Saturday, July 30, 2011

Aleesya Farhana @ Ashraf Meninggal Dunia

Mohd Ashraf Abd Aziz, 26, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana meninggal dunia jam 4.50 pagi tadi selepas dimasukkan ke wad ICU, Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, awal pagi semalam kerana mengalami tekanan darah rendah akibat kemurungan apabila permohonannya ditolak Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu

Aleesya farhana Meninggal dunia akibat serangan jantung. Aleesya farhana atau nama sebenar Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz yang telah ditolak untuk menukar namanya kepada Aleesha Farhana oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 25 Julai lepas telah meninggal dunia pukul 5 pagi tadi selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi sebuah hospital malam tadi kerana serangan jantung dan tekanan darah rendah. Al-Fatihah.

Pada 18 Julai lalu, Mahkamah Tinggi Terengganu menolak permohonan Mohd Ashraf Hafiz, 25, selaku pempetisyen setelah mengambil kira tiga faktor iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin semasa pemohon dilahirkan dan kewujudan organ dalaman. Beliau yang berasal dari Seberang Takir, di sini, memohon untuk menukar nama di dalam Mykadnya kepada Aleesya Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.
Permohonan itu dibuat bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran dan kesukarannya menjalani kehidupan sebagai seorang wanita.




"kita tidak tahu kisah sebenar...hanya ALLAH yang tahu...apa2 AL FATIHAH moga allah cucuri rohnya....AMINNN"


10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

2 comments:

khaireen_8587 said... [Reply]

salam kak.. baru jer baca n3 pasal beliau ni 2ari lepas.. alfatihah untuk beliau ek.. suma tu rahsia Allah swt n Dia jer yang maha megetahui.. Semoga roh beliau d tempatkan antara orang2 yg beriman..

~izan~ said... [Reply]

Al-Fatihah...betul tu hanya Allah yg tahu semuanya...

selamat berpuasa cik jue...semoga kita sama2 beroleh keberkatan di bulan yg mulia ini... =)

BloG PerIbaDi-SeGalanYa Hak MiliK aNNa-JuEaNNa