Thursday, March 8, 2012

Selamat Hari WaNita....

salam Khamis semua...
salam BATIK buat Staf2  Gov...
mesti korang semua tertunggu2...
apa yang PM nak umum kat PICC pagi nie...
Tapi staF JPA duk menunggu Rombangan 5S datang....
menyampah betul audit 5S nie...menyusahkan....
apa2 pun moga ada berita baik yang akan di umumkan oleh PM...

8/03/2012....HARI WANITA SEDUNIA...
bagi mereka yang bergelar wanita....
cik jue nak ucapkan...
SELAMAT HARI WANITA

****************************************************************

Sekadar catatan mengenai wanita yang merupakan makhluk terindah dan istimewa..wanita juga sangat kompleks dan sukar di jangka sehingga banyak hal yang boleh diuraikan mengenainya, berikut di senaraikan 15 hal mengenai wanita, namun 15 hal itu masih belum cukup untuk menggambarkan wanita.

  1. Wanita boleh memaafkan suatu penghianatan suaminya, tetapi dia tidak akan boleh melupakannya.
  2. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.
  3. Sebelum nikah, wanita hafal seluruh jawapan dan sesudah nikah dia hafal seluruh pertanyaan.
  4. Barangsiapa menikahi wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.
  5. Cincin pernikahan adalah cincin termahal di dunia, karena mengharuskan pemberinya untuk mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.
  6. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.
  7. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, serta tidak mengenal setengah-tengah.
  8. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut hingga dia menikah.
  9. Wanita ketawa jika dia mampu dan akan menangis jika menginginkan sesuatu.
  10. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika dia tidak dapat menjadikan suaminya menjadi teman yang termulia.
  11. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan didalam mengingat peristiwa yang menyebabkan dia menangis.
  12. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia
  13. Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya.
  14. Wanita pada umumnya takut akan tiga hal: tikus, munculnya uban dan wanita-wanita cantik yang akan menjadi saingannya
  15. Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan setengah beban kehidupan suaminya.


nota kaki: Rasa bertuah kerana di lahirkan sebagai WANITA



10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

5 comments:

Mrs.Imran said... [Reply]

selamat hari wanita cik jue...sgt bertuah menjadi wanita...kerana byk kelebihan yg tuhan bagi yg tiada pada lelaki...

eB ezrin said... [Reply]

aku wanita yg sgt bertuah. hik3

Salina@IbuAqil said... [Reply]

Selamat hari wanita cik jue.. ;)

mamalieyna said... [Reply]

Selamat hari wanita~

sangat bertuah menjadi seorang WANITA~

sue zainun said... [Reply]

selamat hari wanita cik jue

BloG PerIbaDi-SeGalanYa Hak MiliK aNNa-JuEaNNa