Thursday, March 17, 2011

LamBAt BerCakap-pandangan Pakar

ok kalau tadi cik jue kongsi tentang Speech Therapyh   sekarang cik jue nak kongsi pula punca lewat bercakap dan perkembangan percakapan anak mengikut umur berdasarkan penerangan PAKAR

Lewat bercakap boleh disebabkan beberapa masalah dengan:

  • Kebolehan bercakap (ada masalah pada korda suara dan lidah)
  • Kemasukan percakapan (masalah pendengaran)
Pemprosesan percakapan (masalah pada otak atau gangguan perkembangan pertuturan)
Dua jenis masalah lambat bercakap ialah kelewatan ekspresif
  (kesusahan menggunakan percakapan untuk meminta atau berinteraksi) atau kelewatan reseptif (sukar menafsir atau memahami percakapan orang). Ada juga kanak-kanak yang mengalami gabungan kedua-dua keadaan di atas.Kebanyakan kanak-kanak yang lewat bercakap juga mengalami gangguan perkembangan bahasa (DLD) dengan kelewatan ekspresif tetapi perkembangan kemahiran bahasa visual (mengenali ibu bapa dan objek, bertindak balas terhadap ekspresi muka, mematuhi arahan yang disertakan gerak badan atau tangan yang memberitahu anda mahukan sesuatu atau menuding jari ke arah objek diinginkan) yang normal seperti kanak-kanak lain.Kanak-kanak ini juga menunjukkan kefahaman normal terhadap percakapan orang lain, kemahiran mendengar (mengenal dan menoleh ke arah bunyi), mematuhi arahan mudah tanpa perlukan ditunjuk dengan perbuatan oleh orang yang memberi arahan, boleh tunjuk anggota badan atau objek yang disebut walaupun sesetengahnya turut mengalami sedikit kelewatan reseptif. Namun jika diberikan rawatan awal (terapi pertuturan), kebanyakan kanak-kanak boleh bertutur dengan baik apabila masuk sekolah.
Sesetengah kanak-kanak yang menunjukkan tanda kelewatan ekspresif hanya lambat bercakap dan kelewatan tersusun iaitu perkembangan pertuturan berlaku secara berperingkat.
Perkembangan pertuturan dan penguasaan bahasa kanak-kanak ini akan menjadi normal dengan peningkatan umur tanpa sebarang rawatan.
Malangnya sehingga kini tiada kaedah membezakan atau menentukan sama ada seseorang kanak-kanak mengalami kelewatan tersusun yang boleh bertutur dengan peningkatan umur dengan kanak-kanak yang memerlukan terapi.

Masalah pendengaran juga boleh menyebabkan kanak-kanak lewat bercakap. Justeru, kanak-kanak yang disyaki mengalami masalah ini perlu dibawa menjalani ujian pendengaran.
Jangan anggap mereka boleh mendengar hanya kerana kanak-kanak ini menunjukkan tindak balas kepada bunyi tepukan yang kuat, loceng atau datang apabila dipanggil dari bilik sebelah.
Punca lain kelewatan bercakap termasuk masalah membabitkan otak seperti terencat akal dan autisme. Selain kelewatan ekspresif dan reseptif, perkembangan kemahiran bahasa visual (mengenali objek, bertindak balas terhadap mimik muka, mematuhi arahan dengan ditunjukkan pergerakan tangan) juga lambat.

Bagaimanapun, keadaan ‘berat mulut’, malas bercakap atau mempunyai ramai adik beradik yang lebih banyak bercakap atau dibesarkan dalam keluarga bertutur dua bahasa tidak menyebabkan masalah kelewatan bercakap.
Senarai di bawah adalah sebagai panduan terhadap perkembangan percakapan kanak-kanak. Kanak-kanak yang menunjukkan pencapaian 75 peratus, perkembangan pertuturan mereka boleh berlaku secara normal. Namun ini hanya panduan, dapatkan nasihat pakar kanak-kanak jika anak anda tidak menunjukkan perkembangan seperti disenaraikan. Kelewatan bercakap jika disebabkan kurang pendengaran perlu dikenal pasti seawal mungkin.

Perkembangan percakapan


Bayi baru lahir -Boleh mendengar dan membezakan sama ada bunyi datang dari kiri atau kanan. Mereka akan menggerakkan kepala ke arah sumber bunyi. Bayi anda juga sepatutnya boleh memberi tindak balas kepada bunyi perlahan. Bayi mula senyum dan menunjukkan gerak balas kepada seseorang pada umur sebulan dan mengenali suara ibu bapa pada umur satu hingga 2½ bulan

Tiga hingga enam bulan — Bayi boleh meniru bunyi percakapan
Empat hingga lapan bulan — Bayi menyebut satu suku kata (contoh ba, da, ga, gu)
Lima hingga sembilan bulan — Bayi menyebut beberapa suku kata berulang-ulang (contoh bababa, lalala)
Enam hingga 10 bulan — Bayi mula menyebut perkataan mudah yang kerap didengar (emak, ayah, tak)
Lima hingga 10 bulan — Kebanyakan bayi boleh menyebut mama, dada — yang tidak hanya merujuk kepada ibu dan ayahnya
Enam hingga sembilan bulan — Kebanyakan bayi boleh mengikut atau mematuhi arahan pendek yang disertakan dengan pergerakan badan atau tangan. Contohnya meminta dia memegang objek atau tangan anda. Dalam lingkungan umur tujuh hingga 11 bulan, bayi sepatutnya boleh mematuhi arahan ringkas tanpa perlu ditunjuk dengan tangan
Tujuh hingga 12 bulan — Sudah pandai menggunakan perkataan mama, emak atau ayah dengan betul
Sembilan hingga 14 bulan — Biasanya sudah boleh menyebut satu patah perkataan (selain emak, ayah)
10 hingga 15 bulan — Sepatutnya bayi boleh menunjuk ke arah objek yang dikehendakinya
11 hingga 20 bulan — Anak anda seharusnya boleh menyebut empat hingga enam perkataan (selain emak, ayah atau nama adik beradik)
14 hingga 21 bulan — Si kecil boleh mematuhi arahan dua langkah tanpa bantuan pergerakan tangan (contoh ‘Duduk di sini dan makan’). Pada umur 14 hingga 18 bulan, dia seharusnya boleh menunjukkan dua atau lebih anggota badan dan meningkat kepada enam anggota badan pada umur 22 bulan
16 hingga 20 bulan — Kanak-kanak boleh menyuarakan kehendaknya dalam satu perkataan (jus, susu, lagi, banyak)
18 hingga 22 bulan — Si kecil sudah boleh menggabungkan dua perkataan atau ayat mudah seperti ‘hendak susu’ atau ‘mahu lagi’
16 hingga 24 bulan — Kanak-kanak seharusnya sudah boleh menguasai lebih 50 patah perkataan
19 hingga 26 bulan — Menggunakan perkataan saya, awak walaupun kadangkala terbalik. Kebanyakan kanak-kanak boleh menyebut perkataan dengan baik apabila berumur 30 bulan
24 bulan — Percakapannya boleh difahami separuh oleh orang lain atau individu yang jarang berjumpa kanak-kanak berkenaan
24 hingga 32 bulan — Boleh menamakan empat gambar
26 hingga 32 bulan — Boleh bercakap dalam dua hingga tiga ayat mudah
27 hingga 34 bulan — Boleh memahami dua arahan dalam satu ayat contohnya ‘Letak cawan di atas meja atau sebelah buku’
29 hingga 34 bulan — Boleh menamakan dan kegunaan sekurang-kurangnya dua objek. Kanak-kanak seharusnya boleh mengenali satu warna pada umur 2½ hingga 3¼ tahun dan empat warna pada umur tiga hingga 4½ tahun

Tiga tahun — Hampir 75 peratus pertuturannya boleh difahami orang yang jarang bertemu kanak-kanak ini. Pada umur ini mereka boleh menguasai lebih 250 perkataan. Pada umur empat tahun, percakapannya seharusnya boleh difahami sepenuhnya dan mampu menguasai 600 perkataan Saringan pendengaran boleh dilakukan pakar kanak-kanak melalui satu ujian mudah (audimetri) apabila mereka boleh memberi kerjasama (biasanya selepas umur empat tahun). Kanak-kanak (dari dilahirkan hingga empat tahun) perlu berjumpa pakar pendengaran untuk ujian selanjutnya.Jika anda fikir anak anda lewat bercakap, bawa si kecil untuk jalani ujian pendengaran. Pada masa sama kanak-kanak yang ada masalah lewat bercakap juga perlu dirujuk kepada pakar terapi pertuturan atau pakar psikologi jika perlu secepat mungkin.Pada masa sama ibu bapa juga boleh membantu meningkatkan percakapan anak dengan:
  • Membaca buku kepada anak, terutama buku bergambar di mana anda boleh mengajaknya untuk menunjuk atau menamakan objek
  • Gunakan bahasa mudah apabila bercakap dengan anak, dibantu dengan gerak badan atau tangan. Tanya banyak soalan kepada anak. Pastikan anda ‘bercakap’ dengan si kecil dan bukan memberi arahan
  • Beri tindak balas segera apabila anak bercakap untuk memberi dorongan kepadanya
  • Ulang perkataan atau ayat anak anda dengan menambah beberapa perkataan lagi bagi memanjangkan ayat berkenaan
  • Sabar melayan anak dan jangan marah jika dia melakukan kesilapan. Beri masa untuk anak menghabiskan ayatnya
  • jangan paksa anak bercakap

artikal ini cik jue ambil dari :http://sumijelly.com -dan ini adalah nasihat dari pakar sendiri tau.


10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

8 comments:

Nigina said... [Reply]

saya pun risau gak.. anak sy baru masuk 18 bulan tapi belum boleh bercakap perkataan yang bermakna.. lain cakap dia saya tak faham.. dia boleh cakap yang hujung .. spt bye, burung, bas.. tapi masih belum pandai panggil saya mama..

[-suziey-] said... [Reply]

good info..thanks for sharing..farisyah xbckp dgn btl lagi ke cik jue?

Mama Kembar 3 said... [Reply]

thanks for d infor cik jue. kalau ikut schedule atas tu, Fahmi & Faris baru takat bdk umur 22bln, si Fauzi blakang lg drpd tu, padahal umur diorang dah 30bln. Bab faham arahan, tu no problem. Nak bercakap balik ngan kita je problem.

Dulu doktor pernah kata diorang development mungkin lambat skit dr kanak kanak biasa sebab diorang premature. Atau agaknya diorang ni malas nak bercakap betul betul sbb diorang bertiga? Cth nya kalau Fahmi mintak sesuatu (susu, biskut, tgk tv etc etc), yang lagi dua pun akan dapat jugak...so jd malas nak bercakap kot?

But risau jugak nih. Patut ke mama bawak diorang jumpa specialist? Nak jumpa doktor pakar kanak kanak dulu ke speech therapist?

e.l.i.s.s.m.i.e said... [Reply]

anak aku pulak terlebih cakap.dia tidur pun kadang2 dia bercakap..hahahaha.bila orang suh duk diam, ada la dalam 5 saat kot diam :p mungkin makan vontot ayam masa pregnant dulu :p

Ummi Eisya said... [Reply]

good info..alhamdulillah eisya dah pandai sgt berckp sampai kitaorg suh dia stop kadang2..jenuh nak layan tapi kena gak layan..hihii

CiK Jue aka ibu FarisYah said... [Reply]

nagina:tak pe setiap buidak lain perkembangannye

@suzie:dah betul tapi masih ade dlam 30% lagi yang pelaknye...

@mamakembar3:boleh jugak mama bawak jumpa pakar tengok dulu ape kata pakarkan....

@elis:sama dengan farisyah kadang2 aku suruh di diam sekejap ..tapi tulah farisyah nikan pelat...ade yang paham ade yang tak...

aanie said... [Reply]

thanx cikjue utk info ni...blh buat panduan utk adam nanti...

mamaqari said... [Reply]

anak mamaqari 23bln..tp skit jer perkataan yg dia bule sebut..tp bila kita ckp dia paham...cuma dia x nk berckp jer..bila berckp bahasa yg kita x phm..normal ke tu?

BloG PerIbaDi-SeGalanYa Hak MiliK aNNa-JuEaNNa