Tuesday, April 19, 2011

Kisah RuMah TanGga....

kerja tengah malam cik jue kalau tak de kerja ialah...duk belek FB,jalan2 umah kawan2 blog...pastu goorge itu ini...hehehee.....

Semalam duk layan FB terpandang satu satu kumpulan kot...(x tahu org panggil apa).....
tajuk dia "KISAH RUMAH TANGGA"..rupa2nya kat situ ade org duk cerita kisah rumah tangga masing2 untuk dikongis bersama....mcm2 cerita tapi macam biasa kita membaca belajar mencari pengalaman dari kisah rumah tangga org lain...tapi ingat yang baik kita ikut yang tak elok kita jadikan pedoman.....

biasalah alam rumah tangga pelbagai dugaan yang ditempuh...pahit,manis masam semuanya ade....
kalau dapat pasangan yang memahami alhamdulilah tapi kalau dapat yang sebaliknye...alamak tanggung sendiri.....

tapi sebut kisah rumah tangga nie..cik jue adelah terbaca kisah seorang ibu tunggal ni...sedih kisahnye ditinggalkan suami bersama 3 orang anak....
sedih sangat...gigih akak ni menjaga anak2nye..setelah cinta si suami beralih arah...
kalau korang nak baca KLIK KAT SINI




Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang
disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada suami. Ini
dialog mereka:

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai yang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata 'Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!'

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.

Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan koma. Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini:

'Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintaimu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintaimu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati.'



Moga Rumah TanGGaKu Kekal sampai bila2....YA ALLAH KAU PELIHARKANLAH RUMAHTANGGAKU SAMPAI KEAKHIR HAYAT KAMI BERDUA.....




10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

2 comments:

zaidah said... [Reply]

mendalam betul maksud surat suami kepada isteri tu....biarlah kita hanya ahu yang suami sayang dan mencintai kita tanpa mengambil tahu sebabnyer....

anie said... [Reply]

i like.....

BloG PerIbaDi-SeGalanYa Hak MiliK aNNa-JuEaNNa