semalam tak online....sebab cik jue kena sakit perut...
pi hospital kena cucuk n masuk air..alahai hanya itu je mampu bila kena gastrik time mengandung nie....
cik jue nak berkongsi atikel tentang MRI...yelah 4/7/2012 anak dara kesayangan cik jue nak kena buat MRI...hati ini hanya ALLAH je yang tahu...moga semua keputusan yang keluar mengembirakan hati cik jue dan hubby..namun kalau yang keluar itu bukan keputusan yang terbaik..insayallah kami akan terima dengan redha.....
kerana ini janji kami berdua....
namun kami tetap berdoa semoga semua ok......
senyummu gelak tawamu buat hati ibu ngan ayah tenang
bila kau menangis ibu dan ayah jadi susah hati....
anak ibu dan ayah yang suka bercakap banyak....
mulut potpetpotpet tak henti2....
ibu suka layan tapi kadang2 ibu geram sebab penat nak jawab...
ayah pun sama...
suka dipuji dan minta dipuji...
akan mintak maaf jika buat salah tak kisah besar atau kecik...
bila ibu ngan ayah tak paham farisyah cakap ape...kamu mesti cakap...
"sya kan cakap pelat"
ibu suka tenung time farisyah tidur....
rasa sayu sangat bila ibu tengok farisyah tidur...
so sweet....aduh ibu dah tak boleh cakap lagi...
air mata ibu bergenang dah....
apa2 pun ibu dan ayah sentiasa doakan yang terbaik buat farisyah...
ibu ngan ayah sayang farisyah sampai hujung nyawa kami berdua....
|
|
Skan MRI menunjukkan ketumbuhan kelenjar pituitari
|
|
|
Skan MRI otak menunjukkan pendarahan subdural
|
Apakah MRI?
Ini
adalah sejenis pemeriksaan pada badan manusia yang menggunakan
gelombang elektromagnet dan komputer canggih untuk menghasilkan gambaran
organ dalaman badan manusia. Untuk melakukan ini, pesakit akan
diletakkan dalam ruang kosong sebuah magnet besar, yang menghasilkan
medan magnet beberapa ribu kali ganda kuat daripada Bumi.
MRI digunakan untuk...
Gelombang
radio digunakan untuk menghasilkan gambaran struktur dalaman badan. Ini
satu-satunya cara bukan invasif untuk melihat ke dalam badan manusia
tanpa menggunakan kateter atau pembedahan. Struktur sekecil sebesar satu
milimeter dalam diameter boleh digambarkan. Penggambaran tisu dapat
diperoleh. Saluran darah (pembuluh darah) boleh juga diimej tanpa
menyuntik kontras medium. Struktur dan fungsi jantung juga boleh
diperoleh. Gambaran yang diperoleh boleh dikaji oleh Pakar Radiologi
untuk mencari bukti penyakit. Tidak terdapat radiasi dan tiada risiko
yang diketahui terhadap golongan kanak-kanak atau dewasa.
Apakah jenis alat-alat skan MR yang berbeza?
Terdapat
beberapa jenis alat skan MR. Jenis yang menggunakan magnet yang lebih
kuat biasanya menghasilkan gambaran yang lebih baik. Alat skan MR
terdiri daripada sebuah magnet dengan lubang laras di tengah yang
dikenali sebagai bor. Pesakit akan diletakkan dalam bor magnet ini. Bor
mempunyai diameter yang berlainan dan mungkin sekecil 60 cm. Panjang bor
adalah lebih kurang 1.5m. Walau bagaimanapun terdapat alat skan MR yang
mempunyai magnet terbuka. Ini akan lebih sesuai untuk pesakit yang
mungkin tidak boleh tertahan berada dalam tempat yang tertutup dan
sempit alat skan MR. Prosedur intervensi dengan panduan MR juga mungkin
dijalankan dengan mengguna alat skan MR magnet terbuka.
Siapa yang boleh menjalani skan MRI? Langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil kira
Majoriti
pesakit boleh menjalani skan MRI. Prosedur ini juga selamat untuk
wanita yang sudah mengandung melebihi empat bulan. Mereka yang kurang
empat bulan mengandung harus berbincang dengan doktor mereka dan Pakar
Radiologi yang menyelia pemeriksaan sama ada pemeriksaan ini diperlukan
ataupun terdapat kaedah pengimejan lain yang boleh memberi maklumat yang
sama.
Lazimnya, pesakit yang berat badannya melebihi 140
kilogram tidak boleh menjalankan prosedur pemeriksaan MRI.
Walaubagaimanapun, teknologi telah mara dengan rekaan bentuk MRI terbaru
yang mempunyai bor yang lebih besar sekarang.
MRI
boleh menyebabkan kecederaan parah ataupun maut jika pesakit mempunyai
bahan logam dalam badan mereka. Pesakit-pesakit yang mengandungi
objek-objek dalam senarai berikut umumnya tidak boleh menjalani
pemeriksaan MRI tetapi pada hari ini, dengan menggunakan bahan baru
untuk peralatan dalam badan, MRI menjadi satu kemungkinan. Walau
bagaimanapun, adalah penting untuk menyemak senarai ini untuk memastikan
prosedur MRI yang selamat.
 |
Skanner
MRI terbuka dan pesakit yang tengah diskan ternampak melalui tingkap
kaca berplumbum (leadglass) oleh Pakar Radiologi ataupun juru x-ray yang
menyelia pemeriksaan MR ini di dalam bilik kawalan
|
Apakah persediaan yang harus diambil sebelum MRI?
Ini
bergantung kepada bahagian badan pesakit yang akan diperiksa, pesakit
mungkin diperlukan berpuasa (tidak makan dan minum) selama enam jam
sebelum pemeriksaan. Pada masa pemeriksaan, pesakit wanita seharusnya
tidak memakai sebarang mekap muka kerana ini akan menjejaskan gambaran
yang diperoleh. Pesakit mungkin diperlukan untuk bertukar kepada gaun
hospital dan menanggalkan semua bahan logam (seperti barang kemas, tali
pinggang, kancing, pin dan sebagainya) sebelum memasuki bilik skan MRI.
Apakah yang akan berlaku semasa MRI?
Selepas
menemu ramah pesakit, juru radiografi/x-ray akan menolong pesakit
baring di atas katil alat skan. Saudara mara yang rapat mungkin boleh
dibenarkan dalam bilik skan bersama pesakit semasa pemeriksaan, jika
perlu. Penyumbat telinga juga dibekalkan kepada pesakit, kerana akan
terdengar bunyi ketukan kuat semasa pemeriksaan. Katil skan kemudian
akan dimasukkan ke dalam terowong (bor) magnet. Adalah penting bagi
pesakit untuk berbaring tanpa bergerak sepanjang pemeriksaan. Sedatif
mungkin akan diberi kepada kanak-kanak dan untuk pesakit-pesakit yang
senang terganggu. Bagi beberapa unit MRI, proses skan ini dijalankan di
bawah anestesia bagi kanak-kanak.
Pihak
juru radiografi boleh dihubung menggunakan interkom sepanjang prosedur.
Juru radiografi akan dapat memerhatikan pesakit melalui sebuah tingkap
kaca di bilik kawalan atau melalui monitor TV menggunakan kamera yang
dihalakan ke dalam mesin skan. Pakar Radiologi mungkin akan memutus
untuk memberi pesakit suntikan media kontras khas (gadolinium) bagi skan
MRI. Ini boleh menghasilkan perasaan hangat seketika. Masa pemeriksaan
berbeza dari 15-45 minit (atau lebih singkat) bergantung pada bahagian
badan yang diperiksa dan juga bergantung kepada kekuatan magnet.
Umumnya, tiada kesan sampingan daripada pemeriksaan ini.
10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT