Monday, October 31, 2011

Hukum GaNtuNg GamBar kelUarga di dalam RuMah

Aku ada sedikit keliru dengan isu  pengantungan gambar keluarga di dinding rumah...
sebab orang yang mempertikaikannya adalah family terdekat dengan aku....
jadi pagi ni aku berusaha mengoogle hukum nya..dan hasilnya ialah...


kongsi dari USTAZ NOR AMIN dan beberapa lagi laman web yang lain

Soalan yang diajukan :

Apa hukumnya kita menggantung gambar bernyawa didalam rumah. Contoh gambar kita menerima sijil?

Jawapannya

Menggantungkan gambar yang bernyawa di dalam rumah ialah seperti gambar binatang, gambar orang atau gambar keluarga tuan rumah. Setelah saya meneliti masalah ini bahawa memang haram dan Nabi melarang umatnya meletakkan gambar bernyawa di dalam rumah, kerana malaikat rahmat tidak masuk di dalam rumah untuk memberikan rahmat. Hadis Nabi yang bermaksud :
Dari 'Aisyah r.a katanya, dia membeli bantal-bantal kecil bergambar-gambar. Maka tatkala Rasulullah SAW melihat bantal-bantal tersebut baginda berhenti di muka pintu dan tidak terus masuk. Aku tahu dari wajah baginda bahawa baginda tidak senang. Berkata 'Aisyah: "Ya Rasulullah! Aku bertaubat kepada Allah dan Rasul-Nya. Apakah kesalahanku? Rasulullah SAW kembali bertanya: "Bantal-bantal apakah itu?" Jawab 'Aisyah, "Aku membelinya sebagai tempat duduk anda atau tempat anda bersandar." Sabda Rasulullah SAW: "Pelukis gambar-gambar ini akan diseksa di hari kiamat seraya dikatakan kepada mereka: "Hidupkanlah gambar-gambar yang kamu lukis itu!" Kemudian baginda bersabda: "Sebuah rumah yang terdapat di dalamnya gambar-gambar (haiwan), malaikat tidak mahu masuk ke dalam rumah itu." (Riwayat Muslim)

Berkata Imam Manawi : Yang dimaksudkan dengan gambar pada hadis ini ialah suatu yg mempunyai ruh sekalipun tidak mempunyai bayang dan tidaklah termasuk dengan gambar yg tidak mempunyai ruh seperti pohon-pohon kayu. Dan yang dimaksudkan dengan malaikat pada hadis ini ialah malaikat yg membawa rahmat kepada penghuni-penghuni rumah.Adapun malaikat pencatit amal tiadalah berpisah ia dari seseorang anak Adam.
Haram bagi orang yang meletakkan gambar atau patung yang bernyawa di rumah-rumah mereka, sama ada separuh gambar atau sempurna gambar tersebut. Tiada mengapa dan diharuskan meletakkan gambar yang berbentuk pohon, kapal, rumah, ayat Al-Quran, Kata-kata hikmah, kereta, motorsikal dan sebagainya.

Hal di atas beza dengan gambar-gambar fotografik yang dihasilkan oleh kamera dan video. Harus bagi sesiapa yang ingin meletakkan atau menggantungkan gambar fotografik di rumahnya. Jika gambar fotografik tersebut mengandungi unsure-unsur pemujaan, mendedahkan aurat, mengagungkan gambar tersebut dan seumpamannya, maka hukumnya adalah haram dan bersesuaian dengan pendapat Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam buku Seni Dalam Islam :

"Hukum gambar-gambar fotografik pada asalnya harus selagimana gambar tersebut tidak mengandungi unsur-unsur yang diharamkan seperti mengagungkan gambar seseorang yang mempuyai kemuliaan dalam agama ataupun disebabkan kedudukan dan pangkat yang dimilikinya, apatah lagi sekiranya orang yang diagung-agungkan terdiri daripada orang kafir, fasiq, penyembah berhala, komunis ataupun tokoh-tokoh seni yang menyeleweng.
"

Pandangan saya, gambar manusia atau makhluk bernyawa yang dihasilkan oleh seni lukisan, adalah haram sepertimana yang terdapat di dalam hadis di atas. Di haruskan gambar dari hasil seni lukisan bukan gambar manusia dan makhluk bernyawa seperti gambar pemandangan, masjid, rumah, kereta dan seumpamanya. Harus juga bagi gambar yang dihasilkan oleh kamera atau video untuk digantung atau diletakkan di rumah bukan bertujuan penyembahan, mengagungkan, gambar yang tidak mendedahkan aurat, gambar orang kafir dan seumpamanya. Gambar kamera yang dibolehkan adalah bertujuan sebagai kenangan, tanda kekeluargaan dan seumpamanya.




 maknanya tak salah aku nak frame gambar aku dan keluarga didinding rumah sebagai kenangan...

10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

FRame GamBar Ku Dah siap...

Pagi semua....
monday blues... 
aku lagilah sebab baru balik dari kg kan...
hati masih lagi di kat kg...hahahhaha..

oklah nak kongsi sedikit kegembiraan nie...
frame gambar ku dah siap...
tu hati yang tambah berbunga2 tue...
tapi tak pi ambil lagi kat rumah ayu...
baru tengok kat FB...
tapi tak mengempat2 nak publish kat BLOg...

tapikan ..kalau ambil pun tak boleh gantung lagi...
huhuhuhu hubby kata tunggu masuk rumah baru dulu...
nampaknya kena simpan cantik2 dulu dalam kotak...
korang nak tengok tak....
jomlah .....

inilah rupanya...
kalau korang berminat nak tempah jugak ..
pergi kat sini ye...

ayu ni dulu ex-opis mate...
hasil tangan dia memang cun...
rega pun murah je....
jomlah tempah ramai2 ....buat kenangan....
baru perasan cute mum pun tempah gak....comel mereka sekelurga pakai baju purple
korang nak tengok gambar klip sini ye...



10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

Friday, October 28, 2011

Yahooo............Balik KAmPung....

Hari Ini aku nak balik kampung.....
yahooo balik kampung tanpa di rancang...
rancangan asaL balik kenduri adik aku bulan 12 nie...
raya haji tahun ni patutnya turn aku ...
tapi hubby mintak balik umah dia..
oklah aku kan isteri mithali -jangan muntah hijau pulak ye....
terimalah seadanya....hahahahha ayat tak boleh bla...

jadi disebabkan ada hal nak diselelsaikan...
hubby ajak balik minggu nie...
senyum panjanglah....
hahahahahaha.....
best betullah...
cium abang 1000x....


korang doakan perjalanan aku selamat sampai dan kembali ye....


farisyah senyum panjang setiap kali cakap nak balik kampung...
ibu dia lagi2 senyum...

10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

KolekSi BurUng MarAh...

sAlam Jumaat semua...
hari ni mcm mana korang sihat tak...
maklumlah sekarang ni musin tak menentu ...
kadang2 panas kadang hujan lebat sangat....

oklah nak cerita kisah farisyah ...
yang sememangnya menyukai barang2 burung marah nie...
games dalm hp n PSP memang teramatlah terernya mengalahkan ibu dan ayahnya...
satu lagi pantang tengok barang burung marah nie...
pasti nak aje di beli...tapi kalau cakap elok2 tak pe...amatlah memahami dan tidak pernah pulak dia mengamuk....
itulah farisyah dari kecik sampai sekarang-kalau kita cakap barang tue tak boleh beli dia paham 

oklah sekarang apa koleksi burung marah yang dia ada setakat ini ye...

... ini yang terbaru..beg angry bird...
ari ni dah bawak pergi sekolah..letak sehelai baju dan sehelai seluar....
(sila abaikan kekemasan rumah aku  ye)

ini antara koleksi farisyah ada ....
beg,baju ,patung nia ada 2 mana tah satu lagi dia letak...sticker pun ada gak....


kuat betul pengaruh "burung marah " nie....



10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

Aku Buat KerJa GiLa...

Sekarang JAm 3:15 Pagi...
aku buat kerja gila....
siang tadi aku tidur lama sangat ....
dari pukul 4 petang sampai pukul 8;30 tadi
sekarang bahananya mata aku tak nak lelap...

aku baru siap....
sapu lantai n mop lantai....
kemas baju dalam beg nak balik umah mok aku ...
dan 
aku buat header baru lagi kali ni dengan cat2 tepi aku tukar....
aku rasa rumah aku ni dah nampak PINK.....

sekarang aku tak tahu nak buat apa lagi...
kalau aku tidur sekarang nanti aku tak sedar pulak esok nak pergi kerja nie...
rasanya aku nak BW koranglah....
lepas tue aku nak baca novel...
pastu tengoklah apa lagi kau boleh buat....

nasib baik esok jumaat ..tengahari aku balik rumah ganti waktu tidur aku....





10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

Thursday, October 27, 2011

MY nEW fACE...

salam Khamis semua.....
hari ini aku EL
hubby aku n farisyah tak sihat...
jadi ari ni kena jadi nurse jaga orang sakit kat umah

oklah aku nak tunjuk kat korang nie...my new face...
bukan baru sangat pun aku hanya tukar header baru...
dan header tue aku buat sendiri.....
sebelum ni kau pakai header nie....

eliss yang buatkan.....10Q eliss...header ni aku suka sangat.....

bajet nak buat sendirilah..konon nak buat ala2 mcm eliss pakai adobe Photoshop..
tapi hampeh tak menjadi akhirnya aku buat pakai PHOTOSCAPE

dan hasilnya ...
seperti yang korang tengok kat atas tue le....
tapi aku nak tunjuk jugak kat sini....


walaupun tak secantik orang lain punya...
tapi aku bangga sebab ...
ia hasil dari tangan aku yang tak kreatif nie....

selain ubah header aku jugak ...
buat sedikit pembaharuan kat gambar2 kat tepi tue...
saja kasi lapang sikit.....

aku ubah ni sebab ...
blog ni dah nak masuk 2 tahun pada
15/11/2011....





10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

Wednesday, October 26, 2011

Under Construction





sorry anda akan rasa pening jika datang ke sini......
blog sedang dibaik pulih......
berlaku sedikit masalah kerana tuan rumah gatal mengeditnya malam tadi....

10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

Tuesday, October 25, 2011

TahNiah....Ibu Muda


TAhNiah Buat sepupuku A.K.A Ibu Muda @ http://deejaywani.blogspot.com
kerana telah berjaya dalam audition HOT FM hari ini...
impian jadi kenyataan nie....

"Buat kak An..nanti dah jadi DJ jangan lupa kak Na ye..."


10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

Blog.....BanYak MemBAntu....

Lupa Lagi Nak Bawak Kamera...Post Pone lagi cerita kisah ZOO
emosi masih belum stabil...
hati masih lagi sakit....
balik rumah cerita kat hubby sambil nangis2...(eee manja betul....)
itu je mampu aku buat kalau aku sakit hati....

dah nak masuk 2 tahun aku berblogging nie...
seronok banyak benda yang aku dapat kongsi..
suka duka tawa tangis kebanyakkan aku kongsi kat sini...

dan yang paling penting banyak membantu aku dalam
mengingati aku tentang farisyah...
tarikh farisyah masuk wad,tarikh farisyah operation,tarikh farisyah kena hypo..
semuanya ...
setiap kali farisyah masuk wad ...
doktorkan selalu tanya sejarah farisyah ...
dengan adanya blog nie ...
senang nak jawab...

pastu aku tak lupa
kalau ada benda2 penting yang jadi...
sampai hubby pun suka tanya...
ari tu kita beli hp berapa hari bulan?
tok masuk wad ari tue bulan berapa?
bila last kita balik johor ye ibu?
ari tu bezay ayah beli apa ye kat ibu?
tahun ni kita ada pi jalan2 tak?

tengok berapa pentingnya blog pada aku...
dah mcm diari bergerak...
walaupun kadang2 ada jugak cerita yang tak boleh kita kongsi kat sini...
tapi jugak kita kongsi kat sini...

paling best aku suka baca blog ni time aku tak de kerja...
aku gelak sendiri sebab banyak rupanya yang aku salah eja....
korang baca pun mesti gelak2kan....
tapi aku tak kisah...
rasa mcm "trademark" pulak...


dan kerana blog jugak...
aku kenal korang semua...
walupun kita tak pernah bersua muka
tapi aku rasa mcm dekat je dengan kalian....
aku suka sangat ...
korang banyak kongsi pendapat korang dengan aku...
kerana blog ...
aku jadi kuat....
aku jadi ibu yang tabah...
kerana blog jugak aku tahu erti kesabaran....

kerana ..
mula2 farisyah tak sihat dulu...
aku rasa mcm sedih sangat...
aku kadang2 putus asa...
aku selalu pikir kenapa aku di uji begini rupa....
tapi selepas aku berblog ni...
baru aku tahu bukan aku aje di uji...tapi ada lagi yang lebih teruk yang di uji...
dan lama2 aku tahu...
aku insan yang terpilih oleh NYA untuk di uji....
dan aku kena redha demi MEREKA yeng tersayang.....


buat kalian kawan blog2...
terima kasih atas nasihat,dorongan serta terima kasih kalian sebab sudi berkongsi kisah bersama aku.....


.....I LOVE MY BLOG ....


10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

Monday, October 24, 2011

PeTaNG InI....

.......apa yang aku rasa.....

..................nak nangis..........................
...................nak marah...........................
.......................nak menjerit.......................
...................nak sepak orang................
............................nak gigit orang.................
..........................nak pukul orang...............





MOGA ALLAH BERI AKU KEKUATAN

10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

WeeKenD YAng MemenatKan...

salam Semua...
selamat pagi....
mood isnin...
memang penat.....
sebab weekend cik jue jadual penuh....

pagi sabtu....
menghabiskan masa dari pukul 9 pagi sehingga 1 tengahari...
di zoo..
tapi penat tak pe..janji farisyah happy...

lepas tue
sepetang sampai mlm menghabiskan masa di nilai mencari barang untuk majlis besar mak lang adik cik jue....

ari ahad pulak ...
sama gak mencari barang mak lang lagi...
lepas hantar mak lang naik bas ..
kami berjimba2 di JUSCO...



jadi hari ini cik jue rasa amat penat dengan kaki yang sakit...
nak cerita kisah zoo tapi kamera tertinggal....
jadi nanti dulu ye...xbest cerita tanpa gambar nie.....



weekend korang mcm mana??
ada yang best??


10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

Friday, October 21, 2011

WaJah BarU KomPutEr Opis KU....

salam semua....
pagi tadi kering idea tapi sekarang terajin pulak...
cik jue ni memang suka tukar gambar kat monitar komputer opis nie...
walaupun sebenarnya ada gambar wajib yang kena tempek
gambar wajib cik jue tempek bila ada lawatan atau 5 S...
kalau tidak memang selamat....




ini gambar wajib kami

ini gambar terbaru desktop cik jue...



ini buktinya.....




"memang aku malas nak buat kerja hari nie"





10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

Beli Burger KinG Dapat Mug...

salam jumaat semua...
kejap jekan..pejam celik pejam celik dah jumaat balik...
minggu ni farisyah demam...
cik hubby ambil cuti temankan dia kat umah...
tapi semalam n hari ni dah pi sekolah balik..alhamdulilah...
walaupun demam tetap aktif dan beselera mcm biasa...


tengahari semalam..
cik jue n budak2 opis ...makan burger king delivery kat opis...
saja nak guna khidmat delivery....hahaha...

kami beli banyak ...
RM 97.80...
sekali dapat percuma Mug 2 bijik....
yang order 7 orang...
jadi yang jadi pemilik mug tue....


mestilah cik jue..sebab cik jue yang order....
sorang lagi.....
Nusi- sebab dia sorang je jejaka kami selain cc midon.....

ini muka depan dia...
ada lambang "burger king"

ini pulak belakangnya....
"100 plus"



cik jue suka dapat barang PERCUMA nie...
korang suka tak kalau dapat barang PERCUMA????


10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

Thursday, October 20, 2011

Rezeki BUlan Nie...

Selamat petang semua...
bulan nie @ minggu ni aku rasa rezekiku murah...
dah lama tak menjoinkan diri dalam contest @ GA..
tapi kali ni rajin sikit jawab teka-teki yang aku tak payah buat N3....

pertama .aku menang teki- teki kat blog kaK ana dan aku dapat hadiah
SPRING FORM BAKE PAN S
ET

hari ni pulak aku dapat hadiah saguhati dari nana
selepas meneka nombor voucher secret resepi..
aku teka nombor no 15 (bg tarikh lahir aku)
dan
no 6 (bg bulan aku lahir)

bukti aku jawab....
sebab dah ada yang lagi laju menjawab jadi aku akan dapat hadiah saguhati jelah...
tapi tak kisahlah ..janji aku dapat hadiah...


nana pinjam gambar tau....
10Q nana..

10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

KiTa MeRancaNg TuHan MenentuKKaN..

salam sayang semua....
kita hanya merancang tapi tuhan yang menentukkan...
begitulah setiap apa yang dirancang tidak semuanya berakhir seperti yang dirancang...


begitu juga dengan kami...
weekend ni opis cik hubby buat family day kat a famosa
semua bayaran telah kami buat hotel pun telah kami booking....
tapi ari isnin lalu kami pergi Appointment telinga farisyah...
dan keputusannya.....
grommet dalam telinga farisyah tak keluar lagi
jadi farisyah tak boleh main air lagi


ini contoh grommet (yang warna biru)..ia kan jatuh sendiri di saluran telinga dalam masa 3 hingg 6 bulan..ia dipasang di gegendang telinga untuk menyelurkan air dari gegendang telinga...
(info : grommet ini hanya kecil bersaiz 0.5cm sahaja)


jadi kami taknak menanggung risiko jadi terpaksa batalkan...
tak pelah farisyah ..insayallah ada rezeki dan masa ibu dan ayah akan bawak farisyah pergi ye...

dan kami memilih untuk ke



ari sabtu nie...
insayallah kalau di izinkan...



sesungguhnya kita hanya merancang tuhan menentukkan

10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

Wednesday, October 19, 2011

Hadiah Dah Dapat.....TQ KAk ANa

Salam Semua...senyum Mesti Panjang Ok...
sebab ari ni cik jue dapat hadiah jawab teka teki ari tue.....
wau hadiahnya super marvelous....
10Q kak Ana.....


korang tahu pembalut hadiah memang cun gila...
rajin kak ana nie...
ada dua satu untuk aku n satu lagi untuk anie...

ani aku pinjam gambar ....

tuan blog bergambar dengan hadiah....
(aku rasa mcm makin gemuk je dalam gambar nie.....menYampah betul)


SPRING FORM BAKE PAN SET
lepas ni kena rajin buat kuih walaupun aku ni tak pandai buat kuih....
budak2 kat opis ni yang teruja gila...dia orang siap ckp bekas ni silap tuan...
hahahaha nampak benor aku memang tak pandai buat kuih...
tapi lepas ni sebab kak ana dah kasi ni...
"jue akan belajar buat kuih ye kak ana...."

ani aku pinjam lagi gambar kau ye...

inilah rupanya....


buat kak ana...
terima kasih banyak2 lain kali buat teka teki lagi ...
suka dapat hadiah nie....




10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

Tuesday, October 18, 2011

sapa nak Mcd mUrah....


5 simple steps to enjoy a Quarter Pounder with Cheese McValue Meal (M) at only RM6.99 today!

Step 1: Download the coupon to your computer: http://bit.ly/qS2VvV
Step 2: Print the coupon out (Black & White or Color, does not matter)
Step 3: Bring the coupon with you to your favorite McDonald's.
Step 4: Present it when ordering.
Step 5: Enjoy your Quarter Pounder with Cheese meal for only RM6.99!

simplekan..jom makan mcd...

10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

PeNanda BuKu yang Comel

salam sayang dan salam satu malaysia semua....
sekarang ni kalau beli novel banyak tak de penanda buku....
usah betul..susah betul nak tanda buku....
jadi cik jue pun menempahlah penanda buku dari member opis aka sakila aka Sakila craff d heart

sangat comel dan cute sangat...
dia bukan je buat penanda buku tapi mcm2 ada2
bantal,bekas telefon n mcm2lah korang pialah kat link dia...
mesti korang teruja sangat....

jomlah tengok penanda buku cik jue yang cun...

kila aku copy dari FB kau jangan mare ye....




cantik tak???




10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

Monday, October 17, 2011

MuLianYa SeoRang Ibu...

nak share sedikit info
"kemuliaan ibu di dalam islam"

ambil dari blog cik dah nie...dengan izin tau....

1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.
4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. …
5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.
7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat



"sesungguhnya hati ini sungguh bertuah kerana dilahirkan menjadi seorang wanita"


10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

Kalau MeNganTuk SanGat BeginILah CaraNya...

Morning semua......
mood weekend masih ada kan...
malas betul pagi tadi nak bangun....

weekend korang kemana???
weekendku hanya dirumah...
bukan main beria planing nak jumpa kak yatie n NAd kat pesta buku MAEPS...
tapi tak dapat sebab anak dara demam pagi ..petang tue pulak hujan..memang selamatlah...

oklah nak tunjuk kat korang nie...
kalau mengatuk kata mana2 pun boleh...
tapi kalau tak ngantuk suruh tidur selamatlah..
memang takkan nya dia tidur....



kisah dalam kereta...
dengan cermin mata sekeping biskut
farisyah terlelap....





hahahaha nilah gayanya...
anak korang makan tak dalam kereta??
biasanya takkan sebab nanti bersepah ..tapi kami bagi je farisyah makan...
bersepah kemudian kira janji farisyah ok....





"pukul 10 ada appointment farisyah kat hospital putrajaya"


10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

Saturday, October 15, 2011

Blog Ku KeNa seRang malvare

buka2 fb dapat mesej dari cikdah...


"Blog cik jue malvare"

alamak dah mula cuak sebab sebelum ni dengan orang cerita je...
10Q cik dah sebab kasi info mcm mana nak kasi ok balik...
kena remove/unfollow dulu link yang kena..
pastu baru ok....

pastu kalau kita nak tahu mcm mana blog kita kena ke tak
jom pi ke link nie...




ok pada2 sapa2 yang kena sila buat mcm cik jue buat...
nanti dah ok korang followlah balik ....




.....cik dah 10q so much....

10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

Friday, October 14, 2011

DeNgan Bateri Pun boleh...

Salam Jumaat buat semua teman...
harap2 hari ni hari yang bahagia buat semua...
orang pantai timur terengganu n kelantan ..cutikan hari nie..selamat bercuti ye semua
esok hari sabtu...
korang dah planing ke nak jalan mana2...
cik jue????
tak tahu lagi jadual esok...
ingat nak pi shah alam kot jalan2 kat sana lama tak melangkah kaki kat sana....

oklah berbalik pada tajuk...

DENGAN BATERI PUN BOLEH

jom layan gambar nie baru korang tahu apa yang bolehnya...

inilah beterinya...
farisyah ni pantang je nampak maskot kat mana2 mesti nak bergambar...




"Anak korang suka tak bergambar dengan Maskot"


10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

Thursday, October 13, 2011

RajinnYa ANak DarAKU....

salam sayang...n good morning....
pagi ni cik jue tak de kat opis ada kerja kat luar...pi KL...
jadi ini N3 autopublishlah....
petang nanti cik jue jalan umah korang ye....


nak cerita kisah anak daraku farisyah yang ter....rajin hari ahad lepas...
weekend lepas rumah cik jue dikunjungi oleh Tok hubby n family
jadi sesi masak2 pun dijalankan...
tapi bukan cik jue yang masak tau diaorang yang masak...
cik jue????
tolong benda yang senang je..potong sayur n goreng ayam sahaja ...:-))
(itu pekara biasa kalau diorang datang ye)
oklah nak tunjuk kerajinan farisyah tolong ibu....
sebab farisyah ni kalau bab dapur memang malas sikit....




pertama kita petik sayur manis nak buat masak sayur air ye....

hasil petikan...buang ekor tuege


hasilnya......



inilah yang terrajin namanya....

10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

Wednesday, October 12, 2011

WW....Mata2 Gelap...

Nak letak gambar nie...korang jangan gelak tau..gambar cik jue buruk sikit tapi nak letak gak...
nak cari part time mata2 gelap...sesuai tak???




ejen pertama...
comelkan....siap peace lagi....

inilak ejen kedua...
hahahaha korang jangan gelak biar aku je yang gelak .....
ejen kedua-



suspek.......









***aku ngantuk..malam tadi aku layan novel****

10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

Menang Teka teki...


Kisah simple di Pagi Hari..
nak kongsi cik jue menang jawab teka teki nie....
sapa nak jawab jomlah.....

.....tO4 kt 6boQ.....

cik jue dah menang....
anjuran kak ana...kakak si anie...



10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

Tuesday, October 11, 2011

UP date kisah Farisyah....

Dah lama rupanya tak up date kisah anak dara nie....
terperasan bila ayu yang bertanya...

alhamdulilah farisyah sekarang makin sihat dan makin membesarkan badan...
tapi dalam2 tue sebenarnya ada kisah terjadi...

raya ke 6 @ 4/09/2011
farisyah masuk wad lagi hypoglycemia jadi kat kg yang ini siap kejang2 tapi sebab kat umah ada
ramai orang..panik kami kurang sikit berbanding sebelum2 ni...
apa lagi warded kat hospital dungun...
kat sini banyak benda buat jue n hubby naik angin..tapi memanglah dia oarang tak de kelengkapan yang cukup n tak nak dengar cakap kita pasal farisyah...
malaslah cik jue nak cerita buat naik angin aje...
alahamdulilah farisyah kembali stabil petangnya..tapi mcm biasa kami kena warded satu hari...

8/09/2011

bezday anak dara ..alahmdulilah termakbur doa nak buat sambutan bezday dia kat sekolah...
"sambut bezday kat sekolah"

20/09/2011
appointment kat IJN...
alhamdulilah perkembangan yang baik..dah tak de apa2 masalah cuma masih belum boleh discharge lagi....takpe tak kisahlah setahun seklai pi iJN janji anak ibu sihat....
Cerita Kat Sini


22/09/2011
appointment kat Hospital Putrajaya...
speech therapy..
lagi sekali keputusan yang mengembirakan...
speech farisyah semkin baik....
masuk jumpa doktor seorang diri....
berborak2 pasal raya dan kisah balik kampung selama 45 minit hanya berdua dengan doktor...
bagus anak ibu....masih ada temunjanji speech pada
3/11/2011.

3/10/2011
appointment pediatric
kisah pasal hypoglycemia...
dan keputusannya ialah....
tak payah buat MRI buat masa sekarang...
alhamdulilah semua organ dalaman
buah pinggang,hati,paru2 limpa.kidney dan pancreas
tiada masalah...
cuma hormon badan farisyah sedikit bermasalah...
kandungan gula dalam darah farisyah memang di tahap bahaya...
kerana ia hilang dengan tiba2 terutama jika dalam keadaan
penat,happy sangat,berdebar2 dan excited...
menjadi masalahnya...kita susah nak control itu semua.....

jadi langkah pertama ...
farisyah kena masuk wad dan kami pilih 15/11/2011
dalam wad nanti farisyah akan di "tensionkan" dengan cara dia berpuasa mulai jam 10 mlm tanpa di drip...nak tengok esok kadar gula dalam darah pada sebelah pagi dan buat prosedur masukkan glukos dalam darah nak ambil darah untuk tengok...
dan tengok keputusannya selepas tue untuk mengetahui langkah seterusnya...
nanti cik jue up date lagi kisah farisyah pasal hypoglycemia nie....

mintak korang tolong doakan kesihatan farisyah
semoga semuanya ok selepas nie....


tempek gambar anak dara sikit..
tinggi 105 cm
berat 17.25 kg...
badan nampak makin bulat




kerana farisyah....
ayah kata ibu dah tak mudah nangis ..ibu dah kuat dan ibu dah keras hati bila farisyah kena cucuk sebab ibu tak nangis mcm dulu ibu dah boleh pujuk farisyah nangis masa farisyah kena cucuk"
semuanya hanya kerana farisyah...





10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

Kisah PortlUck...

Salam Sayang Semua...
kata nak sambung petang semalam tapi banyak kerja...
jadi cik jue sambung hari ni ye...
kisah portluck dgn budak2 kumpulan cik jue...
sebenarnya kisah ni dah lama tapi baru nak cerita kat sini...
portluck ni cik jue tak
bawak apa2 pun..
sebab time diaorang rancang cik jue tak de cuti time tue...
jadi cik jue tumpang makan jelah.....


oklah nak tahu lauk kami ye...
sotong masal lemak + ikan pekasam with kak min
sayur campur with Dina
telur dadar with wani
sambal sardin with dayah
daging masak hitam + nasi with ayu
masak lemak udang + sambal tempoyak with kak safa
air laici...
best korang tahu tak..sampai menjilat jari....

nak tengok gambar kami ....
jomlah


sebelum makan posing dulu ye...

posing lagi..kak min,dayah n ayu...

lauk kami

makan time..

dah habis...

model lauk habis..
kak safa yang kekeyangan...

lagi model lauk dah habis...
si dayah tue mintak nak tambah nasi sebenarnya.....
sorry dayah dah habis.............




memang best buat portluck mcm nie...
nanti kita orang nak buat lagi ..korang nak join jomlah....


10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

Monday, October 10, 2011

Opis Time...

Pagi semua..hari pertama berkerja pada minggu nie...
lama tak betul2 bersiaran..minggu lepas memang minggu yang busy..ari ni pun sama..

duk belek2 gambar yang dah transfer kat komputer..
rupanya banyak gambar tak tempek lagi..
jadi ari ni nak tempek gambar gedik cik jue n kwan2 di hari terakhir
CC faridah sebelum ke Mekah dan terus bersara....



jomlah layan gambar sengal cik jue....


kumpulan kecil kami -semakan 1
ternyata lelaki pupus..hanya 2 lelaki dalam kumpulan kami


aksi bebas kami....

kami yang gegirl....2 cuti bersalin ok...


gambar dibawah versi gedik cik jue ok...
nampak tak cik jue yang terselit tue...

kak dah rindu awak sangat....


gedik dan terus mengedik....





itu jelah nak kongsi ...pasni kongsi gambar kami port luck kat opis lak...


selamat buat kerja semua....

10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

Friday, October 7, 2011

Bajet 2012

Yup Hari ni Bajet...2012
apa yang ada ye??
mintak2 a
dalah yang ok ....
kalau ada alha
mdulilah.........





mood..masih lagi kelaut...kerja masih lagi banyak dan memeningkan kepala


10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

Thursday, October 6, 2011

SmoKing Zone...

Apa Pendapat Korang Kalau Benda mcm Gini ada Kat Malaysia....????



Ok apa.....
asap rokok tue terus naik ke atas ala2 mcm cooker hood tue...
dan alangkah bagusnya kalau semua orang tak hisap rokok.....


sumber :FB member


10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

BloG PerIbaDi-SeGalanYa Hak MiliK aNNa-JuEaNNa