Tuesday, August 30, 2011

Kami Pagi Raya....


Selamat hari semua...
wajah kami sekeluarga di pagi raya....
2011...

kami beraya di sungai buluh....




10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

Selamat HAri RAya....

Selamat Hari Raya Buat semua Yang bAca BloG cik Jue nie...
ampun maaf jika ada salah silap sepanjang perkenalan kita di alam maya ini...
maaf di hulurkan kira sepanjang penulisan ini ada yang terkecik hati...
cik jue hanya manusia biasa yang tidak pernah lari dengan kesilapan...

buat kalian semua....
berhati2 dijalan raya..semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju...

buat family cikjue...
kami akan balik raya hari ke dua...tunggu kami tau....


wawawawawa...sedih kena raya KL dulu....
................Turn Is TurN..................


"N3 ni melekat tau...."

10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

Saturday, August 27, 2011

test sunyi sangat

Percubaan pertama..
Putrajaya nie suyi mcm kena seramg dek garuda..
Aku nak nangis ...tlg nak blk umah mak

Versi xperia

10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

Nak sangKut Kad Raya Nie....



sESI TEMPEK gAMBAR kAD rAYA kORANg NIE..
KASI lINK tAU..NANTI CIK JUE TEMPEK KAT SINI KASI UP DATE..
SAMPAI rAYA oK....


inilah dari
izan @ daddy,mummy,putri-putri


dari amiey @ akuamiey...phewwwiitttt

ZANA aDIEYZA @ ADIEYZA

anje aka mama balqis @ kau tercipta untukmu

dari nad aka mama zakwan @ superhero mama

mama yatie @ Duniaku Disini


dari cha @ it's umi journal

dari anie @Kesah Kami
dari lya @ cahaya hatiku





sapa lagi ye..cepat kasi link cik jue nak post kat sini...














10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

Thursday, August 25, 2011

SeKadar BerKongsi DeNgan mereKa Yang Pernah merasaI...

Suami kehilangan isteri duda,
isteri kehilangan suami balu,
anak kehilangan i
buayah anak yatim,
ibu kehilangan anak?
tiada n
ama..
kerana pahit kehilangan anak tidak tergambar dengan kata


ya allah kau tabahkanlah hati kawan2 yang pernah kehilangan anak y
ang tersayang...
korang semua ibu yang tabah....

ayu
-naufal
ietabella
norfarahim
kamarudin
roslina hanum ramli
alanna Qis
ibu ukasyah



Al-fatihah Buat semua
bidadari serta bidadara syurga....
semoga terus aman bersemadi disana....



10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

Kisah Malam Tadi......Dialog si seorang AnaK......

salam khamis semua..
mood kerja mesti dah takdekan.....
masing2 dah ingat nak cuti raya jekan...
cik jue mood kurang sikit...
nape ye????
mungkin first time nak kena raya kat KL...
tahun nie turn cik hubby.....family belah dia pilih KL untuk beraya tahun nie....
umah mak cik dia kat sungai buluh.....
sapa yang raya kat kL tak nak jemput cik jue datang umah ke????
hahahaha tak malu betul...


oklah sajalah cik jue nak kongsi dialog yang mengelikan hati malam tadi..
kisah seorang anak yang teringin sangat nak kawan bermain di rumah....

si ibu duduk terlentang ...perut kurang selesa...
bila si anak melihat ibunya berkeadaan begitu terus bertanya....
"ibu kenapa..sakit perut ke???
"yelah sakit perut nape..cha nak tolong ibu ke???"
"mari cha dengar"
lalu si anak meletakkan kepalanya di perut si ibu.....lama pulak tue...
tetiba.................
"oh ...adik baby nie...dia cakap -hellllllllllllllllo....."

hahahaha gelak sakan ibu dengan si ayah...
aduh farisyah oh farisyah....
perut ibu takde babylah sayang......

"kadang2 kesian tengok farisyah main sorang2.....nak buat mcm mana takde rezeki lagi...."
moga di bulan ramadhan yang penuh berkat ni ALLAh memakburkan segala doaku....."
AMINNNNNNNNN








10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

Wednesday, August 24, 2011

WW rindu Dia...


tetiba rindu kat budak kecik nie...
Mawardah binti joharizal....


baru 9 bulan...dah boleh jalan.....

oppp saya seksi.....

10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

Tuesday, August 23, 2011

ketagih.................

sapa yang ketagih.....
apa yang ketagih.....
malas nak cakap....

tengok ajelah.....

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

v
v
v
v

inilah rupanya...
padahal masa kecik cik jue tak pernah pun kasi dia tidur dalam buai..
ni cerita kami balik kampung ari tue...buai ni utuk sekecik...
tetiba pulak anak dara ni gatal pi naik....


farisyah oh farisyah....

10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

kisah di pagi hari...





salam semua...
hari ke -23 kita berpuasa..syukur alhamdulilah..semoga terus diberkati...

seperti biasa nak bercerita kisah anak dara pengarang jantung cik jue...
mesti korang bosan baca blog cik jue nikan...asyik kisah anak daraku je...
takpelah kalau korang tak suka janji cik jue suka....

kisah jumaat lepas...
seperti biasa ari jumaat sekolah farisyah memang kena pakai baju kurung...dan baju kurung pun dah di tetapkan oleh cikgu..ala2 mcm uniformlah jugak...
tapi jumaat lepas farisyah tak pakai uniform sekolah sebab ****** (x payah cerita sebabnya..buat malu je)

oklah jomlah kita layan gambar farisyah buat aksi pakai baju kurung baru polko dot ...
first time pakai ingat nak buat raya tapi baju raya kami dah buat yang lain sedondon dengan ibu....jadi tak jadi buat raya pakai jelah .....



1.gambar kat lobi opis.....depan tadika farisyah
2. dalam opis ibu....


1.kat dalam kelas...
2. bergambar dengan auni..(baju yang auni pakai tue..uniform ari jumaat)
3. lagi dalam opis ...


bergambar dengan nenek aka CC faridah...

bergambar dengan Atuk aka CC Hamidon...



setiap pagi farisyah akan singgah opis cik jue dulu..baru cik jue hantar dia sekolah..memanglah dia peramah sangat dengan member2 opis cik jue...
farisyah ni ada ATUK,NENEK,OPAH,MUMY,UMI...
mcm2lah gelaran lagilah...


"AuntY n Uncle Semua..cantik Tak Baju KurunG Cha Nie?????"



10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

Monday, August 22, 2011

BerBuka di SweeTchat Mines






bercerita kisah hujung minggu...
ari sabtu kalau orang lain sibuk duk cari baju raya...
kami ke MInes ada benda nak dibeli......
barang yang kami cari ialah...
"cermin mata baru untuk cik jue"...
cik jue asyik pening je..pastu bila bawak kereta mlm2 jadi mcm berbalang2 ..sungguh bahaya...
memang betul power cermin cik jue naik lagi....
dari 800 jadi 900...aduh memang dah nazaklah mata cik jue nie....

bincang punya bincang ...jam dah pukul 6:45 petang...
semua kedai nak berbuka puasa penuh...
jadi kami ke giant dulu..beli roti n air nak berbuka...
siap berbuka solat maghrid dulu..
dah siap semua baru mencari kedai nak berbuka..
na kami masuk kekedai
'sweet chat"
first time makan kat sini...
dan memang tak sia2...
setiap makanan memang dah siap satu set..
contohnya cik jue order mee kari siap dengan air serta lai chikang panas.......RM 19.90
cik hubby pulak spaghetti beef black paper dengan air n bubur cha-cha yang best RM 16.90..
farisyah pulak..spaghetti n air oren RM 13.90...

tapi hidangan dalam mangkuk n pinggang besar...
memang berbaloi...
cik jue x tangkap gambar makanan..sebab takut korang melelah...
jadi korang layan jelah gambar gedik santai korang...

inilah kafenya..kami duduk sebelah kolam...

antara makanan yang ditawarkan....

ibu dengan farisyah...

ayah dengan farisyah

farisyah dengan cara tersendiri...


10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

Kerana Sarang Semut..Aku Jumpa Dia.....





salam..semua...
mcm mana persiapan raya korang???
alhamdulilah cik jue semuanya oklah.....

oklah korang tahu cik jue jumpa sapa????
tokey kuih sarang semut..................
sapa..ala2 blogger yang top n famous tue..................
NANA aka ibu damia

cik jue mewakili budak2 opis menempah kuih sarang semut ...
semalam farisyah dah rasmi ngan cik hubby...
alhamdulilah memang sedap....
cik jue tak sempat nak borak lama..sebab cik hubby nak cepat ada hal...
kami jumpa kat alamanda...



nana memang peramah betullah..suka dapat jumpa dia walaupun sekejap...
anak daranya Damia..pemalu...tapi bila bila ibu dia suruh ambil gambar..pandai dia ambil gambar...



apa2 pun thanks nana sebab sudi hantar biskut sarang semut sampai PUTRaJaYA.....
dan moga lepas ni kita dapat jumpa lagi dan borak panjang2 tau....


ini gambar yang anak dara cik jue snap....

ingat ibu je jumpa kawan nak ambil gambar..
farisyah pun nak jugak....


10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

Friday, August 19, 2011

Bila MereKa Duduk berdua....

SaLam Ramadhan semua....alhamdulilah kita berada di hari yang ke 19....moga kita semua diberkati ALLAH


aLHAMDULILAH jugak..semakin hari jue dah semakin tenang...
moga ALLAH terus memberi ketenangan ini berpanjang....


berbalik kepada tajuk...
"bila Mereka Berdua"..
sapa yang berdua?????
xtvt apa ye???

jomlah layan...


tengok bila kepala mereka bersatu...

inilah yang dilayannya...


tak tahu games apa dia org layan...


sampai ibu ambil gambar pun tak layan...
inilah jadinya..

"BILA MEREKA DUDUK BERDUA"

10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

Thursday, August 18, 2011

Biarlah ..Bukan Rezekiku...

salam semua hari ni dah masuk 18 hari kita puasa...syukur alhamdulilah....
kalau korang perasan cik jue punya N3 semalam semuanya penuh emosi..begitu jugak dengan FB...
rasa mcm tak boleh nak terima...sedih sangat...sebab semua ni tak jangka jadi...
cik jue malas nak cerita panjang ..cuma cik jue ingin katakan ...
cik jue dah redha apa yang terjadi..walaupun sebenarnya pahit untuk cik jue telan tapi sepahit manapun terpaksa cik jue telan.....

moga apa yang berlaku ini ada hikmah dan ada yang lebih baik akan menunggu cik jue...
rezeki ALLAH taal di bumi ini luas ada dimana ....

dan kata ini buat aku redha....10Q my sis..love u so much

setiap apa yg berlaku mesti ader sebab & musababnya. adr hikmah yg tersembunyi.Allah jua yg maha mengetahui.REzeki tu bkn terletak kt tagn diorg.Akan ada balasan bg org yg menzalimi org yg lain.semoga kita x termasuk dlm gologngan itu.Amin

......klik untuk pembesaran...


seperti kata
LYA aka Mama AsYa

Bila aku di uji...
Itu salah satu bentuk kasih sayang yang Allah tunjukkan..
Ya Allah... Tunjukkan jalanMu..




tq for all my friends....


10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

12 Kesilapan Yang Biasa Dilakukan Semasa Ramadhan & 2 Amalan Penting Dalam Bulan Ramadhan

Tulisan : Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

Dalam post kali ini, saya ingin kongsi maklumat dengan mengenai “12 kesilapan yang biasa dilakukan semasa Bulan Ramadhan” oleh kebanyakan kita.
Check la diri masing-masing. Kalau kita tergolong dalam kalangan orang yang disebutkan dalam artikel ini, mari kita perbaiki sama-sama

12 Kesilapan Yang Sering Dilakukan Dalam Bulan Ramadhan

* 1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam).
Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith,

Ertinya :“sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu” (Riwayat al-Bukhari)

* 2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam .

Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda.
“Sahur” itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma’bud, 6/469).

Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

* 3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain .

Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.
Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya :
” dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar” (Az-Zariyyat : 18)


* 4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih.

Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya
“Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam”.
(Fath al-Bari, no 936).

Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

* 5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.

Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang.
Justeru, ‘ponteng’ solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering’ pastinya.

* 6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih.

Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

* 7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah.

Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari.
maka,
“Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat”. (Riwayat al-Bukhari)

* 8)Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa.

Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

* 9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.

Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah.
(al-Jami’ as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)


* 10) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah’ bagi sahur.

Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren’ yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat.
Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu.

Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)

* 11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat.

Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki.
Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

* 12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka .

Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-
Ertinya :
“Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi”
( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

Ertinya : “Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak”
( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)



2 Amalan Penting Dalam Bulan Ramadhan

Bagaimanakah dengan puasa anda semua? Saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan diri saya khususnya, dan anda semua untuk kita sama-sama amal kan 2 amalan penting yang Nabi SAW sangat tekankan untuk diamalkan dalam bulan Ramadhan ini.

Apakah 2 amalan itu yang penting itu ;

Amalan 1
Sentiasa amalkan 4 zikir ini iaitu ;
1. Istighfar (mohon keampunan)
2. Ucap syahadah (Laailaha illallah, Muhammaddur Rasulullah)
3. Berdoa mohon Syurga
4. Berdoa mohon keredhaan Allah ta’ala

Ia bertepatan dengan hadith Nabi SAW yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi seperti berikut ;

“4 Jenis zikir yang tidak patut ditinggalkan oleh setiap muslim sepanjang Ramadan. Pertama, mengucapkan istighfar (memohon ampun), kedua memperbanyakkan ucapan syahadah, ketiga berdoa meminta syurga dan keempat memohon keredaan Allah.”



Amalan 2
Memperbanyakkan bacaan al-Quran (bertadarus Quran) kerana Ramadhan ialah Bulan al-Quran.

Para jumhur Ulama’ mengetahui hubungan antara bulan Ramadhan dan Al-Quran, sehingga perhatian mereka sangat fokus kepada Al-Quran di bulan ini. Antaranya, Imam Malik tidak memberikan fatwa dan mengajar pada bulan Ramadhan dan beliau berkata bahwa Ramadhan adalah bulan Al-Quran.

Imam Syafi’ie setiap bulannya menghatamkan Al-Quran sebanyak 30 kali dan sebanyak 60 kali pada bulan Ramadhan.

Imam Ahmad menutup kitab-kitabnya dan mengatakan bahwa Ramadhan adalah bulan Al-Quran.



Kita bagaimana? Ke manakah masa kita dihabiskan dalam bulan Ramadhan ini?
Ayuh kawan-kawan, mari kita berlumba-lumba dalam merebut bonus Ramadhan yang dikurniakan khusus oleh Allah ta’ala kepada ummat Nabi Muhammad SAW ini.
InsyaAllah kita masih ada 2/3 Ramadhan lagi yang bakal menyusul. Ayuhhhh…jangan lepaskan peluang sementara hayat dikandung badan
Sekian, semoga ada manfaat & selamat beramal.

10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

Wednesday, August 17, 2011

ApA Yang Aku RAsa....


MOOD :
masih tertekan

STATUS :
kita orang bawahan...

UCAPAN :
terima kasih atas apa yang korang lakukan kat aku moga satu hari nanti ada balasan untuk korang....walaupun aku redha tapi ia mempengaruhi masa depan aku dan keluargaku....




10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

WW...Mood


hati ini betul rawang kes semalam...
tak pelah mungkin rezekiku cukup disampai sini...
aku redha tapi kekecewa tetap melekat kat hati aku n hubby...
sabarlah abang...

10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

Tuesday, August 16, 2011

Bila Dia Merajuk...


Nak Kongsi sekeping gambar....
bila anak daraku merajuk....
biasa kita tengok gambar farisyah yang suka tersenyum je kan...
kali ni ni ambil kau muncung boleh ikat gitu..........






10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

10Q n Nak jawab soalan Nie...


Salam semua....
hari ke 16 kita berpuasa..semalam cik hubby belanja makan kat luar "makan besar"

pertama sekali terima kasih buat korang semua yang doakan kesihatan farisyah...
terima kasih banyak2...
kerana sudi membaca dan berkongsi rasa cuak,berdebar dan segala2nya atas apa yang terjadi pada anak daraku.....

sebenarnya farisyah dah setahun kena "hypoglycemia"...
sapa sekarang masih belum tahu lagi punca....
dan setakat ni doktor hanya mengesahkan metabolisma farisyah amatlah tinggi
jadi farisyah kena selalu makan...
n tak bolehlah puasa mcm budak lain...

kisah dia bermula disini...
nyawaku hampir melayan -bulan 4/08/2010...
(ini kes pertama dan teruk)

kali kedua
(bulan 12/2010)
ini sakit perut biasa je..cuma darah dia rendah bawah 3.0 je...
tak kena tahan wad pun....
dia muntah jugak tapi tak pitam.....


kali ketiga:
farisyah masuk wad (bulan 3)
yang ini darah dia stabil lagi...



kali keempat:
alhamdulilah dan terima kasih (20/04/2011)

dan
yang ini kali ke 5...
nyawaku hampir melayan versi 2




tapi yang pertama dan ke 5 tu paling teruk sebab farisyah dah tak sedar langsung n keaadan memang teruk gila...
sebab mcm ada sesuatu yang tercekit dekat leher dia...
nafas pun dah putus2 masa tue.....


kami memang sediakan...
hypo kit-dalam tue ada benda yang nak chek darah
(below 3.0-2.5 kena bawak pi hospital)
serbuk glukosa
(emergency kalau jadi mcm ari tuelah)
air rebina @ gula lolipop...
tak kisahlah janji gula dia berjalan lancar

apap2 pun terima kasih banyak2 buat kalian semua...
doakan yang terbaik buat farisyah...
appoiment farisyah bulan 10 nanti..
kalau ada yang tak memuaskan hati..
farisyah akan jalani "MRI"





10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

Monday, August 15, 2011

Nyawaku Hampir melayang Versi 2

salam semua..dah 15 hari kita menjalani ibadah puasa...semoga segala ibadah yang telah kita lakukan mendapat keberkatan dari Allah....

Dalam menjalani ibadah puasa ini.kami di uji lagi dengan kesihatan farisyah..namun kami redha dengan apa yang Allah tentukan kepada kami.... berbalik pada tajuk..kenapa versi 2...sebab kisah versi pertama setahun yang lepas....
"nyawaku hampir melayang"

pagi jumaat kami bertolak dari rumah seawal 6:30 pagi untuk pulang berpuasa di kampung sebab tahun nie raya pertama kami raya belah hubby..
farisyha pagi tue oklah tarik beg princess sambil nyanyi...
lagu balik kampung..
dia memang pantang balik kampung memang suka sangat...

cik hubby bawak kereta lajulah jugak
sampai stesen minyak SHELL gombak kami berhenti nak isi minyak dan beli makanan untuk farisyah...
lepas beli makanan je nak gerak..
farisyah yang tengah tidur bangun terduduk..dan muntah...
cik hubby angkat dia keluar dari kereta...
farisyah dah mula lembik...
ambil hypo kit kasi makan serbuk glukos yang kami bekalan...
pastu ambil air ribena kasi minum...
farisyah dah mula bagi respon yang baik...buka mata...hubby kasi makan sosej..
tak habis sebatang muntah lagi...
dan kali ni terus down ....
mata dah tak buka..tubuh mula mengigil....n mulut menerang dan seperti orang sesak nafas... kami terus bawak pi hospital....
hospital terdekat hospital selayang....
dalam keadaan jalan mr2 yang jem kami redah...
mulut cik jue n adik tak habis2 panggil nama farisyah ... tampar pipi dia.. untuk dia kasi respon...
alhamdulilah bila tampar dia kasi respon dengan Mengerang lebih kuat...
tapi bila kita tak tampar suara makin kurang...
kami ni tak tahu hospital selayang..... kami redahje ikut sign board ...
sebab jalan jem...kami hon kereta ..
.cik jue menjerit2 suruh orang ketepi...
alhamdulilah rupanya rakyat malaysia ni masih lagi perihatin....
mereka ketepi bagi kami lalu....
kami dan hilang arah sebab sign board ke hospital tue tetiba patah..
tak tahu simpang mana kami nak ikut...
cik hubby mula mengelabah...
keaadan farisyah makin teruk...adik n cik jue mula menangis....
kami dah tak boleh nak kawal diri masa tue... mulut tak putus2 panggil farisyah ....
selawat banyak..mengucap panjang... dalam hati hanya tuhan je tahu...
nasib baik kami jumpa kereta peronda polis....
cik hubby ketuk cermin kereta polis tue ...n dia tolong bawakkan kami kehospital selayang.... sampai di hospital ....
kami terus masuk ke zon kritikal...
nasib baik pihak hospitalkan kami masuk....
surat doktor memang cik jue bawak n mereka tahulah apa nak buat...
seperti biasa... doktor ambil darah...
gula hanya 1.02 sahaja....sungguh rendah....
doktor terus cucuk glukos dalam saluran darah... n farisyah bagi respon...
terus sedar dan menangis panggil cik jue....
lepas siap semua prosedur... farisyah kenalah tahan kat wad....
alhamdulilah lepas tu farisyah kembali norma seperti biasa... tapi kena jugak chek darah 2 jam sekali... pekara biasa yang cik jue alami kalau farisyah kena tahan wad...
kena cerita balik kisah yang jadi... jadi kalau korang berhadapan dengan kes2 kecemasan mcm nie..pastikan korang tengok jam dan ingat balik sebab kita nak cerita ni kat doktor ...maklumat ini semua penting...

selepas farisyah dah sedar mcm biasa ....mula2lah di menunjukkan ke aktifan dia...
kerana kami nak balik kampung...

setiap kali doktor yang memantau farisyah mulut sekecik tu mintak nak balik rumah moktok.. doktor mintak kami bermalam satu malam lagi..

tapi sebab farisyah duk bising nak balik..dan kami ada HYPOKIT sendiri..
doktor benarkan kami balik dalam pukul 5 petang selepas doktor berpuas hati dengan darah farisyah....
kami terus balik terengganu..dan alhmdulilah kesihatan farisyah ok sepanjang perjalanan dan sampailah hari ni....
cuma dia ada batuk2....

inilah kisah farisyah....
moga ALLAH jauhkan farisyah dari penyakit2 yang berbahaya....
"sedih tengok budak2 yang ada promblem hati ka hospital selayang....sayu hati tengok ibu2 yang tabah melayang kerenah anak menunggu penderma hati walaupun doktor beritahu peluang hanya 50/50 je"


masa ni masih belum pulih sepenuhnya...

kesian anak ibu...

ok dah baik...

bertambah baik...

10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

Thursday, August 11, 2011

Mana HiLang Nie....

Salam Ramadhan hari Ke 11-
masih belum berbuka kat luar...
lewat mcm mana pun tetap masak....
yang penting malam ni @ esok nak balik umah mak cik jue @ ketengah jaya... terengganu....

mood :happy sangat
status:Lalalala Nak BAlik Kampung

apa yang hilang nie...
dah lama ke hilang????


yang hilang tue ...
BE dari NuFFnanG...
Lama duk Intai2
BE baru satu pun Tak Muncul....
Selepas SeMua Dah Bertukar Me seJak 2 MinGGu Lepas...
sampai sekRang Tak de BE....


LALALALALA
NuffNang sayang KasilAh BE...
Boleh Buat BeLanja Naik Raya.....



"agak2 nuffnang kasi Tak......n Tahniah Buat Teman2 Blooger Yang Telah 'mengcashkan " cek dari NuffNang ...Boleh Buat Belanja Raya....."

...............ye DoK...................




10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

Wednesday, August 10, 2011

Lulus Gak satu Paper


suka happy hahaha.....
aku lulus satu paper kpsl.....
mesti korang pelik lulus satu paper kandas lagi dua tapi nak tempek kat sini gak...
sebabnya
bukan senang nak lulus,tengok soalan mcm mudah tapi nak lulus separuh mati tau....dan akhirnya kau lulus gak satu paper..tahun depan ambil lagi dua paper....harap2 luluslah dua2 kalau tak lulus satu pun jadilah.....
buat cik hubby sayang - ibu tahu abg baca blog ibu nie... jangan jeles ok... first time ibu boleh lulus sebelum abang time exam kalu tak asyik abang je dapat ok pada ibu....nanti kita study sama2 ok sayang.....


bukti akU lulus satu paper KPSL....



10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

DeNGan PatunG pun BoleH...




alhamdulilah hari dah 10 hari kita sudah berpuasa............moga ibadah kita terus diterima oleh ALLAH
Berbalik pada tajuk..anak dara cik jue nie kalau bab posing kat mana2 pun boleh..... oklah cik jue tak boleh nak cerita banyak... jadi kita layan jelas gambar... bersama patung di kedai baju ...at JB

farisyah suka baju yg patung pakai tue..


farisyah memang suka posing pantang tempat cun mesti nak posing...
"ibu cepatlah ambil gambar farisyah nie"



anak daraku sayang.....

10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

Tuesday, August 9, 2011

Jom Kongsi BF punYa Cerita

setiap ibu pasti ingin merasa mcm mana nikmatnya BF buat anak2 kita..
begitu jugak dengan cik jue namun cik jue hanya rasa sekejap aje...
sedih sangat bila orang bercerita BF nie...
masa mengandungkan farisyah memang dah pasang niat nat BF farisyah tapi lain pulak yang jadi...

masa lahirkan farisyah ....
farisyah lemas jadi kena pakai oksigen sehari...alhamdulilah masa tu cik jue dah oklah...
sebab farisyah lahir pukul 5:32 petang..esoknya baru cik jue baru boleh pegang n tengok farisyah..
first time susukan T****..terharu betul tapikan susu tak keluar jenuh cik jue picit dengan bantuan mak cik jue dapat susukan farisyah tapi sedikit sangat dan dia mula menangis sebab lapar...
lepas tu cik jue demam..tapi bukan sebab bengkak k***k tapi memang suhu badan cik jue tak menentu...

walaupun susu tak de cik jue cuba jugak nak susukan farisyah..dan budak tue pulak melalaklah lapar...
masuk hari ke 5 demam cik jue masih lagi turun naik..n nak hantar ke hospital kuala terngganu..
sebab cik jue dah tahu memang cik jue ni jenis demam yang susah nak kebah jadi cik jue mintak balik...n hubby sain semua dokumen tanggung risiko kalau ada apa2 jadi kat cik jue.....

balik rumah mak panggil tukang urut..bila dia urut pegang badan dia kata ....
"mung ni tak de susu ye"....n dia pun suruhlah minum air karet putih n mcm2lah petua untuk keluarkan susu..tapi masih tak de....

cik jue hanya sempat susukan farisyah masa dalam pantang..tu pun dah campur dengan susu formula...cik jue dapat susukan farisyah sekali sehari je...untuk kasi dia kenyang dengan susu cik jue.....

cukup aje 40 hari habis pantang..susu pun kering dengan sendiri...
sedih tak dapat rasa kenikmatan menyusukan anak sepenuhnya.....

tulah cik jue berazam sangat ...
kalau dapat anak nombor dua cik jue nak BF dia sepenuhnya dalam pantang...
jadi sudilah kiranya..korang semua kongsi...
mcm mana nak banyakkan susu...
mcm apa korang makan masa mengandung??
atau apa2lah...
cik jue nak prepare awal2..biar impian cik jue tercapai...


tolong ye para ibu yang bF ...
DeJ wani aka ibu Muda
ayu aka Iceboxrivet

dan sapa2lah...yang menyusukan anak dengan jayanya..
please tolong cik jue ok...


10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

BAju Raya Tak Jadi Nak Raya....


Alhamdulilah HAri Ke 9 Kita BerpUasa...
Moga AllaH memberkati kIta semua....
Sepanjang bUalan puasa Ni Tak de Appoiment Untuk Farisyah....lega sikit Dapat Bercuti Selama sebulan TanPa perlu Ke Hospital....

tapi bulan 9 terus ada dua...
20/09/2011 - IJN
22/09/2011 -putrajaya....

opsssss
kita berbalik kepada tajuk....
kisah baju raya tak jadi nak pakai raya...
cik jue dah beli baju raya farisyah sebelum puasa..
bukan semangat tapi memang dari dulu lagi memang mcm tue setiap tahun...
kami akan beli baju farisyah sebelum puasa
tahun ni kami hanya beli
4 t'shirt
1 helai seluar Jens (sebab yang tahun lepas ada boleh pakai lagi 2 helai )
2 pasang dress....
dan
dua pasang baju kurung...
1 sedondon dengan ibu dia :-))

dan my mum aka mak tok
telah menjahit satu dress ala princess untuk cucunya...
maka
sepasang dress telah dipakai oleh anak daraku kerana
rasanya banyak sangat nak pakai time raya....
(hahaha ibu dia gatal pakai untuk anak dara dia)

oklah layanlah baju raya yang tak jadi raya oleh anak daraku nie....

cantik tak baju cha...


posing itu penting...

peminat angry bird


atas ESCALATOR pun jadi...

10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

Monday, August 8, 2011

syukur alhamdulilah...


dengan senang hati dan gembiranya.............................
alhamdulilah rezeki di bulan ramadhan...............................
dapat bonus walaupun tak sebanyak syarikat swasta
tapi syukur ................
syukur...syukur............................



alhamdulilah....


10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

bUkan RezekiKu Lagi

salam Ramadhan pejam celik pejam celik..dah 8 hari kita puasa..semoga allah memberkati puasa kita semua...


Dua minggu kebelakangan nie..
cik jue hari2 pening,tak sedap perut,nak muntah dan mcm2lah..ala2 macam "morning sickness" tapi ni bukan pagi je petang pun sama.....
jadi disebabkan hari ni cukup 3 bulan bendera merah tak berkibar...
pagi2 sebelum sahur cik jue dengan perasaan yang berdebar2,cuak,takut n happy buatlah test...
dan hasilnya ......
"bukan rezekiku lagi"

hanya satu je garisan yang muncul...
tapi takpelah cik jue tak rasa kecewa pun sebab dah selalu sangat mcm gini cuma...

cik jue pelik kenapa cik jue selalu pening2 n nak muntah???
kalau dah lama tak datang period memang mcm gitu ke???
kalau korang tahu bolehlah kiranya korang semua kongsi dengan cik jue serba sikit...
jasa kalian amatlah cik jue hargai...



10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

Saturday, August 6, 2011

6 Tahun Sudah HappY Anniversary

Alhamdulilah Syukur Kehadrat Ilahi Kerana Hari Ini Genap 6 TAhun kASIH cik Jue n cIk HubbY bersatu... sYUKUR yA aLLAH kERANA mEMEbERI kaMI kESEMPATAN uNTUk hidup bersama... SyukUr YA ALLAH sebaB membEri kami seOrang zUrIat Yang Menjadi PeNeman HiduP KAmi Berdua... SyUkur Ya ALLAH, SyukuR Ya AllAh.... MoGA hUbunGan Ini Akan Kekal Selamanya.... MoGa Kami diPAnjangKan Umur, diMurahKan RezeKi SertA di Beri serIBu KeberKAtan HiduP...AmInnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

Friday, August 5, 2011

9 Tahun Ku Menyenalimu....6 TAhun Kami Bersama

syukur pada allah kerana memanjangkan umur...
syukur padamu ya ALLAH kerana jodoh yang telah kau tetapkan kepadaku...

9 tahun yang lepas (1 ogos 2003)

aku diterima untuk menjawat jawatan di dalam GOV...
sepanjang hidupku tidak pernah aku berpisah dengan keluargaku kecuali time aku belajar je dulu..
tu pun tak jauh dari rumah....
aku rasa keseorangan......
tetapi "dia " menghulurkan salam perkenalan...kerana time tu dia pun sama2 lapor diri bersamaku...
dari situ aku menjadi kawan baik dia,teman bergaduh dan teman dia berkongsi masalah denganku...

bertarikh
3/11/2003 (hari kedua berpuasa)

di melamarku ingin menjadi suri dihatinya...
status kawan baik ingin ditukarnya menjadi pasangan untuknya...
alhamdulilah mungkin sudah tersurat jodohku untuknya....
akhirnya aku menerimanya dengan seikhlas hatiku....

9/02/2005
aku sah menjadi tunangan orang


dan

6 tahun yang lepas....
(06/08/2005)

aku sah menjadi suri di hatinya...
alhamdulilah..
pelbagai dugaan yang kami tempuhi bersama
manis pahit semuanya ada tapi
alhamdulilah kami dapat tempuhi bersama .......




10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

BloG PerIbaDi-SeGalanYa Hak MiliK aNNa-JuEaNNa