Friday, October 11, 2013

Anak:Anugerah dan Amanah Dari ALLAH

Salam Jumaat...
bersua kita lagi...
moga Allah memberkati kita semua di hari jumaat yang penuh barakah...
hari ini bercerita sedikit isu mengenai anak...
anugerah dari ALLAH...
amanah Yang tidak Ternilai...
harus di didik sebaik mungkin...

setiap perkembangan anak..membuat hati kita gembira...
terutama jika kita mempunyai anak yang "istemewa"
yang perkembangan mungkin tidak seimbang dengan kawan2 sebayanya...
memang setiap anak/budak lain perkembangan...
tapi kita jangan lupa....
setiap peringkat umur memang ada garis panduan...
tapi ramai yang beranggapan...
"biasalah budak ni setiap budak berbeza perkembangannya"
memang betul tapi jika tidak menjangkau garis panduan seperti umurnya...
sebenarnya ia akan mendatangkan masalah jika kita merujuk kepada mereka yang sewajarnya...

kenapa aku menulis tentang ini???

kerana aku mempunyai seorang anak yang perkembangannya lewat dari umur sebenar...
namun alhamdulilah dari lari setahun sekarang dah berkurang menjadi enam bulan...
setiap perkembanganya membuat aku tersenyum puas...
setiap perkembangannya aku iringi dengan titisan air mata...
syukur alhamdulilah...
dan aku berdoa...moga selepas ini perkembangannya akan selari dengan umur sebenarnya...
doa,usaha dan tawakal adalah senjata paling utama dalam aku mendidiknya...
kesabaran adalah alat paling utama...

farisyah...
anugerah buat ibu dan ayah 
mengajar kami erti kehidupan sebenar..
berjuang dalam mendidik kamu...
berusaha dengan sebaik mungkin....
kerana kamu...
setiap perkembangan faez ibu rekod...
setiap perkembangan faez ibu ambil kira....
kerana kerana kamu...
ibu dan ayah banyak tahu tentang perkembangan sewajarnya seorang kanak2...
hanya disebabkan oleh seorang anak yang bernama
nur farisyah

dalam masa yang sama aku berkongsi rasa dengan seorang lagi anak yang begitu istemewa dimataku...
setiap catatan ibu nya di fb atau pun blog...
buat aku sendiri secara automatik mengucap tanda syukur...
setiap perkembangannya membuat aku menangis sendiri...
kerana setiap perkembanganya aku tunggu dan tunggu...
setiap hari aku tunggu catatan dari ibunya tentang perkembanganya..
aku kadang2 rindu ingin tahu perkembangannya...
dan setiap kali si ibunya update kisahnya...
aku akan baca berulang2 kali...
kerana setiap perkembangannya buat aku bangga...
seperti mana aku bangga dengan perkembangan farisyah...
inilah kisah syawalyafiq.

(sue...cilok gambar awal sekeping ye...)
rasa bangga dengan sue dan akob..
kerana berusaha sebaik mungkin...
moga lebih banyak lagi perkembangan syawal yang membuatkan tersenyum puas....




Moga anak2 kita semua dilindungi oleh ALLAH...
sebagai ibu berusaha sebaik mungkin dalam mendidik anak2 ...
kerana setiap perkembanganya membuatkan kita tersenyum puas...
kerana aku dah merasai apa itu perjuangan sebenar dalam mendidik anak walaupun sekarang masih diperingkat permulaan...

(sedang mengaturkan temunjanji dengan pusat dyslexia untuk membuat ujian dyslexia keatas farisyah...moga ALLAH mempermudahkan jalan dan memurahkan rezeki kami kerana kos pembelajaran agaklah tinggi dan di tanggung sendiri)


selamat hari raya aidiladha...
maaf zahir batin dari kami sekeluarga




gambar banyak...
malas nak cuci.....nak buat kenangan...
jadilah dia personal Fridge magnet....
klik sini ye...





10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

7 comments:

Qhaifa Nur said... [Reply]

tentu ada hikmah sebaliknya Jue...menguji kesabaran kita juga untuk lihat dia berjaya...

moga farisyah menjadi kebanggaan keluarga...

Eliss Mie said... [Reply]

semoga Allah bagi kekuatan buat ibu-ibu hebat ini :)

eB said... [Reply]

amin amin rabbil alamin :)

syawalsimpsons said... [Reply]

touching sue baca entry jue ni tau..sue pon hanya mampu berdoa dan usaha untuk syawal moga dier lebey berjaya sama level ngan kengkawan dier yang lain

Cute Mum said... [Reply]

jue n sue memang ibu yang bersemangat kuat.. sentiasa berusaha untuk buat yang terbaik untuk anak-anak..
tapi pengalaman sue n jue banyak bagi info yang bagus bagi ibu2 yang mungkin tak mengalaminya..

Masya said... [Reply]

Moga usaha jue akan berhasil, insyaallah... Demi masa dpn

LYAfrina said... [Reply]

alhamdulillah cik jue.ank tu anugerah allah..xkira mcm mana pon dia.. .anak ttp mjadi kbangaan kt..

sama cam asya..lya pon bimbang..xtahu lg pkembangan dia seiring dgn usia dia atau tak... tp apa2 pon ttp brusaha melakukan y tbaik..xpela ank kt x standing ank org lain..ap y penting ank kt juara di hati kt kan..

BloG PerIbaDi-SeGalanYa Hak MiliK aNNa-JuEaNNa