Thursday, April 26, 2012

Cup Cakes Untuk My Love Hubby

As-salam semua...
semalam sempat jalan2 waktu petang tapi tak sempat nak komen cerita korang...
mulai semlam cik jue dah start buat benda baru...
walaupun sedikit busy disebelah pagi..tapi cik jue happy....seronok sangat...
kalau dulu buat kerja bermusim tapi sekarang....wajib ada setiap hari...tapi yang penting tanpa tekanan.....itu yang paling suka....

oklah nak kongsi gambar cup cakes buat hubby semalam...
tempah kat budak opis ni Sara atau CuppyCakes Sara
cup cakesnya memang best...
hubby pun boleh habiskan 3 biji...(hubby cik jue ni tak suka cupcakes sangat)
biasa kalau dia makan pun sebiji je...kalau tak pun tak sentuh langsung...
buat sedikit kejutan buat myhubby...
suruh dia datang opis cik jue...masuk2 anak dia nyanyi lagu happy besday...
tersenyum si ayah..sampai telinga....hahahha..
malam tadi kami pi makan kat saba je...
hadiah untuk cik hubby..weekend ni ye...pilihlah apa nak..nanti cik jue bayar...hahahaha..

oklah jom cuci mata tengok cupcakes ...




 anak dara kesayangan suap ayah...opps gambar ayah seksi.....
(tapi dah mintak izin nak letak gambar nie)

  pengemar cupcakes...puas hati dapat makan cupcakes...


ok ....cerita genting tak habis....lagi..nanti cik jue sambung ye...
oklah..jumpa lagi ye...

Ok Jumpa laGi..

CORETAN IKHLAS

Cik Jue a.k.a Ibu Farisyah
nota kaki:dalam dilema..nak balik kg tak..tok sakit tapi kita tak rapat sangat dengan dia...sebab ada masalah keluarga sikit .... 





10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

Wednesday, April 25, 2012

To My Love- HAPPY BIRTHDAY

AS Salam semua...
hari 25/04/2012......
staff gov mesti senyum sebab dapat tunggakan gaji...ada sapa2 nak belanja cik jue ke??hehehehe...
cik hubby apa lagi malam ni belanjalah ibu mengandung nie....

oppppssssss.......
hari ini genaplah 30 tahun my hubby...
wah dah masuk 30 tahun rupanya...
tak lama lagi cik jue pulak....dah masuk 30 series dah..huhuhuhu

buat hubby tersayang....


SELAMAT HARI JADI buat abang
Semoga dipanjangkan usia...
ditambahkan rezeki...
ditingkatkan iman di dada...
dikurniakan kesihatan yang baik...
diberikan kejayaan dlm hidup mu pada usia ini...
dilimpahi kebahagian hidup bersama sYg,farisyah dan bakal baby yang akan menyusul...
dan..
diberkati ALLAH atas segala yang dilakukan.
sYG tidak ingin meminta lebih dari abG
cuma
SyG berdoa semoga
segala apa yang abG inginkan dalam hidup ini
akan tercapai...
dan
sYG hanya bermohon semoga ALLAH memberikan kesihatan yang baik buat abG
agar dapatlah dikau menghambakan diri kepada YANG ESA...
serta dapat menjalankan tanggungjawab
sebagai ketua keluarga
AMEEN

terima kasih sebab memahami sYg...banyak membantu dalam semua hal...berkorban apa saja demi kami berdua tambah2 segak bini awak berbadan dua nie...terima kasih segalanya...




Ok Jumpa laGi..

CORETAN IKHLAS

Cik Jue Aka Ibu Farisyah

nota kaki:.........nak makan kat mana best ye....

10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

Tuesday, April 24, 2012

Genting Highland Theme Park

AS-SaLam Semua...
lama Tak Bersiaran rindu Kat Korang sangat....
biasalah ibu mengandung nie..kesihatan kadang ok..kadang down...
tapi takpe..ini dugaan namanya....

ok kita start cerita pasal genting ok...
cuti 11/04/2012 ari tue kami ke GENTING...
hubby kata kasi cik jue tenang fikiran....
kami bertolak dari putarajaya dalam pukul 8 pagi...
time tu hujan lebat....
hati dah berbelah bagi nak pi ke tak...
tapi perjalanan tetap diteruskan....alhamdulilah cuaca di atas sana mengizinkan...
masa time untuk berseronok...

oklah kita cerita ikut gambar ye...

harga tiket...nana 10Q pinjam gambar ye...
dan kami ambil 
ALL PARK...(first time kami ALL PARK)
tiket hubby Rm 60
tiket cik jue n farisyah rm 45..
cik jue dapat separuh harga sebab mengandung...
(kalau mengandung sila info kat kaunter untuk dapat half price)

berbaloi tak???
farisyah memang berbaloi bayar RM 45 ..
sebab dengan ketinggian 107 cm...farisyah dapat main banyak benda kat atas sana)
untuk ibu mengandung....memang tak boleh main..jalan2 boleh leee..
untuk cik hubby [pun berbaloi sebenarnya..tapi sebab dia tak main itu yang jadi tek berbaloi tue...

bukti tinggi saya 107 cm ...

mula2 sampai....
 (kat atas nie tak sejuk sangat)

ibu pun syok sendiri...

anak dara ni pantang dia tengok benda2 mcm gini ...
kerjanya nak bergambar aje...


oklah..cukup sampai sini..nanti cik jue cerita pasal indoor dan outdoor...
maklumlah buat n3 kat opis tak boleh nak cerita panjang...
banyak mata memandang....
hehehehhee




Ok Jumpa laGi..

CORETAN IKHLAS

Cik Jue Aka Ibu Farisyah



NOTA KAKI:mengandung kali ini pelbagai dugaan...tapi terima dengan penuh senyuman....


 

10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

Thursday, April 19, 2012

Siapa Yang Mengandung Nie...

salam khamis semua...
sibuk nak kemas barang nak pindah tempat duduk kat opis nie...
dan sibuk nak edit gambar kat genting ari tue...
banyak sangat..jadi kena tapis dulu...
tengah2 duk edit gambar...terjumpa gambar ni...
anak dara yang ambil....
pandai jugak anak dara nie ambil gambar...
cuma comfius jak.....
sapa yang mengandung sebenarnya nie....



to my hubby...
walaupun perut abang maju kedepan dengan bangganya...
SyG tetap sayang abang dunia dan akhirat...
kerana abang banyak bantu itu dari dulu sampai sekarang...
kerana abang tukang support SyG...

LOVE u SO MUch...
tunggu kejutan dari Syg ari rabu ni ye...


Ok Jumpa laGi..

CORETAN IKHLAS

Cik Jue Aka Ibu Farisyah


 nota kaki:cik jue selsema......malam tadi tak boleh tidur....ubat apa boleh makan kalau mengandung ye....

10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

Wednesday, April 18, 2012

TeRima KasiH .....Semuanya

salam sayang semua....
Hari ni takde MOOd Nak menulis...
cuma nak Kongsi Sepotong ayat yang mak Kasi Kat cik jue semalam..
selepas menelofon meceritakan keluh kesah kehidupan yang penuh dugaan ini...
(bercerita dengan penuh emosi..air mata laju je turun  sampai teresak2...farisyah pun turut menangis bila lihat ibu dia menangis...)
MAK kata..."anak mak nie kuat..kalau tak kuat takkan ALLAH duga.....ALLAH sayang sangat kat anak dia yang sorang nie.....ingat kalau kita rasa kita ni susah sebenarnya ramai lagi orang yang susah pada kita.."
dan kerana ayat nie....aku tersenyum sendiri....hilang segala masalah dan beban ....
dan pagi ini selepas solat subuh..aku rasa tenang sangat ...dengan kerana apa yang mak cakap tue betul...

Terima kasih Mak sebab kasi sepenuh support buat  anak mak yang sorang nie...
TeriMa Kasih Hubby sebab bagi penuh kasih sayang buat ibu...
Terima kasih buat angah dan jedah kerana terus bertanya khabar dan support...
Terima Kasih Kawan2 yang sudi mendengar keluh kesah kesihudpan aku nie...
terima kasih kalian semua...
kerana kalian cik jue mampu bertahan dan terima segala dugaan dengan senyuman....


Ok jUMpa LaGi

CORETAN IKHLAS

Cik Jue Aka Ibu Farisyah


nota kaki :cerita pi genting post pone dulu...mood nak cerita tak mari lagi..hehehehehe..doakan cik jue dan baby sihat ye teman2 semua...


10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

Tuesday, April 17, 2012

ComFirM.....FabRoiD....

Salam Selasa SemUa....
baru balik hospital....
dan keputusannya...ialah...comfirm cik jue ada FABROID...
di duduk sebelah baby dan yang paling mendukacitakan...fabroid tue dekat dengan pintu rahim...

jom kongsi apa itu FABROID dan Kesan Pada Kehamilan...
atikel ni dari DOKTOR ZUBAIDI 
(tak boleh copy ..jadi korang klip link dia dan baca....)

ini pulak atikel dari serikasih.com


FIBROID atau dalam istilah perubatannya myoma, leioyoma atau leiomyotoma merupakan antara penyakit puan yang sering disalahertikan dengan pelbagai gambaran negatif.
Fibroid yang merupakan ketumbuhan dalam rahim bukan jenis kanser dianggap sebagai satu masalah kesihatan yang digeruni oleh sebahagian besar wanita.
Ketua Jabatan Pertumbuhan dan Pembangunan Manusia dan Pakar Perbidanan dan Sakit Puan (O&G), Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Noraihan Nordin berkata, ketumbuhan yang kerap ditemui dalam sistem reproduktif wanita ini hampir sebahagian besarnya tidak berbahaya.
Menurut beliau, risiko fibroid berubah menjadi kanser juga begitu kecil iaitu kurang daripada 0.13 peratus.
Bagaimanapun, ia boleh mendatangkan bahaya sekiranya ia menyebabkan pendarahan yang banyak.
“Pendarahan tanpa henti mengakibatkan individu terbabit mengalami kekurangan darah (anemia) jika mereka tidak mendapatkan rawatan doktor. Jika dibiarkan tanpa rawatan ia boleh memudaratkan,” katanya.
Fibroid yang berasal daripada otot rahim dan tisu fibrous biasanya berlaku di kalangan wanita yang berumur 30 tahun ke atas.
Dianggarkan 20 hingga 25 peratus kes fibroid ditemui di kalangan wanita yang berumur dalam lingkungan 30 hingga 40 tahun.
Namun, ini tidak bermakna wanita yang berumur kurang daripada lingkungan tersebut bebas daripada fibroid.

“Segelintir wanita muda juga menghadapi masalah fibroid, malah terdapat kemungkinan ia dikaitkan dengan faktor genetik,” katanya.
Fibroid biasa berlaku sama ada pada rahim atau pangkal rahim dengan saiz yang berbeza-beza antara seorang wanita dengan wanita yang lain.
Ia boleh terbentuk sama ada seketul atau berketul-ketul dengan saiznya daripada sekecil buah mata kucing dan boleh membesar sehingga saiz buah tembikai.
“Sesetengah fibroid yang bersaiz kecil akan kekal dengan keadaan tersebut, manakala sebahagiannya boleh membesar secara perlahan-lahan,” katanya.
Kajian mendapati wanita kulit hitam mempunyai risiko tiga kali ganda menghidap fibroid berbanding wanita kulit putih.
Menurut Dr. Noraihan, fibroid juga boleh berlaku di kalangan wanita hamil.
Seiring dengan tempoh kehamilan, saiz fibroid akan mengalami degenerasi dan ada kalanya menimbulkan masalah kepada ibu.
Pembesaran saiz ini ada kaitan dengan hormon dan pengaliran darah ke rahim.
Namun, dengan bebanan yang terpaksa ditanggung oleh tubuh semasa hamil dan ditambah tumbesaran fibroid ia mungkin menimbulkan rasa tidak selesa, sakit atau tekanan.
Bagaimanapun, wanita yang pernah mengalami fibroid semasa hamil boleh melalui proses kehamilan pada masa akan datang.
“Seperti wanita lain, mereka yang mempunyai fibroid juga boleh melahirkan bayi yang sihat dan tidak menghadapi masalah,” ujarnya.
Walaupun begitu, terdapat komplikasi yang boleh berlaku semasa kehamilan.
Sehubungan itu, wanita yang menghadapi masalah fibroid dinasihatkan supaya tidak bimbang atau malu berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.
Pesakit boleh berbincang dengan doktor bagi mendapatkan rawatan yang sesuai berhubung komplikasi dan kesannya dalam jangka masa panjang.

Individu berisiko
* Wanita yang berumur lebih 30 tahun
* Wanita yang tiada anak atau tidak mempunyai ramai anak.

Punca fibroid
Sehingga kini, punca sebenar fibroid tidak diketahui. Namun, terdapat kemungkinan ia berkait dengan hormon estrogen yang dihasilkan oleh tubuh setelah seseorang wanita mengalami haid. 

Gejala
 Fibroid biasanya tidak menunjukkan gejala terutama jika ia bersaiz kecil. Bagaimanapun, jika ia berada di dinding dalam rahim, ia boleh menyebabkan pendarahan yang tidak menentu.
Pun begitu, ada kalanya ia dapat dikesan jika wanita terbabit menyedari adanya:
* Masalah haid seperti:
- Perubahan pada pusingan haid
- Pendarahan yang lebih banyak daripada biasa
- Tempoh haid yang lebih panjang
* Anemia
* Sakit pada perut
* Gejala tekanan pada pundi kencing yang mengakibatkan:
- Sukar membuang air kecil
- Kerap membuang air kecil
- Masalah sembelit atau buasir
- Bengkak kaki
* Masalah semasa hamil
* Kurang kesuburan

Rawatan
Bagi wanita hamil, doktor hanya akan memberi rawatan konservatif iaitu ubat untuk mengecutkan fibroid dan ubat tahan sakit.
Pembedahan untuk membuang fibroid tidak akan dilakukan semasa hamil kerana ia boleh menyebabkan berlakunya pendarahan yang boleh membahayakan nyawa wanita terbabit.
Bagaimanapun, ubat-ubatan yang berfungsi untuk mengecutkan fibroid ini hanyalah untuk sementara.
Sekiranya pengambilan ubat itu dihentikan, fibroid akan membesar semula.
Pembedahan hanya boleh dilakukan selepas kehamilan sekiranya fibroid tersebut berbahaya kalau tidak dibuang.

Fibroid dan ketidaksuburan
Masalah fibroid dikatakan mempunyai kaitan dengan masalah ketidaksuburan, namun ia bukanlah faktor utama yang menyebabkan ketidaksuburan.
Ini kerana fibroid mempunyai kaitan dengan endometriosis iaitu masalah kurang kesuburan.

Komplikasi fibroid semasa hamil
* Keguguran. Fibroid boleh meningkatkan risiko keguguran semasa hamil sekiranya janin tersebut melekat pada fibroid
* Kelahiran songsang
* Rasa sakit akibat degenerasi sel-sel fibroid (fibroid mati)
* Rahim kelihatan lebih besar daripada biasa
* Pembedahan caesarean
Sekiranya fibroid yang besar tumbuh di bahagian bawah rahim, ia boleh menghalang proses kelahiran secara normal. Sehubungan itu, pembedahan caesarean diperlukan.
Malah, sekiranya terdapat lebih daripada satu ketumbuhan fibroid dalam rahim, doktor juga perlu berhati-hati semasa melakukan pembedahan membantu kelahiran bayi.
Pembedahan mungkin agak sukar jika fibroid tumbuh pada bahagian bawah rahim.
Selepas bersalin, risiko pendarahan adalah tinggi (post partum haemorrhage).

Komplikasi fibroid
* Pendarahan
* Sakit
* Gejala tekanan
* Rasa sakit semasa hamil
* Sakit semasa menopaus
* Kurang kesuburan

Rawatan fibroid untuk wanita tidak hamil
* Ubat-ubatan
* Pembedahan. Sebelum pembedahan dilakukan, doktor akan mengambil kira faktor usia dan gejala yang dialami. Terdapat dua kaedah pembedahan yang dilakukan iaitu:
- Pembuangan fibroid sahaja (Myomectomy). Kaedah memotong dinding rahim dan mengeluarkan fibroid ini dilakukan ke atas wanita yang masih belum mempunyai anak, tetapi berkeinginan untuk mendapatkan cahaya mata.
- Pembuangan rahim (Hysterectomy). Kaedah ini hanya dilakukan kepada wanita yang telah mempunyai anak dan mempunyai pelbagai jenis fibroid. Rawatan ini dilakukan bagi mengelakkan fibroid tumbuh semula.
* Hysteroscopic resection. Pembedahan bagi fibroid yang berada dalam rahim (submucous) dengan menggunakan alat yang dimasukkan melalui faraj dari pintu rahim.
Melalui teropong dan kamera, sistem fibroid dapat dilihat dan dipotong melalui peralatan canggih.
* Pembedahan melalui laparaskopi
* Uterine artery thrombosis. Kaedah yang menyekat pembuluh darah yang membekalkan darah ke fibroid adalah sama dengan teknik angiografi iaitu dengan memasukkan kateter ke dalam pembuluh darah dan memasukkan bahan yang akan menyumbat salur darah yang mengalir ke fibroid.
Sekatan darah ini akan menyebabkan sel-sel fibroid mati dan mengecut sendiri.

Read More: http://www.serikasih.com/fibroid-dan-kehamilan#ixzz1sGppO41A


ok setakap ni..doktor tak kasi apa2 ubat cik jue dan fabrois cik jue sekarang masih kecil dlm linkungan 5X5 cm...
Dan Cik jue tak ada apa2 masalh setakat ini...
oklah ..kalau ada apa2 info cik jue kasi tahu lagi ye...


ok jumpa lagi...
coretan ikhlas...

CIK JUE aka IBU FARISYAH 
 
 
 
nota kaki:DOAKAN KESIHATAN CIK JU DAN BABY... 



10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

Monday, April 16, 2012

Esok Ke H.O.S.P.I.T.A.L kerana ini.................?????

Yup ...
esok cik jue akan ke HOSPITAL PUTRAJAYA....
kerana ini....

 ini my baby...
kalau ikut scan umur dia baru 11 minggu tapi kalau ikut period ..dah 15 minggu...

perasan tak kat atas bulatan yang warna putih ada "sesuatu" yang berkongsi sama ngan baby cik jue..

ini kasi dekat sini...
siap ada tanda2 oleh doktor...
dan doktor suspect itu FABROID...

tapi tak tahu lagi ..
esok kena pi chek ngan doktor pakar kat hospital PUTRAJAYA...
 Dan 
hari ini hati cik jue tak senang duduk sentiasa berdebar2...
takut pun ada...

cik jue dah google dan pergi klinik swasta tanya kalau betul apa kesannya...
dan jawapannya alhamdulilah +ve...tapi ada jugak -ve
tapi apa2pun tunggu esaok...


ok jumpa lagi...
coretan ikhlas...

CIK JUE aka IBU FARISYAH





Nota Kaki: Doakan Cik Jue ye Kawan.....



10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

RAWANG BURGER BAKAR..memang T.E.R.B.A.I.K

Salam isnin semua..
harap2 hari ni tak de yang Monday blues...
weekend yang best jugak..
walaupun lepak2 kat umah.....

yes..malam tadi kami dapat makan burger percuma..
sebelum tue...nak ucapkan TERIMA KASIH banyak2 kat NANA...
sebab kalau NANA tak Buat N3 nie...memang tak merasa dapat makan burger percuma...

bukti kemenangan..hehehehe...


oklah..
kami pergi malam tadi..
kena bawak 5 orang satu family...
jadi cik jue pun pergilah dengan family kecik kami...(cik hubby n farisyah)serta adik  ngan kawan dia...
kami bertolak dari sini lewat dah lepas maghrid 
sampai wangsa maju dalam pukul 8 lebih...
tengok barisan dah panjang..
tapi kami tak payah "q"
terus ke kaunter jumpa brother ROY...
perkenalan diri ..dia suruh duduk kat meja dekat ngan kaunter...
0rder air..jap lagi dalam 30 minit jugaklah...
BURGER pun sampai...
sekali tengok...melelah...korang tahu tak...
memang terbaiklah....
terus perut jadi lapar...

tak nak cerita panjang...tengok gambar kasi korang melelah sudah...

burger pertama...
kepunyaan farisyah...
"VALENTINE "namanya...

 ini Ibu mengandung yang punye...
"OMBAK RINDU"

ini hubby punye..
tak sempat nak snap gambar ..nama burger pun tak pasni...
tengok sampai terpejam mana menikmati keenakkan burger...
(yes my hubby memang pengemar BURGER)

GAmbar adik cik jue ngan kawan dia tak snap..
sebab masing2 teruja nak gigit burger masing2...
memang tangkap lelah...

inilah owner RAWANG BURGER BAKAR..
brother ROY...
TERIMA KASIH banyak2 sebab bagi kami makan FREE...
memang terbaiklah bro...
dan kami memang tak teragak2 untuk datang lagi lain kali...
TERIMA KASIH BANYAK.........

ini menu yang ada kat RAWANG BURGER BAKAR

serius cik jue cakap kalau korang pi makan memang tak rugi...
memang terbaik....


ok jumpa lagi...
coretan ikhlas...

CIK JUE aka IBU FARISYAH 
nota kaki:hati berdebar2 nak pi temunjanji esok...senyuman dibibir tapi hati ALLAH je tahu...

10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

Friday, April 13, 2012

Sepetang Di DataraN NilaI

Salam Jumaat kawan2 semua...
moga ALLAH memberkati kita di hari jumaat yang barakah nie...
ingat lagi tak kisah farisyah yang perkenalan diri...
kalau nak tahu ceritanya KLIK SINI YE...

oklah cik jue nak tempek gambar2 yang sempat kami snap ...
untuk cik jue abadikan di sini...
nanti farisyah boleh tengok nanti ...


 ibu tahu farisyah suka sangat ibu ngan ayah bawak pi jalan-jalan
 sweet kongsi air dengan ayah

 hobby cik hubby suka ambil gambar senget

 dia dah start memanjat

 akhirnya dah sampai diatas...

pastu jom naik motor

 round berkali2 sampai cukup 5 minit rm 3
sempat buat peace...


wah bukan main seronok anak ibu nie...
insayallah mulai 20/04/2012 ni kami akan start niaga kat sana...
moga murah rezeki kami...
kat sini memang confirm tak kena tipu sebab orang lain dah lama niaga kat sini...

ok jumpa lagi...
coretan ikhlas...

CIK JUE aka IBU FARISYAH



nota kaki:jemputlah datang ke kedai kami ye kawan2 jika ada kelapangan ....


10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

PrOmosi Photo Magnet Untuk Rakan Blog

N3 ini melekat ...untuk cerita lain sila kebawah ye...

Salam Semua...
apa kHaBar Korang ari nie...
 oklah cik jue nak buat promosi buat member blog..
mana2 yang sudi nak tempah Photo Magnet dari cik jue....

sebenarnya ari ahad lepas cik jue dah buat promosi ni kat FB
alhamdulilah sambutan pun ok....
jadi cik jue nak buka kat blog pulak..

promosi ni cik jue buka sampai hari jumaat nie...

ini promosinya...

INGIN MENEMPAH PHOTO MAGNET BERSAIZ 2R 4 x 3 inci

 kami menawarkan dengan harga 
1 keping Rm 6 minimin order 2 keping
tapi
jika ambil lebih dari 4 keping Atau 4 keping...
kami menawarkan dengan harga RM 5 sekeping 

harga sebelum ini..
4 keping Rm 25
tapi kali ini...
4 Keping RM 20 sahaja
(harga tidak termasuk pos...pos hanya perlu tambah RM 6 untuk pos laju)

contoh gambar FM 

gambar yang tengah tue ye...

oklah sapa yang berminat boleh PM cik jue ..
n bayar booking serendah RM 10
ke...akuan cik jue...

BERMINAT APA LAGI TERUSLAH PM CIK JUE...


CORETAN IKHLAS

CIK JUE aka IBU FARISYAH




10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

Thursday, April 12, 2012

KemaNa Kami???

salam semua...
moga korang seronok sangat bercuti semalam..mesti ada yang sambung cutikan...
Cik Jue kemana???
hubby memang nak ajak kami pi jalan2 sebab banyak sangat dugaan buat kami minggu nie...
  • kami kena tipu pasal nak buka bazar kat LAMAN SERI BAZAR Shah Alam...(kes tak putus lagi hari sabtu ni kami ada perjumpaan dengan semua perniaga) 
  • pasal Kesihatan cik Jue..doktor suspect ada benda "tumpang" sama dalam rahim cik jue bersama baby..mungkin FABROID atau benda lain atau "tak de apa" tapi 70% memang FABROID..keputusan jumpa pakar selasa minggu depan...(nanti cik jue kongsi gambar scan denagn korang)
    disebabkan cik hubby kesian dengan bini dia yang selalu duk susah hati n kesiankan anak daranya yang sama2 busy ikut ibu ngan ayah dia uruskan pasal kedai...jadi hubby nak bawak kami pi jalan2...walaupun sehari...
    mula2 kami tak tahu nak pi mana...oppp terima kasih yang sudi bagi cadangan kat FB.. cadangan kalian banyak yang menarik...
    tapi terpaksa memilih tempat yang bukan bermain air sebab farisyah masihlagi di kuarantin dari bermain air..
    jadi kami memilih ke....

    GENTING HIGHLAND THEME PARK

    cik Jue Pinjam gambar ni dari blog NANA
    kemera tertinggal kat umah jadi cerita lanjut minggu depan ye...
    hehehehe


    ok jumpa lagi...
    coretan ikhlas...

    CIK JUE aka IBU FARISYAH



    nota kaki:kawan2 doakan kesihatan cik jue dan kandungan ye...moga kami jauh dari pekara2 yang tidak di ingini....


    10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

    Monday, April 9, 2012

    Cara FarisYah Perkenalkan diri...

    SaLam Semua..
    Cik Jue baru Balik chek Up mengandung...
    ada berita sedih tapi takpelah belum bersedia cik jue nak kongsi kat sini..
    tunggu keputusan pakar minggu depan..moga bukan serius...
    baby alhamdulilah dia ok je...baik2 je dalam perut ibu dia nie. :-))


    oklah nak cerita pasal farisyah...
    cik jue n hubby memang tergelak besar sampai ke hari ini..
    hari sabtu kami bawah farisyah pergi taman permainan..
    kat taman ni ada farisyah ngan seorang budak lelaki...
    jadi dia pun mainlah berdua...
    tetiba budak laki tue ramahlah bertanya...

    "saya Aliff..awak nama apa" (budak laki ni baya farisyah)
    "Saya Farisyah..Itu Mohd Fauzi ini lak Juliana"
    tangan dia di tunjuk kat cik jue n hubby yang duduk kat tepi...
    apa lagi mahu tergelaklah kami laki bini termasuklah ibu ngan ayah si ALIFF...
    yang tak tahan ayah si ALIFF sampai berair2 mata gelak...
     siap oarang tue cakap 
    "pandai dia perkenalan nama mak ngan ayah dia"
    mahu nya tek pandai..kalau orang lain just cakap 
    "itu ayah ngan ibu saya je " bantai si farisyah siap kasi tahu nama lagi..
    hahahahahaha
    farisyah sampai sekarang ibu ngan ayah bila ingat balik mesti nak gelak aje kerjanya...
    aduh farisyah...
    (gambar ada lupa pulak nak bawak kemera lain kali cik jue tempek kat sini)



    Nota kaki: Doakan kesihatan cik jue ye teman2

    CORETAN IKHLAS
    CIK JUE aka IBU FARISYAH
     


    10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

    Sunday, April 8, 2012

    TerLalu KeCewa TaPi AlHamdulilah Ada Sinar Baru...

    Salam Sayang Korang Semua...
    sebenarnya ada berita sedih dengan pembukaan Kedai Kami di Laman Seri Bazar
    nampaknya bukan rezeki kami disana...
    takpelah..malas cik jue nak cerita sebabnya...
    dan kami redha dengan apa yang terjadi...
    dan kami anggap bukan rezeki kami disana...
    moga ALLAH membalas segala apa yang berlaku dengan seadil2nya....



    Dan Kami Ada berita gembira...
    alhamdulilah ada sinar baru buat kami...
    akhirnya kami dapat tapak baru untuk niaga...
    kami bakal berniaga di 
    DATARAN NILAI....
    setiap hari jumaat,sabtu dan ahad...
    jam 5 hingga 12 malam
    pada minggu kedua dan keempat setiap bulan...
    tapi jika da perubahan waktu niaga seperti bulan ini..
    iaitu minggu pertama dan ketiga ..pihak penganjur akan beritahu kemudian...

    alhamdulilah mungkin telah ditentukan memang rezeki kami bukan disana tapi disini...
    apapun moga berjalan dengan lancar 

    moga ALLAH murahkan rezeki kami...
    sesungguhnya apa yang berlaku itu ada hikmahnya...




    ok jumpa lagi...
    coretan ikhlas...

    CIK JUE aka IBU FARISYAH


    10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

    Friday, April 6, 2012

    TaK eLok Buat PEACE ......

    salama jumaat...
    saja nak kongsi dengan teman sekalian...
    cik jue baca kat blog nie...EIDA dan Blog Azhafizan
    kalau kita ambil gambar memang gemar "PEACE" terutama anak dara cik jue...



    jadi rupa-rupa "PEACE" ada lambang dan masuk tersendiri....

    jom kongsi ye...

    Lambang kedamaian pada tangan sebenarnya simbol gerakan Illuminati!! Tanda “v” mempunyai pelbagai sejarah. V (tanda tangan) adalah tanda huruf Roman yang bermaksud nombor 5 dan Adam Weishaupt menggunakan simbol ini dalam gerakan rahsianya iaitu Illuminati (pertubuhan Yahudi). Ahli-ahli Illuminati akan menggunakan simbol ini sebagai tanda “Law of Fives” (Hukum Lima).
    Dalam tulisan Yahudi, huruf V (Van) bermaksud ‘Nail’ (Kuku). The Nail adalah salah satu tanda rahsia Syaitan yang digunakan dalam upacara penyembahan berhala.Syaitan ingin membiarkan kita tahu bahawa tu adalah tanda kegemarannya.Anton Lavey, pengasas Church of Satan (Gereja Syaitan), menggunakan simbol PEACE sebagai latar belakang mimbar upacara penyembahannya. Simbol PEACE ni adalah dari simbol kumpulan Yahudi yang anti Kristian (antiChrist).credit info dari sini
    Walahhualam....

     

     oklah itu je nak kongsi..pasni kalau nak ambil gambar jangan buat "PEACE" lagi...
    ambil gambar ala2 skema pun takpe...hahahahaha...

    ala2 "G.E.D.I.K" macam gini pun boleh...
    (hahahaha..dua2 dah jadi mak buyung-mak bersedia jaga dua anak mak berpantang bulan 9 nie...)

     

     

    nota kaki :Hati berdebar nak start niaga esok...moga semua berjalan lancar........

     


    10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

    Thursday, April 5, 2012

    HadiaH BuatMu...

    Salam Khamis semua..
    sekarang otak berada di tahap tepu...
    nak buat n3 pun rasa dah tak pandai...
    tapi masih mampu jalan2 kat blog korang dan komen bila sempat...
    tak pelah sekarang nak jadi silent reader pulak...

    ok tak payah merapu panjang...
    nak kongsi hadiah buat anak daraku...
    kenapa kasi hadiah?
    besday lambat lagi.....
    sebenarnya saja suka2 nak bagi sopport buat anak daraku yang begitu rajin memcuba untuk membaca....
    alhamdulilah perkembangan yang bagus...dah pandai membaca perkataan 2 suku kata...
    mungkin ada yang cakap ..
    farisyah lambat membaca sebab dah ada yang boleh baca seawal usia 4 atau 5 tahun....
    tapi sebagai ibu..cik jue bangga...kerana ia berusaha...
    cik jue tak akan bandingkan farisyah dengan anak2 orang lain...
    kerana cik jue tahu kemampuan farisyah...
    kadang2 cik jue sedih mengenangkan farisyah...
    yelah kalau ada orang takfaham sangat dia cakap...
    dia akan cakap...
    "yelah sya kan cakap pelat"
     kalau anda di tempat cik jue apa perasaan korang...

    nasib baik sekarang farisyah masih lagi bagi respon yang baik...
     walaupun pelat ibu bangga dengan kamu...
    sedikit pun tak malu bila orang bertanya dengan kamu...
    sungguh berani 
    (ini cikgu yang cakap-suka jawab soalan walaupun kadang2 jawapannya salah)

    ibu bangga dengan kamu...
    tak jemu bila ajak pergi speech therapy 
    tak jemu bila ibu betulkan bila salah cakap..
    dan sebagai habuan untuk farisyah...
    ibu kasi ini...
    sekali makan dah habis...
    suka sangat...
    nak tempah bolehle terjah sini ye...


    Cup Cake buat farisyah....



    nota kaki:
    tersentuh hati kisah Akak nora dengan anaknya soleh yang sedang sakit.moga ALLAH beri kekuatan kepada Akak nora serta keluarga.Dan moga adik soleh kembali sihat seperti sedia kala selepas ini... AMINNNNNN



    10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

    Wednesday, April 4, 2012

    WW Banner Kami...

    Persiapan Untuk memulakkan Perniagaan Weekend INI..
    MoGa ALLAH murahkan rezeki kami sekeluarga....







    inilah banner yang kami akan gantung kat kedai kami...
    kalau korang ada masa jemputlah kekedai kami

    tapak no 60 
    Laman Seri Bazar
    Laman Seri Business Park.
    Seksyen 13 Shah Alam
    (kalau nak senang cari bersebelahan dengan koleJ PTPTL Mara dan Bangunan HPA)


    10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

    Tuesday, April 3, 2012

    Hadiah Peserta Contest...

    Alahai mood dah kelaut sekarang nie...
    kepala asyik ting tong....
    mengadap komputer lama2 mata dah nak berpinar2...
    jadi nampaknya...sekarang kuranglah cik jue berblog...
    bila keadaan kembali normal...cik jue akan berblog kembali...huhuhuhu..

    buat peserta contest...
    hadiah dah siap...cuma belum pos....
    nak pos pun makan masa...malas nak pi pejabat pos ..YA AMPUN....
    nasib baik nak pos barang orang beli online...
    hubby yang uruskan....

    oklah jomlah kita tengok hadiahnya...

     inilah hadiahnya...Photo Freeze Magnet

    Harap kalian suka...
    nanti cik jue pos ..korang tunggu jelah ye...

     

    10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

    BloG PerIbaDi-SeGalanYa Hak MiliK aNNa-JuEaNNa