Friday, September 12, 2014

Farisyah : Sebelum Dan Selepas

Salam Sayang SemuaRindu Kat kita tak..tetiba perasan sendiri
Hari ni nak bercerita kisah farisyah
Menjaga anak yang mempunyai hypoglasimia tak sama dengan kanak2 lain
kena jaga dari segi pemakanankena jaga perasaan dia..perasaan????
tak boleh bagi dia xcited sangat,
tak boleh bagi dia sedih sangat
tak boleh bagi dia marah sangat
tak boleh bagi dia serabut

kerana ia mempengaruhi kadar kadar gula dalam darah dia...

metabolisma terlalu tinggi..
dalam sekelip mata je gula dia boleh jatuh ke tahap kosongbila gula dah below 3...
farisyah pasti dah lembik dan tak bertenaga
dan farisyah dah 3 kali pengsan 
kerana tiada gula langsung dalam badan
semua ini membawa kesan kepada otaknya..
dan sedikit sebanyak mempengaruhi pembelajaran,pertumbuhan dan membesarannya

                           
ok sebelum nie
farisyah boleh di ketogori sebagai budak yang"slow" 
dalam pembelajaran
dia boleh membaca tapi masih merangkap..
tidak faham apa yang dibaca lambat dalam hafalan
tidak fokus dalam apa kita ajar
cepat boring dalam apa yang dibuat

dalam segi kesihatan pulak

suka batuk dan selsema 
tapi tidak demam
dari segi pemakanan 
amat memilih makanan
susah jugaklah nak makan
sukar membuang air besar
dalam perjalanan ke sekolah dia akan tidur
 dan bila sampai sekolah dia macam kurang bermaya 

sebelum dia masuk sekolah kami kurang risau sangat

tapi bila dah masuk sekolah nie..
hati kami nie makin takut dan risau..
sapa yang ikut blog nie pasti tahu yang kami bawa farisyah jumpa doktor..
macam2 doktor kami jumpa..
buat IQ test,Jumpa Pakar Psikologi,buat ujian dyselixia
tapi keputusan alhamdulilah boleh mengembirakan kami
hati ibu mana tak sedih bila tengok kawan sebayanya banyak mengejeknya
subahanallah hanya jue dan hubby je tahu perasaan itu..
yes kami akui banyak air mata kami tumpah sepanjang membesarkannya
terlalu banyak suka duka kami berdua dan hanya kami yang tahu perasaan itu... 

tapi pertengahan tahun baru2 nie ada perjumpaan ibu bapa...

bila jumpa cikgu ...
kami tengok cikgu tue tersenyum...
serius hati ni berdebar...
banyakkan peningkatan dalam pembelajaran dia... 
yup kami senyum dan senyum...
alhamdulilah walaupun tak sehebat kawan2 yang lain
farisyah dah boleh membaca tanpe perlu mengeja tapi tak lancar lagi..
faham apa yang dibaca dan boleh cerita balik apa yang dia baca
boleh memberi fokus kepada apa yang diajarnya 
dan semasa kami berjumpa doktor baru2 ini
sekali lagi kami tersenyum...
pertumbuhan normol
berat badan dan ketinggian dah mula selari dgn graf kami berdua
dan banyak perubahan positif  yang kami lihat dan doktor akui.
dan yang paling best doktor tue tanya kami bagi supliment ke???
dan mcm biasa anak dara yang peramah nie jawab...

"setiap pagi saya minum milo campur dengan mealshake susu yang sedap tue..lepas tue ibu kasi vitamin dengan minyak ikan...tapi saya tak suka minyak ikan tue"


ok bulan puasa ari tue farisyah dapat puasa 25 hari...

alhamdulilah kerana ini lah first time dia puasa
klau ikutnya farisyah tak boleh puasa tapi sebab dia nak sangat puasa kami bagi dia puasa
dalam beg kami bekalkan air kotak dan biskut..
stanby takut dia hypo...tapi dia ok je....dan alhamdulilah semakin hari farisyah menunjukkan perkembangan yang semakin dan baik





seronok tengok bila anak-anak membesar bersama
dengan kesihatan yang baik dan memuaskan ...
iq yang berkembang dengan baik...
terutama farisyah yang makin hari menunjukkan peningkatan yang ketara

sekarang baru jue faham 
selain ajaran dan amalan seharian di rumah bagi membentuk anak2..
suppliment yang baik juga penting 
bagi memberi sokongan pada mereka...
kalau tanya  jue...
mestilah  jue pilih SHAKLEE untuk suppliment mereka
setiap pagi ...
sesudu mealshake di campur dengan susu untuk faez
 dan 
sesudu mealshake di campur dengan milo atau horlick untuk farisyah 
bersama-sama vitamin c dan omega 




inilah 3 benda budak 2 beradik makan setiap hari

minyak ikan/omega guard tue cik jue bagi malam

faez  jue compur dalam susu @ gaul dengan makanan dia
farisyah gaul dengan makam malam dia
 jue bagi malam sbb siang tak sempat...
pagi2 semua kluar rumah dengan kelam kabut..
malamkan kami makan bersama
time tuelah bagi...

vitamin c tue kadang2 pagi...
kalau lupa malam pun kasi...
mana yang sempat...
biasalah ibu bekerja nie...
kena curi masa sebaik mungkin...

vitamin c memang kegemaran budak berdua nie...
rasa masam2 manis macam gula2 tue buat mereka tak cukup sorang satu...
pantang tengok botol vitamin c faez mulalah mintak2...
hehehehe anak oh anak...

oklah stop dulu ye...
lain kali kita cerita lagi...
terima kasihg pada mereka yang sudi jengah  jue nie...



- MFMS Empire - The Most HAPPENING Shaklee Team in Malaysia! 

FREE CONSULTATION
 and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!






nak tempah photo magnet...
jom pi sini
http://gallery-annafauzie.blogspot.com/
best price...


10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

7 comments:

eima said... [Reply]

kite pun bg anak2 mkn shaklee :)

syawalsimpsons said... [Reply]

sue tertongkat dagu baca cerita BFF sue ni....alhamdulillah ujian demi ujian, dugaan dan cabara, segala suara anasir yg bikin hati ni luruh semua jue dapat atasi, otak sue PK, sue pon nak jadi sekuat jue N poji..insyallah...

Falsya said... [Reply]

Jue..bertakung air mata falsya baca..jue, Allah uji hamba DIA sbb DIA sayang hamba die..harap jue n suami kuat tau..falsya tau farisyah anak yg baik..baik sgt..falsya doakan farisyah yg terbaik..sama dgn jue..falsya doakan kesihatan yg baik utk jue sekeluarga..amin..

Eliss Mie said... [Reply]

semoga fasrisyah terus diberi kesihatan yang baik..Aaaminn

AMIIZAA said... [Reply]

salams cik jue,

kak mieja doakan farisha sentiasa dalam lindungannya dan dikurniakan kesihatan yg baik, insyaallah.....amin...

ch@ said... [Reply]

alhamdulillah, smg membesar dgn sihat ye farisyah. rindu sgt dgn awak tau.

LYAfrina said... [Reply]

Alhadulillah cik jue.. lya faham sgt prsaan cik jue.tp alhamdulillah..berkat ksabaran kita n usaha..pasti mbuahkan hasil. Apa y penting sntiasalah bbangga dgn pcapaian anak kita.. jgn pndang kebolehan ank2 org lain.. tp fokus pd usaha kita utk cungkil kbolehan ank kt. Ank kita dilahirkan utk bjaya.. jd kitalah y hrs berusaha mbntu mrk utk bjaya.

BloG PerIbaDi-SeGalanYa Hak MiliK aNNa-JuEaNNa