Tuesday, May 8, 2012

KesiAn AnaK Ibu

Salam Selasa semua teman....
lama tak meng update blog...busy???? yup memang busy.....
setelah lama anakku tak kena "serang " di hypoglycemia...
ari ahad fraisyah kena lagi....
dan macam biasa dengan warded kat wad dipantau 24 jam...

cerita bermula disini...
12:00 tengahari ahad..
farisyah baru bangun tidur....(lambat anak dara ni bangun....kerana penat bermain pada hari sabtu.-dia tidur dalam pukul 1:30 pagi )
12:15 mengadu sakit perut dan kebilik air..untuk berak...
tetiba..menjerit dalam bilik air...
si ayah terus berlari ...melihat anaknya....
masih dalam keadaan normal...tapi nak muntuh...
bila nampak dia dah seperti nak melayang-layang- mata buka dan nak tutup...
ibu berlari kedapur ambil madu....sapu di dalam mulutnya.....mata terbuka tapi masih dalam  huyong-hayang...
langkah seterusnya...
terus bawak ke hospital putrajaya....(yup itu je tempat paling sesuai....)
sampai emergency... terus ke unit kratikal ...
darah diambil...yup gula dalam darah memang rendah....1.2 je...
 sepanjang perjalanan ke hospital..sebab tak nak kasi farisyah tidur...
penampar memang peneman dia..kesian merah pipi......tapi sorry sayang ibu terpaksa...
masuk air ambil darah 9 botol kecik.....akhirnya farisyah kena warded...
masih dalam keaadan lemah tapi memberi respon yang baik...
dan semalam...pukul 5:00 petang..farisyah dibenarkan balik....
tapi bulan 7 ni kena masuk wad lagi..sebab nak buat MRI......

di dalam wad farisyah memang kena chek gula setiap 2 jam sekali...
sebab dah biasa ...farisyah akan beri jari mana yang nak kena cucuk...
tapi ada satu kes buat cik jue sedih sampai hari ini...
yup sedih dengan rintihan si anak kerana kena cucuk di lengan...
cik jue tak pasti doktor tue memang tak pandai ambil darah ke..atau perbuatan dia tue kasar...
farisyah biasanya akan memberi respon yang baik ..
dia hanya menagis sedikit je time jarum mula2 cucuk dia ..pastu dia pasti diam...
malam pukul 8 mlm...
farisyah kena ambil darah lagi...dalam 3 botol kecik...
bila doktor tue ikat tangan dia untuk timbulkan urat...
farisyah dah mula menangis...
mulut dia dah mengadu sakit...
bila doktor cucuk dan tak jumpa urat ....
apa lagi meraunglah kawan tue.....
memang kesian time tue bila dia sendiri.....peluk tangan cik jue dan cakap....

"IBU SAKIT IBU...TOLONG ANAK IBU NIE....KESIANLAH ANAK IBU....SAKIT IBU...TOLONG IBU SAKIT,...NURSE TOLONG FARISYAH SAKIT" 

ya ALLAH..runtuh hati ibu sayang dengan farisyah menjerit macam tue...
ibu pujuk farisyah..nurse tue pusing kebelakang ..dan turut mengalirkan air mata...
ibu sedikit pun tak menagis...ibu betul2 kuat time tue...
kalau ibu tak kuat mesti ibu kena halau dan tak dapat teman farisyah....
4 kali farisyah kena cucuk barulah dapat darah..tuepun ibu suruh doktor lain....
mahu tak sakit anak ibu....
bila siap....semuanya....masuk je bilik...ibu peluk farisyah dan menangis...
yup ibu dah tak tahan tengok....
ibu call ayah mengadu....farisyah tetidur kepenatan....
malamnya farisyah mengigau...ibu menangis lagi bila ingat balik kata rayu anak ibu....
dan sampai ke hari ini,...bila ingat balik rayuan farisyah ....
ibu menagis lagi dan sepanjang n3 ini ibu tulis ..ibu menangis....

 
 posing dengan drip di tangan...


"Ya ALLAH...aku redha dengan apa yang terjadi..dengan apa yang telah KAU tentukan kepadaku...namun YA ALLAH kadang2 aku rasa tak sanggup tengok penderitan anakku ini ya ALLAH..andai ini telah kau suratkan kepadaku YA ALLAH ..aku terima dengan rela hati namun KAU Kurangkanlah penderitan ke atas ANAKKU ya ALLAH dan jauh dial dari penyakit yang berbahaya dan kau sihatkanlah dia seperti mana anak2 yang lain...."

Nota KAKI:Doakan Yang terbaik buat farisyah..moga dia sentiasa sihat.- hati ibu dan ayah terus berdebar2 sehingga keputusan MRI keluar.....


10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

11 comments:

cik dah faridah said... [Reply]

smga farisyah kembali sihat..sabar yek cik jue...kuatkkn lg semngat tu...

MamaYatie said... [Reply]

Ya Allah sedihnya...pernah lalui jugak time Nurin kena denggi..tiap2 hari kan kena amik darah...walau mulut bg kata semangat,dlm hati menanges tak hengat...wuwuuuuu

MamaYatie said... [Reply]

Ya Allah sedihnya...pernah lalui jugak time Nurin kena denggi..tiap2 hari kan kena amik darah...walau mulut bg kata semangat,dlm hati menanges tak hengat...wuwuuuuu

LYAfrina said... [Reply]

sedihnya baca ni..hrap keadaan farisyah bransur sembuh ye..ye..dia mmg kuat..

anie said... [Reply]

sebak aku jue...semoga farisyah sihat sentiasa....

ZSqueenbee said... [Reply]

sebak plak bce n3 ni sis..naluri ibu sme je kan..apepon moga sabar menempuh semuanya..inshaAllah Farisyah akan sembuh n ceria spt biase..baby sis tu kuat...semoga sihat sentiasa ye..

@e_da said... [Reply]

mmg sedih kalau anak sakit.. sabar ye cik jue... kami semua mendoakan farisyah sembuh seperti anak2 lain..

rozi said... [Reply]

perasaan siapa yg x tersentuh apabila melibatkan insan yg tersayang, kami sekeluarga mendoakan agar farisya, ayah ibu dan becoming bb insyaallah, akan terus kuat dan tabah untuk menghadapi hari2 mendatang. farisya mmg kuat semangat,itulah yg disebut-sebutkan dlm rangkap nyanyian, "kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah tiada trhingga"

rozi said... [Reply]

farisya anak yg kuat semangat, apa yg dilaluinya membuatkan dia semakin kuat, tabah. Acik rozi, kakak (damia, dinah sara) acik sham, doakn semoga farisya ibu ayah dan adik brsabar menghadapi ujian drpd Allah, segala yg berlaku ada hikmahnya. Farisya, ingat ya syg, walau setinggi mana farisya berada, kelak, hargai dan balas la jaga serta pengorbanan yg dicurahkandgn penuh kasih syg ibu, ayah, "kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah tiada terhingga"

Nad @ MamaZakwan said... [Reply]

kuatkan semangat cik jue!
farisyah, moga farisyah cepat sembuh ye!

Imaan09 said... [Reply]

isk bengang dengar..klu xreti nak cari urat pun, xyah laa jadi doktor!

BloG PerIbaDi-SeGalanYa Hak MiliK aNNa-JuEaNNa