Monday, May 26, 2014

Nikmatnya Solat Dhuha

Alhamdulilah 
masa diberi peluang bernafas pada hari ini dan ketika ini
syukur pada yang maha ESA

alhamdulilah bersyukur sangat sejak join Empayar Maria Firdaus...
terlalu banyak perubahan dalam hidup aku
terlalu banyak...
sampai kadang2 aku menangis sendiri..
kena selama ini  aku tak pernah lakukan ini...
kenapa sebelum ni hanya tahu tapi tak tergerak langsung nak jadikan dia satu amalan
sedih rasa ruginya hidup ini....
32 tahun rasa mcm berlalu dengan begitu sahaja
seribu kerugian disitu

bukan selama ni tak tahu yang solat dhuha tue ALLAH murahkan rezeki..
Bukan Tak tahu klu kita selalu buat solat tahajud tue 
Insayallah..ALLAH akan makbulkan doa kita...
tapi kenapa sebelum nie aku tak pernah buat lakukan
KENAPA DAN KENAPA
sejak join Group MFMS
aku diajar istiqamah dalam MasterChectlist...
yup dalam matercheclist salah satunya adalah solat DHUHA...
serius keajaiban DHUHA telah berlaku dalam hidupku...



hampir 3 tahun aku buat PHoto Magnet...
dah setiap bulan aku punye order telalu sedikit...
hanya rm 100-RM300 sahaja...itu pun tak tolak modal lagi
tapi sejak aku jadikan DHUHA ini satu amalan 
satu yang tidak disangka telah terjadi dalam hidupku...
serius aku cakap...

setiap hari aku rasa lapang selapang2nya...
walau susah manapun aku rasa tenang dan setenang2nya
setiap hari aku rasa ada ALLAH permudahkan segala urusan ku...
semudah2 nya
dan yang paling ketara...
subahanallah aku dan hubby memang terdiam tersenyum...dan aku menangis 
kerana Photo magnet yang selama ni hanya suam2 kuku...
boleh mencecah RM 3500 bersih selama dua minggu ...
dan sehingga hari ini...
setiap hari ada sahaja tempahan magnet yang masuk walaupun RM 20 sahaja

subahanallah maha suci ALLAH
kita pinta padaNYA
Kita pohon padaNYA
kita jangan lupa DIA
Insayallah DIA akan menghadiahkan kepada kita sesuatu yang tidak ternilai
MAHA SUCI ALLAH

klu sebelum ini aku sentiasa merugut bila diuji 
klu sebelum ini aku rasa kecewa bila sesuatu benda aku lakukan tidak membuahkan hasil...
kini aku tahu ...
bahawa aku sebentar sombong...aku sebenarnya ego....
tidak meminta pada NYA....

terima kasih MFMS kerana menunjuk jalan yang terbaik buatku...

- MFMS Empire - The Most HAPPENING Shaklee Team in Malaysia! 




FREE CONSULTATION
 and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!






nak tempah photo magnet...
jom pi sini
http://gallery-annafauzie.blogspot.com/
best price untuk korang



10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

Wednesday, May 21, 2014

Hadiah Hari Guru

salam sayang semua...

sorrylah tak sempat jengah sini
sibuk buat tempahan MAGNET untuk hari guru..
alhamdulilah adalah rezeki sempena hari guru

biasalah buat untuk tempahan 
anak sendiri punya tak ingat nak buat..
sampailah...hari ni sambutan hari guru kat sekolah farisyah
nak jadikan cerita ...
malam tadi jue tertidur awal..
ngantuk sangat sebab setiap malam berjagakan...
kesian farisyah...
asyik duk tanya bila nak buat hadiah kakak...
last2 kejut pukul 4 pagi tengok dia dah tertidur kat ruang tamu dengan bapaknya sekali...
bangun pukul 4 pagi rasa segar sangat...
sejak makan ostematrik nie...
bangun pagi rasa mcm segar...
tak letih macam biasa...
cik poji pun cakap macam tue....

jadi pukul 4 pagilah cik jue menyiapkan hadiah hari jadi farisyah...
kejut cik poji suruh dia buat magnet untuk farisyah...
cik jue pulak balut hadiah untuk cik juenya...
biasalah kerjasama itu penting...
anak dara bangun pagi tadi muncung panjang merajuk...
bila tanya kena...
sebab ibu tidur tak buat hadiah cikgu...
suruh dia kluar tengok apa ada atas meja...
bila dia kluar ....apa lagi menjeritlah...
seronok sangat...
"terima kasih ibu,terima kasih ayah....kakak ingat ibu dah lupa"
alo anak ibu...mestilah ibu buat demi kakak...
ibukan sayang kakak...

inilah hasil pukul 4 pagi...

demimu anak ibu sanggup buat apa sahaja..
janji kakak happy selalu...
5 orang cikgu diberi magnet dan hadiah
3 orang lagi bagi magnet je...

special request dari NUR FARISYAH FAUZI

oklah nak tunjuk antara tempahan hari guru tahun nie..


oklah pergi dulu ye...
jumpa lagi ...lain kali...
insayallah

Hubungi cik Jue  untuk :-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!






nak tempah photo magnet...
jom pi sini
http://gallery-annafauzie.blogspot.com/
best price untuk korang


10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

Friday, May 9, 2014

20 Amalan Murah Rezeki

Salam Penghulu Segal Hari Buat semua..
apa khabar korang hari nie...
jom kita munasabah diri seketika..
berkongsi ilmu 
20 Amalan Murah rezeki

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.

antara amalan yang harus kita lakukan ialah

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah .a.)
2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:

“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas .a.)
3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:

“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.”(Riwayat at-Tirmizi)
4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:

“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-ra’d: 28)
5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:

“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:

“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)
7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:

“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…”(Riwayat Muslim)
8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:

“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”
10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:

“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)
12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:

“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)
13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:

“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas .a.)
14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah .

15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:

“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7)
Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)
17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.
18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.
20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:

“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .”(At-Thalaq: 3)
Nabi s.a.w. bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.”(Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab .a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)
Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Inginkan side income 3-4 angka sebulan hanya dengan bisnes online Shaklee?


Hubungi cik Jue  untuk :-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!






nak tempah photo magnet...
jom pi sini
http://gallery-annafauzie.blogspot.com/
best price untuk korang



10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

Wednesday, May 7, 2014

Sebulan Bersama Steroid

Salam sayang semua..
Lama kita tak bersua disini..
bulan April memang teruk betul..
tak update blog pun
banyak cerita tapi entah kena 
perasaan nak update blog tue kurang betul..
jalan-jalan blog korang rajin pulak 
cuma jadi SR je..

oklah nak sambung cerita yang lepas2..
rintitan cerita
akhirnya doktor cakap memang cyct..
hilanglah sedikit cuak ..
tapi kena pulak makan "steroid" selama sebulan
subahanallah rasa mcm tension sbb steroid itu bawak kesan negatif dalam badan..
mengikut cakap doktor

kesan dia ialah
-berat badan akan naik
-tubuh akan rasa lemah
-antibodi dalam badan pun akan down (boleh cepat kena demam dan selsema)
dan dijangkiti penyakit lain..

sungguh berat ujian terpaksa diterima
tapi redha demi anak2..
akhirnya aku makan jugak "steroid" tue selama sebulan no stop
betul...
makan tue mulut rasa pajit sangat..kena ada benda dalam mulut yang menghilangkan rasa pahit tue
wajib mengunyah sepanjang masa
tubuh jadi lemah dan sakit2..
selsema dan batuk yang teruk..
tapi ALLAH tu maha ADIL
kebetulan sepanjang ambil STEROID nie aku tengah on diet dengan set shaklee
memang betul2 membantu..
berat badan tak naik langsung tapi mantain...tak turun jugak..
oklah walaupun tak turun tapi aku suka sebab dia tak nak..
pergi hospital doktor cakap oklah berat awak mantain sebab biasa klu makan steroid mesti berat naik dalam 2-3 kg sebulan
huhuhuhuhu penangan STEROID memang kuat..
aku rasa cukup kot aku makan sebulan...lepas ni aku tak makan dah ok..hahahahha
sekarang aku memang dah tak makan ubat hospital..
batuk ke selsema ke deman lagi lah sebab aku allergik panadol..
tunggu kesan steroid tu hilang sepenuhnya dulu..
makan bulan 3 kesan dia sampai bulan 5 atau 6 baru habis semuanya..

ok sekarang cyct tue dah makin kecik..
tapi bila datang hari dia nak bengkak/radang
sakitnya hanya tuhan je tahu..
kalau terlanggar rasa macam nak .......
tak boleh nak luahkan dengan kata2..
sampai pakai b** pun sakit...
sampai bila????
tak tahu sampai bila...
kenapa tak "operat" buang???
tak nak sebab dia duduk bawah p****g
nanti kena buang P****g..
selagi dia tak bahaya aku sanggup tak buang...
sekarang sebagai alternatif..
aku makan GLA sebab boleh kecutkan cyst..
tengok macam mana...
alhamdulilah setakap nie...
dari bulan 4 ke bln 5 nie tak pernah sakit mcm dulu lagi..
sakit tue sakit tapi tak seteruk dulu..
cyst pun makin kecik rasanya..
harap semuanya akan ok lepas nie...

oklah kita pergi dulu ye...
kalau nak start cerit atak pandai nak berhenti pulak..
lain kali kita cerita lagi...




Inginkan side income 3-4 angka sebulan hanya dengan bisnes online Shaklee?


Hubungi cik Jue  untuk :-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!






nak tempah photo magnet...
jom pi sini
http://gallery-annafauzie.blogspot.com/
best price untuk korang


10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

BloG PerIbaDi-SeGalanYa Hak MiliK aNNa-JuEaNNa