Friday, October 25, 2013

2F : Drama Air Mata

salam sayang semua...
bersua kita kembali...
Alhamdulilah faez dah discharge hospital petang semalam...
nanti kita up date kisah faez minggu depan,...
sebab cuti dah 3 hari...
ada kerja nak buat..
tapi sebelum tue nak jugak kongsi drama air mata 2F...Farisyah + Faez...

mereka berdua memang akrab...
sungguh akrab dan berdoa moga mereka akrab sampai bila2...
farisyah memang tak tahu faez masuk wad..sampailah tengah hari..
bila ayah bagi tahu dia terus menangis...
kesian kat adik ,mesti adik sakit kena cucuk,
(dia dah rasa kesakitan itu dan dia tak mahu adiknya rasa)


petang tue ayah dia bawak dia kehospital jumpa faez..

sebab hospital putrajaya budak tak boleh naik...
jadi aku bawaklah faez turun tunggu kat sofa bawah...
time tue memang ramai orang...
 bila farisyah tengok adik dia dari jauh...
dia berlari 2 menuju kat faez...
sampai je kat faez...
dia terus peluk faez...
dengan air mata berlinangan sambil menangis...
(sebijik macam dram hindustanlah)
si adik pulak bila tengok kakak dia menangis...
dia pun turut menangis ...
time ni mereka masih berpelukan...
time tue aku pun sebak tengok diorang
ayahnya pun sama....
serius sedih gila...
orang ramai kat situ semua pandang kami...
dan ada yang mengesat air mata terharu kot...
dan adalah makcik sorang tue datang tanya...
"dah lama ke adik dia masuk hospital,kesian macam dah lama tak jumpa"
"taklah baru pagi tadi" aku jawab...
time tue memang aku gelak...
kelakar sebab org ingat mereka dah berpisah lama....

 -adik jaga diri tau,jangan nangis kalau doktor cucuk,adik kena kuat macam kakak- antara perckapan farisyah time dia peluk adinya



lepas tue aku cakaplah...
kakak jangan nangis..kaka doaklah adik cepat sembuh...
time2 tu jugak dia tadah tangan sambil berdoa...

YA ALLAH SEMBUHKAN ADIK FARISYAH SEBAB FARISYAH SAYANG SANGAT KAT DIA,JANGANLAH BAGI FAEZ SAKIT LAMA2,YA ALLAH FARISYAH POHON SANGAT 



sekali lagi makcik kat situ menangis tengok aksi farisyah.

 YA ALLAH TERIMA KASIH KERANA MEMBERIKU SEORANG ANAK YANG AMAT MENYAYANGI ADIKNYA, TERIMA KASIH YA ALLAH KERANA MENYURNIAKAN ANAK SEBAIK FARISYAH...MOGA KAU SENTIASA MERAHMATI NYA...



inilah kisah kasih sayang seorang kakak dan adik...
moga kamu berdua sentiasa berkasih sayang sampai hayat kalian berdua...
ibu bangga dapat anak seperti kamu berdua...




10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

11 comments:

syawalsimpsons said... [Reply]

touchingnyer sue baca kisah farisyah ni..moga farisyah tetap bersama dengan adik dier...mmm..sayang la kalo sue lama sikit..dah boleh tgk drama air mata..kang sue jugak yang air mata kat situ tgk farisyah ngan faez kan

MamaFarah said... [Reply]

termenangis jugak la saya ni..hahaha..teringat masa anak yg kecik masuk spital, kakak2nya datang kerumun adik mcm dah lama tak jumpa..kesian adik kesian adik..hehehe..memang drama air mata pun..farisyah memang kakak yang baik

Qhaifa Nur said... [Reply]

mereka rapat Jue...bila tak jumpa sedih rasanya...bijak farisyah ni...mendoakan adiknya cepat sembuh

Nad MamaZN said... [Reply]

Sebak rasa...
Farisyah mmg kakak yg penyayang

Falsya said... [Reply]

Alahaiiiiii..kalau falsya ade kat situ mau nangis sekali..sedih sgtttt..mudah2an berkekalan mcm selamanya..amin3..

Masya said... [Reply]

SEBAK JUGAK SY BACA... MMG RAPAT BETUL DAN SYG ADIK NI...

ch@ said... [Reply]

Kasih seorang kakak. Aduhaiii, menitik air mata. Smg ikatan kalian kekal hingga ke syurga. In shaa Allah.

MommyJeeha said... [Reply]

So sweet ye kakk..harap2 my son aqil leh jadi serapat anak akak...

LYAfrina said... [Reply]

sayangnyer kakak farisyah kat adik dia.. ye la.. dia dh melalui n merasainyer..

mamaRIFQY said... [Reply]

sangatt comel situasi nii !! farishah sayang sangat kat adik tu.Alhamdulillah. harap rifqy pon syg iyad mcm tu

FaRah Baharom said... [Reply]

touchingnya.. get well soon Faez.

BloG PerIbaDi-SeGalanYa Hak MiliK aNNa-JuEaNNa