Monday, August 15, 2011

Nyawaku Hampir melayang Versi 2

salam semua..dah 15 hari kita menjalani ibadah puasa...semoga segala ibadah yang telah kita lakukan mendapat keberkatan dari Allah....

Dalam menjalani ibadah puasa ini.kami di uji lagi dengan kesihatan farisyah..namun kami redha dengan apa yang Allah tentukan kepada kami.... berbalik pada tajuk..kenapa versi 2...sebab kisah versi pertama setahun yang lepas....
"nyawaku hampir melayang"

pagi jumaat kami bertolak dari rumah seawal 6:30 pagi untuk pulang berpuasa di kampung sebab tahun nie raya pertama kami raya belah hubby..
farisyha pagi tue oklah tarik beg princess sambil nyanyi...
lagu balik kampung..
dia memang pantang balik kampung memang suka sangat...

cik hubby bawak kereta lajulah jugak
sampai stesen minyak SHELL gombak kami berhenti nak isi minyak dan beli makanan untuk farisyah...
lepas beli makanan je nak gerak..
farisyah yang tengah tidur bangun terduduk..dan muntah...
cik hubby angkat dia keluar dari kereta...
farisyah dah mula lembik...
ambil hypo kit kasi makan serbuk glukos yang kami bekalan...
pastu ambil air ribena kasi minum...
farisyah dah mula bagi respon yang baik...buka mata...hubby kasi makan sosej..
tak habis sebatang muntah lagi...
dan kali ni terus down ....
mata dah tak buka..tubuh mula mengigil....n mulut menerang dan seperti orang sesak nafas... kami terus bawak pi hospital....
hospital terdekat hospital selayang....
dalam keadaan jalan mr2 yang jem kami redah...
mulut cik jue n adik tak habis2 panggil nama farisyah ... tampar pipi dia.. untuk dia kasi respon...
alhamdulilah bila tampar dia kasi respon dengan Mengerang lebih kuat...
tapi bila kita tak tampar suara makin kurang...
kami ni tak tahu hospital selayang..... kami redahje ikut sign board ...
sebab jalan jem...kami hon kereta ..
.cik jue menjerit2 suruh orang ketepi...
alhamdulilah rupanya rakyat malaysia ni masih lagi perihatin....
mereka ketepi bagi kami lalu....
kami dan hilang arah sebab sign board ke hospital tue tetiba patah..
tak tahu simpang mana kami nak ikut...
cik hubby mula mengelabah...
keaadan farisyah makin teruk...adik n cik jue mula menangis....
kami dah tak boleh nak kawal diri masa tue... mulut tak putus2 panggil farisyah ....
selawat banyak..mengucap panjang... dalam hati hanya tuhan je tahu...
nasib baik kami jumpa kereta peronda polis....
cik hubby ketuk cermin kereta polis tue ...n dia tolong bawakkan kami kehospital selayang.... sampai di hospital ....
kami terus masuk ke zon kritikal...
nasib baik pihak hospitalkan kami masuk....
surat doktor memang cik jue bawak n mereka tahulah apa nak buat...
seperti biasa... doktor ambil darah...
gula hanya 1.02 sahaja....sungguh rendah....
doktor terus cucuk glukos dalam saluran darah... n farisyah bagi respon...
terus sedar dan menangis panggil cik jue....
lepas siap semua prosedur... farisyah kenalah tahan kat wad....
alhamdulilah lepas tu farisyah kembali norma seperti biasa... tapi kena jugak chek darah 2 jam sekali... pekara biasa yang cik jue alami kalau farisyah kena tahan wad...
kena cerita balik kisah yang jadi... jadi kalau korang berhadapan dengan kes2 kecemasan mcm nie..pastikan korang tengok jam dan ingat balik sebab kita nak cerita ni kat doktor ...maklumat ini semua penting...

selepas farisyah dah sedar mcm biasa ....mula2lah di menunjukkan ke aktifan dia...
kerana kami nak balik kampung...

setiap kali doktor yang memantau farisyah mulut sekecik tu mintak nak balik rumah moktok.. doktor mintak kami bermalam satu malam lagi..

tapi sebab farisyah duk bising nak balik..dan kami ada HYPOKIT sendiri..
doktor benarkan kami balik dalam pukul 5 petang selepas doktor berpuas hati dengan darah farisyah....
kami terus balik terengganu..dan alhmdulilah kesihatan farisyah ok sepanjang perjalanan dan sampailah hari ni....
cuma dia ada batuk2....

inilah kisah farisyah....
moga ALLAH jauhkan farisyah dari penyakit2 yang berbahaya....
"sedih tengok budak2 yang ada promblem hati ka hospital selayang....sayu hati tengok ibu2 yang tabah melayang kerenah anak menunggu penderma hati walaupun doktor beritahu peluang hanya 50/50 je"


masa ni masih belum pulih sepenuhnya...

kesian anak ibu...

ok dah baik...

bertambah baik...

10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

20 comments:

wahida said... [Reply]

ya Allah takutnya cik jue...alhamdulillah farisya tak de apa2..

semoga farisya terus sihat...

amiey lee said... [Reply]

alhamdulillah farisyah bertambah baik..smoga baik selalu..ye sayang...
muah tuk farisyah

aanie said... [Reply]

sy baca ni meremang bulu roma...takut...semoga cikjue tabah menghadapi ujian ini....dan semoga farisyah cepat sembuh...amin..

Amiizaa2001 said... [Reply]

paniknyaaa......mengalir air mata....syukur farisha dah sihat :)

anie said... [Reply]

fuhh semangat baca citer ko nie jue..bedebar2 aku tau..alhamdulliah farisyah da ok..
hopefully pasni xbelaku da perkara macamnie lagi kan...

ummiaqeef said... [Reply]

get well soon ya!

Sabihah said... [Reply]

Ya Allah..takutnya baca kisah ni...smoga farisyah diberi kesihatan yang baik lepas ni...aminn

Nad @ MamaZakwan said... [Reply]

cik jue, terkejut tgk gmbr farisyah kt hosp..moga cepat sembuh!

cik dah faridah said... [Reply]

berdebar2 baca tadi..smga farisyah terus sihat....senyum sokmo deh farisyah....

Yan said... [Reply]

untuk kes cam farisyah ni tak boleh dijangkakn.. anytime can happen..wlupun pada awalnye dia nampak riang ria..

moga cik jue & suami terus kuat..

aNa said... [Reply]

Ya Allah Farisya,bakpelah jadi gitu.aku bace cite ni sambil iringan air mata na.aku paham perasaan seorang ibu terhadap anaknya.aku harap mu tabah hadapinya.moga Allah sentiasa lindungi Farisya.

farhana aka isteri fakri said... [Reply]

kesian farisyah..tkot bc n3 k.jue ni.smg farisyah pulih spnhnye.tp tgok dr pic smue 2 nmpk mcm sht je.mmg aktif farisyah ni..

Imaan09 said... [Reply]

ya ALLAH farisya.. nasib bek sbb mslh glukos je.. sian dia..

Mama Kembar 3 said... [Reply]

aduhai cik jue, mama baca ni pun trasa panik, inikan plak cik jue yg hadapinya. Moga lepas ni farisyah dah tak jadi camni dah, moga dia terus sihat & aktif cam biasa.

kayyana said... [Reply]

huihh,, panik jugak ye...ya Allah lindungila Farisya...

ch@ said... [Reply]

ooohhh myyy sungguh mengerikan. kita tak dpt byg kn situasi masa tu. kerisauan maksima.

aunty doakan cha sihat pulih sebaiknya ye. dia mmg sakit ye cikJue. maaf kita bertanya.

eB ezrin said... [Reply]

aduh... risau...
farisyah ader drh rendah ker sbb glukose tuh? eB nih samer la sbb tuh preggy bahaya...

~izan~ said... [Reply]

dpt bygkan betapa cuak dan takot dan risaunya cik jue n hb masa tu..Alhamdulillah semua kembali baik...semoga farisyah sentiasa sihat selalu lepas ni..nnt dah besar,baca blog ibu tau!

LYAfrina said... [Reply]

cik jue..sori lya lmbat smpai sini..

ya allah... dugaan tu bermacam-macam rupa.. tp syukur, semuanya kembali normal.. apa2 pon lya doakan agr farisyah trus sihat & kuat dr hari k hari. amin

Aku Ibu Muda said... [Reply]

kesian farisyah...dugaan utk kak na...

BloG PerIbaDi-SeGalanYa Hak MiliK aNNa-JuEaNNa