Thursday, May 27, 2010

terjawab sudah...

pagi 24/5/2010..awal-awal pagi lagi aku n hubby bersiap-siap nak bawak farisyah ka IJN ade temunjanji..
pukul 6.45 kami bertolak dari rumah ke IJN yelah biasalah KL kalau lambat takut jalan Jem pulak dalam pukul 7.15 dah sampai masuk Kampung Baru jap untuk sarapan pagi. Dalam kul 7.45 kami masuk ke IJN,ambil nombor ..alamak tak bawak GL lak pulak nasib baik mai ade tolong faxkan GL untuk aku terima kasih banyak2 Mai sebab sudi tolong...lepas selesai urusan pendaftaran farisyah kena buat  Elektrokardiografi (ECG) untuk melihat aktiviti elektrik pada jantung bilik nombor 910 sebelum ni pun dah buat tapi doktor nak yang terkini pulak..
masa kat bilik ECG tu memang kelakar mula2 farisyah memang nak mengangis buat ECG sebab takut tapi masa doktor letak aje pelekat pada dada dia terus dia gelak katnye geli...ketawa terbahak dia kegelian...
lepas aje selesai pergi bilik 901 ambil berat n tinggi hasilnye...14 kg berat n tinggi 100 cm..
selesai semua tunggulah masa yang paling memboring tunggu doktor panggil....jam pukul 10.30 baru doktor pakar masuk dan mula panggil nombor..sepanjang menunggu macam2 aku tengok budak yang sakit ...runtuh rasanye jantung aku melihat keadaan anak-anak yang sakit jantung,air mata aku hampir berderai melihat setuasi  ini...YA ALLAH kesianye tabahkanlah hati IBU DAN AYAH mereka..kuatkanlah semangat mereka untuk terus berjuang demi anak-anak tersayang...sayu hati aku melihat wajah2 kecil ini yang sedang menanggung kesakitan...
pukul  11.45 nombor farisyah dipanggil bilik 907...kaki melangkah dengan hati yang berdebar-debar...YA ALLAH moha semuanye ok...doktor yang merawak farisyah doktor syukri orang arab..baik sangat dan lelmah lembut..dia tanye kes ape...ceritalah kat dia yang doktor putrajaya suspek farisyah ada
Patent ductus arteriosus (PDA) : terdapat saluran darah menghubungkan aorta dan arteri pulmonary. PDA yang kecil boleh ditutup menggunakan penutup khas (tanpa pembedahan jantung terbuka). PDA yang besar tetap memerlukan pembedahan jantung untuk menutup saluran. Bagi bayi yang lahir pramatang saluran ini tetap terbuka ketika sakit dan ubat boleh diberikan untuk menutupnya.
untuk memastikan kebenaranye maka doktor pun buatlah ujian  Echokardiografi : imbasan organ jantung .
lama jugak doktor tu buat kat farisyah hampir 1/2 jam nasib baik farisyah duduk diam jadi takde masalahlah nak buat ujian tu... kami lihatlah macam mana jantung farisyah berdegut..laju macam orang lari 100 km sejam, dari situ kita dapat lihat macam mana jantung farisyah ok ke tak? doktor menerangkan bahagian2 dalam jantungnye ..dan memang kami nampak PDA yang ade dan kesimpulannye memang ade PDA..
seteleh selesai doktor terus bagi kami tarikh supaya datang nak menutup saluran PDA itu,
YA ALLAH rasa sedih dan takut terus menyelumbungi hati kami suami isteri, tapi kami redha kerana inilah yang terbaik buat farisyah..lagipun doktor cakap dia dia hanya operat kecik aje dan tiada risiko yang membahayakan..tapi sebagai ibu kecik atau besar ia tetap mengugap hati aku..
farisyah kena masuk wad 2/6,3/6 dah kena operat..klu takde ape2 4/6 dah boleh balik...itulah kata doktor...
moga2 ia berjalan seperti yang dirancang...setelah selesai semua..kami ke bvahagian kemasukan wad untuk mendaftar...selesai semua dalm pukul 12.30 tengahari kami terus balik rumah dengan hati yang rawang..mengenangkan nasib farisyah..singgah jap makan kat kedai SUP POWER kat bangi tapi semuanye rasa pahit...bila teringat kata2 doktor tadi...farisyah tidur sampai balik rumah...

farisyah anak ibu dan ayah...kami doakan moga farisyah sihat macam biasa selepas ni kami sayang farisyah sepenuh hati dan jiwa raga kami..ibu dan ayh doakan moga farisyah jadi anak yang berguna didunia dan akhirat..amin..WE love u so much...



10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

Saturday, May 8, 2010

happy mother days....

IBU...IBU ENGKAULAH RATU HATIKU
BILA KU BERDUKA....
ENGKAU HIBURKAN SELALU
IBU..IBU ENGKULAH RATU HATIKU....'

inilah lagu yang selalu farisyah nyanyi buat aku......alangkah indahnye diri ini setelah bergelar seorang ibu buat anak yang lahir dari perutku sendiri....hasil pengkongsian hidup antara aku n hubby....

Detik masa terus berlalu tanpa menanti sesiapa dan semakin hari umur kita pun akan meningkat bersama pengedaran masa. Kita semua dilahirkan di dunia ini melalui seorang yang bernama ibu. Begitu besar peranan dan jasa insan yang bernama ibu ini. Oleh itu renungkanlah sejenak apakah yang telah kita lakukan untuk membalas segala budi ibu ini. Sekurang-kurangnya peluk dan ciumlah ibu masing-masing yang dapat berjumpa atau sekurang-kurangnya telefon ibu bagi mereka yang duduk berjauhan.
buat ibu tersayang...PUAN ZAINAB BINTI MAT DIN.....

Ibu
Setiap deras degupan jantungku
Engkau mampu merasanya
Ketika aku:
Sedih
Gembira
Gelisah
Naluri ibumu
Bagaikan sebati dalam diriku

Ketika aku sedih
Kaulah ubat kepada duka laraku
Menceriakan dan menghakis
Perasaan yang melunturkan
Semangatku

Ketika aku gembira
Engkau juga turut berkongsi
Kegembiraan yang menyinari saat
Aku hidup di muka bumi ini
Sebagai manusia

Pabila gelisah menyelubungi jiwaku
Engkau masih bersamaku
Menolong menyelesaikan
Masalah yang tak sudah-sudah mengusutkan
Perjalanan hidupku

Ibu
Selagi hayat dikandung badan
Aku akan sentiasa mendampingimu
Membelai dan menjagamu hingga ke hari tua

Ibu
Aku tahu kasih sayang yang kucurahkan kepadamu
Tak setanding kasih sayang ibu kepada anaknya
Namun, terimalah keikhklasanku
Untuk menyayangi
MU sepanjang hayatmu....
NA sayang Mok Sampai bila2.....


ibu semua yang mengunjungi blog ini dan bergelar ibu ...selamat hari ibu..jadilah seorang ibu yang terbaik buat anak masing..dan didiklah amanah yang diberikan itu sebaik mungkin....HAPPY MOYHER DAY buat...anie,ayu,cik bal,kak ummu ammar n semua IBU2,UMI2,MAMA2,MUMY2,MAK2 serta siapa saje yang bergelar ibu.....


10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

HAPPY BEZDAY AYAH...

25 april 2010 maka genaplah umur may love hubby 28 tahun...hehe ibu kasi baju jaket ye buat ayah moga ayah suka ok...mana tak suka pilih sendiri tak dapat buat kejutan.
buat suami tersayang MOHD FAUZI BIN OTHMAN.....ibu dan farisyah mendokan semoga ayah sihat sejahtera..dirahmati ALLAH selalu serta dimurahkan rezeki...menjadi seorang suami dan ayah yang peyanyang.
ibu dan farisyah menyayangi ayah sepenuh hati dan jiwa raga kami berdua...WE LOVE U ALWAYs...
jomlah layan gambar kami makan kat BANGI STEEMBOOT VILLAGE......best jomlah jemput makan semua...

aksi ayah dan farisyah makan...

   gaya farisyah makan ais krim....nyum..nyum..nyum


                    inilah dia steemboot


                            memeng lazat......

buat ayah...happy bezday to you...happy bezday  to you..happy bezday to ayah...happy bezday to u....


10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

BloG PerIbaDi-SeGalanYa Hak MiliK aNNa-JuEaNNa