahun pakai prepaid..
setia ok ...
rasa mcm takpelah taknak tukar dah...

tapi sejak dua tiga menjak nie...
cinta dah beralih arah
sebab biru banyak buat perangai..
opis tingkat 12...selalu takde coverage je..
menyampah betul

jadi cik hubby ambil keputusan cari data plan line..
kami carilah mana yang ok dengan kami
banyak benda nak kira
(yes..my hubby memang details)
dan kami memilih....


budak kuning nie...
harap sangat bagi servis yang terbaik ...
maklumalah jue kan banyak bergantung pada handphone 
dalam bisnes online nie
kalau coverage tak bagus...
data plan internet 5G tapi lambat mcm siput tak guna gak..


wahai budak kuning
moga kamu boleh berkhidmat dengan cemerlang
kalau tak aku terminate ko..
ambil yang hijau atau oren...
hahahahahahahaha 


korang pakai apa...
kuning,biru,hijau atau oren...
ada apa2 cadangan yang lagi best ke dari kuning ...
jom kita kongsi sikit 


oklah stop dulu ye...
lain kali kita cerita lagi
terima kasih sudi jengah jue..





- MFMS Empire - The Most HAPPENING Shaklee Team in Malaysia! 

FREE CONSULTATION
 and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!






nak tempah photo magnet...
jom pi sini
http://gallery-annafauzie.blogspot.com/
best price...


10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

Friday, September 12, 2014

Farisyah : Sebelum Dan Selepas

Salam Sayang SemuaRindu Kat kita tak..tetiba perasan sendiri
Hari ni nak bercerita kisah farisyah
Menjaga anak yang mempunyai hypoglasimia tak sama dengan kanak2 lain
kena jaga dari segi pemakanankena jaga perasaan dia..perasaan????
tak boleh bagi dia xcited sangat,
tak boleh bagi dia sedih sangat
tak boleh bagi dia marah sangat
tak boleh bagi dia serabut

kerana ia mempengaruhi kadar kadar gula dalam darah dia...

metabolisma terlalu tinggi..
dalam sekelip mata je gula dia boleh jatuh ke tahap kosongbila gula dah below 3...
farisyah pasti dah lembik dan tak bertenaga
dan farisyah dah 3 kali pengsan 
kerana tiada gula langsung dalam badan
semua ini membawa kesan kepada otaknya..
dan sedikit sebanyak mempengaruhi pembelajaran,pertumbuhan dan membesarannya

                           
ok sebelum nie
farisyah boleh di ketogori sebagai budak yang"slow" 
dalam pembelajaran
dia boleh membaca tapi masih merangkap..
tidak faham apa yang dibaca lambat dalam hafalan
tidak fokus dalam apa kita ajar
cepat boring dalam apa yang dibuat

dalam segi kesihatan pulak

suka batuk dan selsema 
tapi tidak demam
dari segi pemakanan 
amat memilih makanan
susah jugaklah nak makan
sukar membuang air besar
dalam perjalanan ke sekolah dia akan tidur
 dan bila sampai sekolah dia macam kurang bermaya 

sebelum dia masuk sekolah kami kurang risau sangat

tapi bila dah masuk sekolah nie..
hati kami nie makin takut dan risau..
sapa yang ikut blog nie pasti tahu yang kami bawa farisyah jumpa doktor..
macam2 doktor kami jumpa..
buat IQ test,Jumpa Pakar Psikologi,buat ujian dyselixia
tapi keputusan alhamdulilah boleh mengembirakan kami
hati ibu mana tak sedih bila tengok kawan sebayanya banyak mengejeknya
subahanallah hanya jue dan hubby je tahu perasaan itu..
yes kami akui banyak air mata kami tumpah sepanjang membesarkannya
terlalu banyak suka duka kami berdua dan hanya kami yang tahu perasaan itu... 

tapi pertengahan tahun baru2 nie ada perjumpaan ibu bapa...

bila jumpa cikgu ...
kami tengok cikgu tue tersenyum...
serius hati ni berdebar...
banyakkan peningkatan dalam pembelajaran dia... 
yup kami senyum dan senyum...
alhamdulilah walaupun tak sehebat kawan2 yang lain
farisyah dah boleh membaca tanpe perlu mengeja tapi tak lancar lagi..
faham apa yang dibaca dan boleh cerita balik apa yang dia baca
boleh memberi fokus kepada apa yang diajarnya 
dan semasa kami berjumpa doktor baru2 ini
sekali lagi kami tersenyum...
pertumbuhan normol
berat badan dan ketinggian dah mula selari dgn graf kami berdua
dan banyak perubahan positif  yang kami lihat dan doktor akui.
dan yang paling best doktor tue tanya kami bagi supliment ke???
dan mcm biasa anak dara yang peramah nie jawab...

"setiap pagi saya minum milo campur dengan mealshake susu yang sedap tue..lepas tue ibu kasi vitamin dengan minyak ikan...tapi saya tak suka minyak ikan tue"


ok bulan puasa ari tue farisyah dapat puasa 25 hari...

alhamdulilah kerana ini lah first time dia puasa
klau ikutnya farisyah tak boleh puasa tapi sebab dia nak sangat puasa kami bagi dia puasa
dalam beg kami bekalkan air kotak dan biskut..
stanby takut dia hypo...tapi dia ok je....dan alhamdulilah semakin hari farisyah menunjukkan perkembangan yang semakin dan baik





seronok tengok bila anak-anak membesar bersama
dengan kesihatan yang baik dan memuaskan ...
iq yang berkembang dengan baik...
terutama farisyah yang makin hari menunjukkan peningkatan yang ketara

sekarang baru jue faham 
selain ajaran dan amalan seharian di rumah bagi membentuk anak2..
suppliment yang baik juga penting 
bagi memberi sokongan pada mereka...
kalau tanya  jue...
mestilah  jue pilih SHAKLEE untuk suppliment mereka
setiap pagi ...
sesudu mealshake di campur dengan susu untuk faez
 dan 
sesudu mealshake di campur dengan milo atau horlick untuk farisyah 
bersama-sama vitamin c dan omega 




inilah 3 benda budak 2 beradik makan setiap hari

minyak ikan/omega guard tue cik jue bagi malam

faez  jue compur dalam susu @ gaul dengan makanan dia
farisyah gaul dengan makam malam dia
 jue bagi malam sbb siang tak sempat...
pagi2 semua kluar rumah dengan kelam kabut..
malamkan kami makan bersama
time tuelah bagi...

vitamin c tue kadang2 pagi...
kalau lupa malam pun kasi...
mana yang sempat...
biasalah ibu bekerja nie...
kena curi masa sebaik mungkin...

vitamin c memang kegemaran budak berdua nie...
rasa masam2 manis macam gula2 tue buat mereka tak cukup sorang satu...
pantang tengok botol vitamin c faez mulalah mintak2...
hehehehe anak oh anak...

oklah stop dulu ye...
lain kali kita cerita lagi...
terima kasihg pada mereka yang sudi jengah  jue nie...



- MFMS Empire - The Most HAPPENING Shaklee Team in Malaysia! 

FREE CONSULTATION
 and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!






nak tempah photo magnet...
jom pi sini
http://gallery-annafauzie.blogspot.com/
best price...


10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

Monday, September 8, 2014

Selamat Hari Lahir Yang Ke 8

Dah Lama tak coret cerita2 kat sini
Rindu sangat 
Tapi kerana tiada hati nak cerita kat Blog 
akhirnya di bersawang..
tapi tak bersawang jugak
sebab selalu je datang jenguh 
cuma tak letak tanda je...

jadi disebabkan blog ini terjadi kerana dia..
dan hari ini adalah hari lahirnya
maka tercoretlah sebuah cerita untuknya

Sayang ibu Nur farisyah Binti mohd Fauzi
Selamat Hari Lahir sayang
Ibu dan Ayah sentiasa mendoakan yang terbaik buat kakak
Moga kakak jadi anak yang solehah 
menjadi 
penyejut mata
pendamai hati 
buat ibu ayah


kakak terlalu banyak kenangan ibu dengan kakak
kerana kakak ibu jadi kuat
kerana kakak ibu kenal hospital
kerana kakak ibu menjadi seorang yang bermotivasi tinggi
semuanya kerana kakak
Apapun itulah permulaan ibu dan ayah 
dalam mendidik anak-anak

Happy Birthday Sayang
Moga dipanjangkan umur
dimurahkan rezeki
diberkati oleh Allah
Diberi kesihatan yang baik


sayang kakak sentiasa
sayang dan sayang selalu
jadi kakak yang baik untuk faezuddin ye sayang
love u somuch sayang





10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

BloG PerIbaDi-SeGalanYa Hak MiliK aNNa-JuEaNNa