Tuesday, March 12, 2013

Usia Yang Sesuai Untuk baGi Baby MaKan.

salam selasa semua
semoga kalian dirahmati ALLAH
 petang semalam farisyah kena buat OGTT
farisyah last makan pukul 9:30 pagi..
sampai hospital pukul 2 ..ambil darah dulu pastu minum air gula tunggu lagi dua jam pastu ambil darah lagi...
sepanjang menunggu kami lepak jelah kat klinik...
pukul 2 sampai 4 petang termenung kat hospital...
farisyah buat OGTT sama mcm kita mengandung nak test diabetes...
cuma ujian itu untuk farisyah nak tengok kandungan gula dalam darah dia turun dengan cepat atau tidak...
ujian ini adalah salah satu langkah sebelum "fasting test" dijalankan...

ok berbalik pada tajuk...
masa tengah tunggu nak ambil darah kali kedua tue...
aku sempatlah borak dengan doktor pakar doktor janet...
kalau sapa biasa berurusan dengan klinik paed kat hospital mesti kena dengan doktor janet...
saja borak2  last2 aku tertanya pasal waktu yang sesuai untuk bagi baby makan...
ok nak tahu jawapannya :

waktu yang sesuai ialah 4 bulan keatas tapi skrg doktor galakkan 6 bulan sebab masa 4 bulan usus baby masih belum dapat menerima makanan sepenuhnya,namun jika anak anda boleh melakukan pekara2 di bawah anda boleh bagi dia makan walaupun masih belum cukup 6 bulan kerana ini menunjukkan baby anda sudah bersedia untuk makan...


Adakah bayi saya bersedia untuk pepejal?
Bayi anda mungkin bersedia untuk mengambil pepejal jika dia: 

• boleh mengangkat kepalanya dan mengekalkan posisi itu 
Adalah penting bagi bayi anda untuk mengekalkan posisi tegak dan stabil jika dia mahu mengambil makanan yang disuap dengan sudu. 

• duduk dengan baik apabila dipegang 
Mula-mula anda mungkin perlu memegangnya. Cuba tegakkan dia di hujung sofa atau sandarkan dia atas seorang orang dewasa. Kerusi tinggi budak boleh digunakan selepas itu, apabila dia sudah pandai duduk dengan sendiri. 

• melakukan pergerakan mengunyah 
Bayi anda mestilah boleh menolakkan makanan ke bahagian belakang mulutnya dan menelan. Apabila bayi anda pandai menelan dengan efisien, anda akan memerhatikan yang air liurnya sudah kurang meleleh. 

• telah naik berat badan secara sihat 
Kebanyakan bayi telah bersedia untuk makan separa pepejal apabila dia menggandakan berat lahirnya, yang akan berlaku sebelum atau sekitar usia enam bulan. Jika bayi anda tidak mencapai berat badan yang normal, berbincanglah dengan pakar pediatrik anda. 

• amat berminat dengan makanan yang anda sedang makan 
Bayi anda mula memerhatikan makanan yang anda sedang makan dan cuba mengambil makanan itu semasa anda mengambilnya dari pinggan untuk masuk ke mulut anda. 

(aku copy pasta dari atikel yang dia bagi)


ok semalam bila balik aku try lah buat semua tue kat faez..alamak sekecik tue rupanya dah pandai buat semua tue...kebetulan ada epal kat umah aku pun try lah buat puri...rupanya faez dah pandai makan...seronok tengok mulut kecilnya menguyah...hahahhaa walaupun baru 5 bln 1/2,rupanya faez dah boleh terima makanan...kalau macam tue hujung minggu nie aku nak buat puri untuk faez.. 

lagi satu ...
doktor janet cakap kalau bagi susu ibu sepenuhnya..eloklah tunggu 6 bulan sebab susu ibu tue dah cukup zat dan boleh menampung keperluan pemakanan anak sampai umur 6 bulan...


ok tue ajelah nak kongsi dengan korang...
harap dapat membantu pada mereka yang tertanya2 bila waktu sesuai untuk bagi makan pada baby anda....


sekian...
terima kasih jumpa lagi ye....




10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

5 comments:

Nad MamaZN said... [Reply]

Zakwan ngan nayli time umo 6 bulan bg makan
Tak lebih tak kurang

ch@ said... [Reply]

kita pun dah nak stat bg arrizqi mknn pejal, sbb dia dh fully fm. boleh bg awal. aiii kjp nya masa berlalu. faez mmg gebu kaw2.

Nana said... [Reply]

tak ingt plak masa mia dulu stat kasi makan bape bulan
rasa 5 kot
bese la anak klw mak kita jaga
orang tua kan..mana ikut sgt kata doktor hehe
ada kwn saya tu lagi la
umor sbulan mak ketua dia kasi nestum campo dalam susu botol
pastu buat sendiri nestum pakai tepung beras
nak tegur mak metua
last2 dia tpaksa redo je
elok je sehat anak dia
mmg sehat btol

Qhaifa Nur said... [Reply]

seawal 3 bulan akak beri anak2 makan tepung beras...alhamdulillah ambil nasihat MIL juga...

anak2 kena rasa apa yang kita makan..

syawalsimpsons said... [Reply]

sue ada try buat puree epal kat izz, tp dier buat mcm nak muntah.nampak sudu je malalak...mmmm..kata akob mungkin izz belom bersedia lagi..entah la...teringin jugak..tp izz belom lagi nak...tak lagi la kot sue nak bagi

BloG PerIbaDi-SeGalanYa Hak MiliK aNNa-JuEaNNa