Monday, October 20, 2014

Dan Kami di Uji lagi

salam sayang semua...
lama tak menulis disini..
terlalu banyak cerita yang ingin dikongsi
tapi ........
takpelah slow2 nanti jue cerita

baru2 nie ramai yang dah tahu..
kalau yg follow fb jue ...
mesti tahu

farisyah kena "attack" lagi..
tak tahu perkataan tue sesuai tak..
tapi yang pastinya farisyah memang pengsan dalam dua jam..

Selasa/14/10/2014
pagi tue farisyah mcm biasa..
dan hari tue farisyah start exam 
petangnya pulak ...
dia duduk opis jue sbb KAFA cuti
keadaan dia mcm biasa dan aktif

petang masa otw balik rumah..
dalam kereta farisyah makan blueberry cheese tart
habis je makan dalam 3 biji farisyah cakap nak tidur..
oklah biasa otw balik rumah farisyah memang akan tidur dalam kereta

dalam 5 minit lagi nak sampai rumah
farisyah muntah dalam kereta..
cik hubby berhentilah tepi jalan..
dan suruh farisyah  keluar muntah kat luar sebab dia nak muntah lagi..
jue urut2 belakang dia nak kasi di muntah habis...
dalam hati masa tue dah rasa lain mcm...
tgk gaya dia mcm ada tak kena je..
tengah2 muntah tetiba ...
farisyah jatuh nasib baik jue sempat pangku dia...
jue panggil dia..berkali2 namun takde respon
sudah...
jue terus jerit kat cik hubby...
perasaan time tue...
jangan di tanya...
rasa mcm tak boleh nak gambarkan dah...
air mata nie laju je...
kalau sebelum nie kami dah biasa dia kena macam nie..
tapi kali nie jue tak tahu mana pergi semangat jue...

jue jerit kat cik hubby bawak kereta laju sikit...
faez kat depan diam je tgk ibu dia menangis sampai jerit2 nama kakaknya..
nafas farisyah dah tak menentu..bunyi hujung2 di tekak dia...
jue panggil2 nama dia...
dan ayat yg kluar kat mulut jue time tue..
"farisyah bangun..jangan buat ibu mcm nie..bangun kakak..bangun"
cik hubby dah tak tentu hala dah...
perjalanan rumah dengan hospital putrajaya memang jauh...
tapi dalam masa 15 minit kami sampai..

farisyah terus ditahan dia zon kritikal...
test gula time tue ok ...4.5 ...
tapi farisyah masih dalam keaadan sama..
test jantung..memang tak berapa cantik...
laju dan mcm penat...
doktor drip farisyah...
masukkan air...time tue dia dah sedar tapi mamai...
bila panggil dia dah start respon...
cuma tak berapa sedar sangat lagi...
prosedur biasa...
ambil darah berbotol2....
tapi farisyah biasa je...setitik air mata pun tak keluar...
tabahnya hatimu wahai anakku

farisyah masih belum sedar sepenuhnya...

dalam pukul 8:30 malam ..
barulah farisyah sedar sepenuhnya...
tue pun masih dalam keadaan mamai2...
tapi dah start boleh makan dan minum..
farisyah masih dalam pemantauan..
tunggu pakar datang chek...
tapi selang setengah jam..
farisyah kena ambil darah...
lebam jugaklah hujung jari dia ...

"ya allah janganlah kau uji anakku"

dalam kepala jue time tue...
mesti farisyah kena tahan wad..
sebab itu perkara biasa...
tapi kali ni tak pulak..
wad penuh kebetulan ramai budak denggi...
bila pakar datang borak dengan dia...
biasalah anak dara tue memang tau...
ckap nak balik sbb dia exam lagi...
pakar ckap klu nak balik bilang 1-100
yes dibilang tanpa tertinggal satu nombor...
dan ayat dari pakar buat jue sendiri rasa terharu...

"anak u nie memang tabah...kuat betul semangat..jarang kita jumpa anak sebenar dia yang kuat semangat...oklah sayang doktor bagi kakak balik ye...jangan lupa makan tau..jangan penat2 sangat ye..."

senyum sampai telinga...
sebab dapat balik...
dan waktu tue jam dah pukul 11:15 malam...
lama kami berkampung di ER hospital putrajaya
masa tengah tunggu keputusan ...
jue ada baring2 tepi farisyah....
dia peluk jue...mula dia tak henti2 cakap

"kesian ibu...mesti ibu penatkan..kakak tak tahu kenapa kakak pengsan..kesian adik dengan ayah tunggu kat luar...mesti semua penat"

kakak..
kami tak kisah kami penat...
tapi 
kami sedih bila kakak tak sihat...
kami sedih bila kakak kena ambil darah berkali2
kami takut tengok kakak tak sedar...

dah discharge semuanya...
otw balik ...nak singgah kedai makan..
kakak cakap taknak sebab dia dah penat..
jadi kami terus balik...
sampai rumah jue bancuhkan dia milo+mealshake...
nak bagi tenaga...
dan alhamdulilah...
esoknya farisyah sihat mcm biasa...
pergi sekolah macam biasa...

dan inilah perbezaan farisyah 

alhamdulilah kami tersenyum tengok dia..

Rabu..15/10/2014

everthing repeat again...
dapat call dari doktor farisyah...
farisyah kena buat balik semua ujian yang pernah dibuat..

MRI,CT SCAN DAN STUDY CASE

lulur hati kami terima..
bukan mengeluh ke apa...
tapi kesian...
tambah2 study case...
farisyah kena puasa sampai dia hypo...
setiap jam akan diambil darahnya...

ni gambar masa farisyah kena buat fasting test bulan 3/2013

"tenang je wajahmu wahai anakku..
walaupun sebenarnya kau sakitkan...
tapi bab kata doktor...
kamu anak yang tabah...
kadang2 ibu rasa malu dengan kakak..
sebab kadang2 ibu tak sekuat kakak...
ibu menangis sendiri...
kadang2 ibu tak reda dgn apa yang telah ALLAH tetapkan pada kita...
nasib baik ada Mok tok...
dialah tempat ibu mengadu...
dialah tempat ibu mencari kekuatan 

pagi khamis 16/10/2014

  ibu call mok tok...
sejam ibu bercakap dengan mok tok...ibu rasa dah tak tertanggung rasanya...ibu menangis setiap patah kluar dari mulut ibu ..umpama ibu dah putus harapan...ibu rasa ALLAH macam tak adil..kerana memberi ujian kepada ibu..kerana terlalu perit ibu terima..dan akhirnya ibu pasrah...kerana ibu tahu...
ALLAH uji kita semua kerana dia tahu kita mampu menghadapinya"

oklah sayang kita tunggulah apa kata doktor nanti...
kita akan harungi sama2..
ibu dan ayah takkan biarkan kakak sendiri..
kita usaha selagi mampu...
kerana kita telah dipilih untuk menerima ujian ini...




doakan moga anakku
NURFARISYAH BINTI MOHD FAUZI
sentiasa sihat dan dirahmati ALLAH
dalam apa jua keadaan sekalipun...

tiada daya kami untuk melawan takdir ALLAH
kerana ia telah tercatat buat kami..
dan kami redha serta pasrah 
kami akan berusaha selagi kami mampu...
kerana kemanisan diuji ini tiada nilainya...
dan kami adalah insan terpilih...


salam sayang dari kami sekeluarga...




10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

15 comments:

juelee said... [Reply]

semoga jue dan suami kuat... semoga farisya jugak sembuh

Masya said... [Reply]

saya doakan kakak cepat sembuh ... moga awak dan suami kuat semangat yer jue ...

tersentuh rasanya hati bila farisya dah sedar dia masih blh ckp risau mak dgn ayah serta adik mesti penat tunggu dia... sebak dibuatnya ...

Falsya said... [Reply]

Ya Allah jue..menitis air mata falsya baca..xdpt bayangkan perasaan jue time tuh..Allahuakbar!..sebak rase hati nie..

Be strong and stay strong jue n hubby..itu je yg falsya mampu ckp jue..kakak mmg anak yg baik..anak yg taat..anak yg kuat..ya Allah, beruntung sgt jue n hubby..dikurniakan anak mcm farisyah..

Kakak, aunty sya doakan kakak diberi kesihatan yg baik sentiasa..kakak kene kuat ye sayang..

ch@ said... [Reply]

kakak sya, smg kakak sentiasa tabah dan kuat ye, in shaa Allah semuanya akan baik.

kakJue, smg kakJue dgn abgPojie lbh kuat dan tabah, in shaa Allah smg ada hikmah di balik apa yg jadi.

nak pergi cari tisyu, sedih sgt. akak update blog tau, ringkas pun tidak mengapa, wassapp pun boleh, IG lg di alu2kan, kita da takde akaun fb.

June MRS said... [Reply]

Assalamualaikum,
Kamu kena kuatkan semangat kerana Farisya perlukan semangat kamu itu untuk menempung apa juga ujian yang Allah akan berikan kepada dia dan kamu sekeluarga. Insyallah, ada hikmah di sebalik kejadian dan bersyukurlah kepada Allah atas ujian yang diberikan kepada kamu sekeluarga kerana Allah sayang pada kamu sekeluarga.

June MRS said... [Reply]

Assalamualaikum,
Kamu kena kuatkan semangat kerana Farisya perlukan semangat kamu itu untuk menempung apa juga ujian yang Allah akan berikan kepada dia dan kamu sekeluarga. Insyallah, ada hikmah di sebalik kejadian dan bersyukurlah kepada Allah atas ujian yang diberikan kepada kamu sekeluarga kerana Allah sayang pada kamu sekeluarga.

June MRS said... [Reply]

Assalamualaikum,
Kamu kena kuatkan semangat kerana Farisya perlukan semangat kamu itu untuk menempung apa juga ujian yang Allah akan berikan kepada dia dan kamu sekeluarga. Insyallah, ada hikmah di sebalik kejadian dan bersyukurlah kepada Allah atas ujian yang diberikan kepada kamu sekeluarga kerana Allah sayang pada kamu sekeluarga.

June MRS said... [Reply]

Assalamualaikum,
Kamu kena kuatkan semangat kerana Farisya perlukan semangat kamu itu untuk menempung apa juga ujian yang Allah akan berikan kepada dia dan kamu sekeluarga. Insyallah, ada hikmah di sebalik kejadian dan bersyukurlah kepada Allah atas ujian yang diberikan kepada kamu sekeluarga kerana Allah sayang pada kamu sekeluarga.

Siti Nur-Syafiza Ahmad Saifi said... [Reply]

Sedih...kak farisyah.. moga kakak sentiasa sihat...

aIEn said... [Reply]

insya Allah Farisha xde ape.
ibu n farisha kene sntiasa kuat n tabah ok

salam singgah sini =)

aIEn said... [Reply]

insya Allah Farisha xde ape.
ibu n farisha kene sntiasa kuat n tabah ok

salam singgah sini =)

Mama Kembar 3 said... [Reply]

Farisyah strong girl. Moga Farisyah sentiasa sihat, Amin.
Terharu baca part dia lagi concern pasal ibu ayah n adik dia kena tunggu, takut ibu penat. Such a sweet girl.

Salina@IbuAqil said... [Reply]

Walaupun pintu blog ibu tutup..
Tp keluarga cik jue sentiasa di hati..
Farisya anak yg tabah..
Doa ibu sentiasa mengiringi mu syg..
Peluk cium utk kakak dan adik..
Muahxxxx!!

mamaarifakeem said... [Reply]

Sebak...moga farisyan tak ada yg serius.. dn cepat pulih spt sedia kala...
Tabahkan hati dn ingat Allah sentiasa ada...

NaZiRaH @ Ezyra said... [Reply]

huhu, menitis air mata saya baca entry ni kak, boleh bayang camna perasaan seorang ibu...;-(

BloG PerIbaDi-SeGalanYa Hak MiliK aNNa-JuEaNNa