Monday, October 31, 2011

Hukum GaNtuNg GamBar kelUarga di dalam RuMah

Aku ada sedikit keliru dengan isu  pengantungan gambar keluarga di dinding rumah...
sebab orang yang mempertikaikannya adalah family terdekat dengan aku....
jadi pagi ni aku berusaha mengoogle hukum nya..dan hasilnya ialah...


kongsi dari USTAZ NOR AMIN dan beberapa lagi laman web yang lain

Soalan yang diajukan :

Apa hukumnya kita menggantung gambar bernyawa didalam rumah. Contoh gambar kita menerima sijil?

Jawapannya

Menggantungkan gambar yang bernyawa di dalam rumah ialah seperti gambar binatang, gambar orang atau gambar keluarga tuan rumah. Setelah saya meneliti masalah ini bahawa memang haram dan Nabi melarang umatnya meletakkan gambar bernyawa di dalam rumah, kerana malaikat rahmat tidak masuk di dalam rumah untuk memberikan rahmat. Hadis Nabi yang bermaksud :
Dari 'Aisyah r.a katanya, dia membeli bantal-bantal kecil bergambar-gambar. Maka tatkala Rasulullah SAW melihat bantal-bantal tersebut baginda berhenti di muka pintu dan tidak terus masuk. Aku tahu dari wajah baginda bahawa baginda tidak senang. Berkata 'Aisyah: "Ya Rasulullah! Aku bertaubat kepada Allah dan Rasul-Nya. Apakah kesalahanku? Rasulullah SAW kembali bertanya: "Bantal-bantal apakah itu?" Jawab 'Aisyah, "Aku membelinya sebagai tempat duduk anda atau tempat anda bersandar." Sabda Rasulullah SAW: "Pelukis gambar-gambar ini akan diseksa di hari kiamat seraya dikatakan kepada mereka: "Hidupkanlah gambar-gambar yang kamu lukis itu!" Kemudian baginda bersabda: "Sebuah rumah yang terdapat di dalamnya gambar-gambar (haiwan), malaikat tidak mahu masuk ke dalam rumah itu." (Riwayat Muslim)

Berkata Imam Manawi : Yang dimaksudkan dengan gambar pada hadis ini ialah suatu yg mempunyai ruh sekalipun tidak mempunyai bayang dan tidaklah termasuk dengan gambar yg tidak mempunyai ruh seperti pohon-pohon kayu. Dan yang dimaksudkan dengan malaikat pada hadis ini ialah malaikat yg membawa rahmat kepada penghuni-penghuni rumah.Adapun malaikat pencatit amal tiadalah berpisah ia dari seseorang anak Adam.
Haram bagi orang yang meletakkan gambar atau patung yang bernyawa di rumah-rumah mereka, sama ada separuh gambar atau sempurna gambar tersebut. Tiada mengapa dan diharuskan meletakkan gambar yang berbentuk pohon, kapal, rumah, ayat Al-Quran, Kata-kata hikmah, kereta, motorsikal dan sebagainya.

Hal di atas beza dengan gambar-gambar fotografik yang dihasilkan oleh kamera dan video. Harus bagi sesiapa yang ingin meletakkan atau menggantungkan gambar fotografik di rumahnya. Jika gambar fotografik tersebut mengandungi unsure-unsur pemujaan, mendedahkan aurat, mengagungkan gambar tersebut dan seumpamannya, maka hukumnya adalah haram dan bersesuaian dengan pendapat Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam buku Seni Dalam Islam :

"Hukum gambar-gambar fotografik pada asalnya harus selagimana gambar tersebut tidak mengandungi unsur-unsur yang diharamkan seperti mengagungkan gambar seseorang yang mempuyai kemuliaan dalam agama ataupun disebabkan kedudukan dan pangkat yang dimilikinya, apatah lagi sekiranya orang yang diagung-agungkan terdiri daripada orang kafir, fasiq, penyembah berhala, komunis ataupun tokoh-tokoh seni yang menyeleweng.
"

Pandangan saya, gambar manusia atau makhluk bernyawa yang dihasilkan oleh seni lukisan, adalah haram sepertimana yang terdapat di dalam hadis di atas. Di haruskan gambar dari hasil seni lukisan bukan gambar manusia dan makhluk bernyawa seperti gambar pemandangan, masjid, rumah, kereta dan seumpamanya. Harus juga bagi gambar yang dihasilkan oleh kamera atau video untuk digantung atau diletakkan di rumah bukan bertujuan penyembahan, mengagungkan, gambar yang tidak mendedahkan aurat, gambar orang kafir dan seumpamanya. Gambar kamera yang dibolehkan adalah bertujuan sebagai kenangan, tanda kekeluargaan dan seumpamanya.




 maknanya tak salah aku nak frame gambar aku dan keluarga didinding rumah sebagai kenangan...

10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

23 comments:

~ yus ~ said... [Reply]

jue...

akak pun pernah kena tegur pasal ni oleh orang terdekat, dan akak google gak mcm jue cari maklumat...

Kesimpulannya mmmg tak salah kan, tp sbb orang dah tegur, akak simpan semua gambar yg ada unsur riak. Takut orang kata riaklah, mcm masa ambil sijil, konvo semua, gambar keluarga pun satu je akak letak, tu pun di bilik bacaan. Yang mana di ruang tamu, semua akak alihkan...:)

airis naufal said... [Reply]

huh.. berpeluh ketiak sblum bace smpai habis tadi.. mati nak tanggung dosa org2 yg dh tmpah frame.. tapi senyum je bile bace bari2 yg bawah skali.. HARUS hukumnya.. alhamdulillah... nak share boleh x kak jue

LYAfrina said... [Reply]

y penting tu niatkan..

cik Jue Aka Ibu Farisyah said... [Reply]

kak yus:
takut jugak tapi bila dah tahu alhamdulilah lega...

cik Jue Aka Ibu Farisyah said... [Reply]

ayu:ok sharelah...kak jue mula2 cuak nak mampus takutlah berdosakan...

cik Jue Aka Ibu Farisyah said... [Reply]

lya:betul yang penting niat

Cik E said... [Reply]

salam,

saya memang tercari2 pandangan/ artikel camni..

thanks kerana kongsikan bersama kami..
lepas ni boleh la gantung gbr keluarga byk2 tanpa rasa was2

aanie said... [Reply]

huhu..alhamdulillah..dah boleh letak dah....

amiey lee said... [Reply]

wahh cik jue takutnye..sbb kta ada gmbar potret..harus diturunkan nih

eB ezrin said... [Reply]

alhamdulillah, kdg2 oeg suker beratkan yg spttnyer pn... :)

Salina@IbuAqil said... [Reply]

TQ cik jue.. Share this.. Inapun pernah dgr benda ni.. ;)

cik Jue Aka Ibu Farisyah said... [Reply]

amiey :boleh kalau free keluarga..

ch@ said... [Reply]

kita pun pnh terbaca artikel pasal ni, tapi yg penting bkn nya kita gantung utk memuja gmbr tersebut. just gantung je, perhiasan semata-mata.

Zue AnnaLeeya said... [Reply]

aduhhh... ingat xleh letak td...
klu tak balik keje karang kenela angkut wat turun seme... huhu...
apepon bagusla share info nih...

nak mtk share blh????

MamaYatie said... [Reply]

Alhamdulillah...time kasih banyak Jue...akak mmg nak buat search pasal ni sebab bbrp minggu lepas duk argue ngan hubby...dia kata tak boleh & dia dah turunkan semua frame gambor..huhu...terjawab semua persoalan ku...tq yer

Amy Syaquena said... [Reply]

dulu amy suka sangat gantung2 gambar la ni x de dah..bila dah tahu macam nie..

Nafisa81 said... [Reply]

kalau perasan...tiap pejabat kerajaan ada gambar agung dan permaisuri, sultan negeri, menteri beasr...hmmm...atas dasar apa ye gambar2 tu diletakkan?? takkan kenangan...nak kata puja takkan puja pulak...

SYANI said... [Reply]

Terima kasih atas info ni.. Memang kat rumah ada gak gantung gambar kawin tapi dalam bedroom la.. Kat ruang tamu memang tak letak apa² gambar.

Saya folo blog ni jugak...

Izah said... [Reply]

mintak share yer..tenkiu..

suharni hussin said... [Reply]

http://fiqh-sunnah.blogspot.com/2008/05/94-larangan-membuat-menggantung-gambar.html?m=1

Kalau Ikut link diatas,tetap haram wpun gbr family@kenangan..

Azreen Adnan said... [Reply]

Ikut pemahaman sy tetap haram juga

Azreen Adnan said... [Reply]

Kalau ikut pemahaman sy bila baca ni tetap haram..xtau la kan

Azreen Adnan said... [Reply]

Ikut pemahaman sy tetap haram juga

BloG PerIbaDi-SeGalanYa Hak MiliK aNNa-JuEaNNa