Monday, September 24, 2012

Doa dan Zikir Untuk Mudahkan Bersalin


saat cik jue menanti anak kedua nie.....
jadi cik jue nak kongsi doa yang sesuai di amalkan
moga ALLAH mempermudahkan segalanya
terima kasih CIK ROSE kerana sudi berkongsi doa nie..

Antara doa dan zikir untuk mudah bersalin masa ibu pregnant ada antaranya ibu amalkan siap tampal kat dinding..tapi bila dah selalu baca dah ingat kat mulut...Kalau yg tengah mengandung & nak tunggu kelahiran bolehlah amalkan ye..

1. Surah Al- Fatihah (7x)



2. Ya Khafid (1000 x)

Al-Khafid (Yang Maha Menjatuhkan). Jika diamalkan sebanyak 500 x setiap hari, dalam keadaan suci, khusyuk & tawaduk, InsyaAllah segala maksud akan ditunaikan Allah. Juga apabila mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya

3. Al Abasa: Ayat 20
Maksudnya: "Kemudian Jalannya dipermudahkan"

4. Surah Al-Anbiya' : AYAT 87-89

LA ILA HA ILLA ANTA, SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZZOLIMIN

"Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri"
''Maka Kami kabulkan permohonan doanya, dan Kami selamatkan dia dari kesusahan yang menyelubunginya dan sebagaimana Kami menyelamatkannya Kami akan selamatkan orang-orang yang beriman (ketika mereka merayu kepada Kami)''
Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakariya, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi"

5. Allahumma bihaqqi maryam, wa bihaqqi man unzilat 'alaihi suuratu maryam, khaffif 'anni aalaamil makhaadth, birahmatika ya arhamarraahimiin.
Maksudnya: "Ya Allah, dengan berkat Siti Maryam, dan dengan berkat Nabi Muhammad yang diturunkan Surah Maryam kepadanya, ringankanlah kesakitanku dengan rahmatMu Ya Allah Yang Maha Penyayang"

6. Rabbi yassir, wala tu assir, ya kariim, wa atmim bil khair.
Maksudnya: "Ya Allah, berilah segala kemudahan kepadaku, janganlah Engkau beri kesusahan, wahai Allah Yang Maha Pemurah, dan sempurnakanlah semua hajatku dengan sebaik-baiknya"

-TAMAT-
Nampak banyak kan, kalau xnak amalkan semua xper just amalkan yg bertanda merah tu pun cukup.mudah-mudahan mana-mana ibu yg nak bersalin akan deliver dgn selamatnya..
-AMIN-

10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

3 comments:

Nana said... [Reply]

smga di permudahkan semuanya yea

Gieyana said... [Reply]

Jenjalan kt sini dr blog anje..nice infor nie..:-)

eB said... [Reply]

tq jue :)

BloG PerIbaDi-SeGalanYa Hak MiliK aNNa-JuEaNNa