Friday, July 29, 2011

Lafazkan Kalimah Cintamu

Setelah berhari2 tidak bersiaran....
dan hari ni baru nak bersiaran....
Jasa nak kongsi cerita terbaru yang Cik Jue baca...

buku ni cerita SITI ROSMIZAH
memang terbaiklah ,cik jue memang suka buku siti rosmizah..dia memang pandai memainkan emosi kita.
kalau baca kadang2 rasa mcm tak betil pulak.tetiba boleh gelak,pastu nanagis pastu senyum ....bab kata cik hubby..

"ibu ni kalau baca novel dah macam org tak betul.."

lagi satu ayat best dia

"kalau gempak bumi kat luar pun ibu tak sedar,rumah roboh pun ibu tak sedar kecuali siling bilik ni runtuh baru ibu sedar tu pun tak sempat nak lari dah penyet ..kusyuk sangat baca novel"

hahahahaha nak buat mcm mana bini awak ni suka baca novel kalau bini awak ni suka shoping nanti kering pulak poket awak tu


oklah kita balik pada sinopsis


Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.


Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.


Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar diSyarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya.

Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya. Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah? Segalanya akan terjawab dalam novel setebal 816 mukasurat ini.



bagi yang suka buat koleksi novel...cik jue rasa ni novel yang wajib beli kerana ia
TERBAIKLAH...............



10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

4 comments:

LYAfrina said... [Reply]

novel ni mmg salah satu karya siti rosmizah y best.. tp try la baca andai itu takdirnya.. mmg xde lg y dpt lwn novel tu...

cik Jue Aka Ibu Farisyah said... [Reply]

lya : cik jue dah baca n memang salah satu koleksi novel cik jue

Syarafina Zaini said... [Reply]

best eh novel? saya belek2 jugak novel ni kat kedai buku aitu.. tapi tak pasti.. tgk penulis siti rosmizah rasa macam nak beli.. huhu~

Mama Zara said... [Reply]

kak an pun dh kena virus bc novel skarang ni, nk menjahit slow down sikit sbb duk sakit belakang..hehe

BloG PerIbaDi-SeGalanYa Hak MiliK aNNa-JuEaNNa