Tuesday, September 18, 2012

Campak Bayi - IBU MUDA YANG ZALIM

 
Aduh ...memang mengalir air mata aku tengok keadaan baby yang ko campak tue...
tak terpikirkah ko cara lain selain dari ko campak dia..
 
Kalau tak suka baby tu, dah tau ko ngandung ..Ko ada masa 9 bulan nak figure out kat mana nak serahkan anak tu.
9 bulan tu lama tue
Memang jenih manusia yang pendek akal.
Tak kisah la ko ngandung sebab apa pun, tapi buang baby sendiri yang baru dilahirkan dari tingkat 3 flat rumah ko adalah satu tindakan yang memang menunjukkan daya IQ ko rendah dan ko memang ZALIM.......
 
 
 buat apa tutup muka..
tak payah nak malu....

Gadis Kilang Campak Bayi Direman 
 
PETALING JAYA - Seorang ibu muda yang dipercayai tergamak mencampak bayinya hidup-hidup dari tingkat 3 Blok 1, Flat Desa Mentari di sini sebaik sahaja anaknya selamat dilahirkan direman sehingga Isnin ini bagi membantu siasatan kes perbuatan kejam itu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Petaling Jaya, Suraya Syawal pada pukul 11.30 pagi semalam. "Mahkamah membenarkan suspek direman tujuh hari bermula hari ini (semalam) untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," kata beliau ketika dihubungi Kosmo!.

Menurut beliau, laporan bedah siasat ke atas mayat bayi yang cukup sifat itu mengesahkan mangsa mati akibat mengalami kecederaan serius di kepala. "Bayi itu mengalami kecederaan teruk di kepala selepas dicampak dari tempat tinggi sebelum terhempas ke bawah," kata beliau.

Arjunaidi memberitahu, suspek yang berusia 20 tahun dan belum berkahwin itu melahirkan bayinya secara sendirian ketika dia berada seorang diri di rumah keluarganya. Difahamkan bayi yang cukup bulan itu merupakan anak hasil hubungan suspek yang bekerja di sebuah kilang dengan teman lelakinya.

Bagaimanapun, keluarga suspek tidak menyedari gadis itu mengandung. Polis setakat ini tidak menyiasat atau menahan kekasih suspek kerana belum ada keperluan dengan kes bunuh yang dihadapi suspek wanita itu.
Suspek yang memakai baju T warna hitam, bertudung, berjaket merah jambu, berkain sarung batik, berstoking dan berselipar kelihatan bersahaja ketika diperintahkan ditahan reman oleh majistret.

Wanita itu yang tidak ditemani ahli keluarga ketika dibawa ke mahkamah masih dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Semalam akhbar melaporkan, seorang bayi perempuan ditemui mati dipercayai dicampak dari tingkat tiga flat Desa Mentari di sini.

Polis yang memeriksa mayat bayi itu kemudian menahan seorang gadis yang kelihatan lemah selepas dipercayai baru lepas bersalin di tingkat tiga blok 1 di rumah flat itu. Ketika ditemui, bayi yang masih bertali pusat itu sudah tidak bernyawa lagi.
sumber kosmo

10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

16 comments:

Falsya said... [Reply]

mmg bengong kan pmpn nie jue..kalau xnk wat abortion je la dr awal..xde la baby tuh terseksa kene campak dr ting 3..kalau ikutkan abortion mmg la xelok tp lagi baik dr kene campak..geram tau..

Jue a.k.a Ibu 2F said... [Reply]

betul falsya..lebih baik dia gugurkan dari dia campak..

mamafarah4 said... [Reply]

sbb syaitan dah menguasai diri..Jika dia waras dia takkan buat macam gitu..Entahlah..bila dah kene tangkap macam tu baru lah nnt keluar perkataan menyesal la, hapa la..memang pompuan sial..yg jantan tu leh senang lenang..dia dah penat2 bersalin,pastu buang baby sbb nak tutup malu, kene tangkap lagi.. Apapun berani buat tanggung sendiri..mmg bodoh dia ngandung sampai 9 bulan tup2 pegi campak baby tu..Bila benda tak halal, takkan rasa sayang...makin benci adalah..Sungguh memang kejam sebab orang melayu kita...Insyaallah balasan Allah beri akan setimbal.. Takkan ada anak la ko pompuan samapi ko mati kalo ko kawin pun..Pompuan mcm ni tak yah doakan yg baik2..x guna pun.. (maaf teremosi..)

::EIDA:: said... [Reply]

Dia ni IBU MUDA yang BODOH!!!!!

Jue a.k.a Ibu 2F said... [Reply]

KITA SETUJU SANGAT DENGAN PENDAPAT MAMA FARAH...

.:Yana:. said... [Reply]

sian baby yg tak bersalah tu..lak tu die campak baby tu dlm keadaan baby tu tanpa seurat benang..memang keja..meremang bulu roma tengok brite semalam..binatang pun tahu sayangkan anak..

wahida said... [Reply]

hanya Allah yg mampu membalas perbuatan dia...
gerammm!!

FlyCam Studio said... [Reply]

Dia beranak seolah2 mcm berak saja!!

FlyCam Studio said... [Reply]

hmm..sucks!!

LYAfrina said... [Reply]

memang sedih sgt... lg sedih y mcampak tu org melayu kt b'agama islam.. tgk drp pic ni, nmpk cantik orgnyer..tp syg......

Hazlina Shahrel @ The QueenWidelia said... [Reply]

tah-tah mase tu dia meroyan.. hish.. penah ada jiran akak ipar kat kg boleh digulai kan baby nya masak kari.. suaminya blk kerje terkejut.. katanya dia nmpk anak nya tu ayam.. nauzubillah...

eB said... [Reply]

eB pn stuju gaks...
walo aper pn reasonnyer...
jgn la meroyan seblom ms...
x tgk ker muker anak tuh...
Allah sj yg terbauik membalasnyer...

alfatihah buat bidadari syurga itu... aminnnn

anie said... [Reply]

emm..donia..donia....

Zana Adieyza said... [Reply]

zana x sanggup nak dengar berita ni kak.. sakit sangat hati ni..

ch@ said... [Reply]

kita baca smlm, tgh tunggu turn check-up. sama2 baca dgn mummy india, dia kata tu bdk kilang kat flet dia. dia pun seram. dia pun kata jgn la kejam sgt. kita nk keluarkan yg dlm perut ni kemain lagi ternanti-nanti. baby tu tak salah apa pun.

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said... [Reply]

Mmg eija baca kisah ni semalam meremang bulu roma, sanggup dia baling bayi yg x berdosa ni , anak dia sndiri pulak tu..hilang sudah perasaan belas disebabkan terlalu takut dgn kesalahan yg sendiri buat, masa buat x pikir panjang langsung..sedey kan makin menjadi2 mereka yg buang bayi ni..

BloG PerIbaDi-SeGalanYa Hak MiliK aNNa-JuEaNNa