Saturday, July 3, 2010

FATHER FIGURE CONTEST BY ICEBOXRIVET 2010

sekarang aku ni tengah gile nak masuk Contest..terjah punye terjah aku berkenan pulak dengan contest yang Puan Ida RaHayu anjurankan..macam bestkan..bolehlah aku cuba nasib klu menang ALHAMDULILAH....
jomlah kita join sama2..kalu nak tahu korang boleh klip  DI SINI semua syarat2 penyertaan ade...

Inilah Gambar Dari Pihak Penganjur...
dan dari aku ialah...
....
....
...
...

My little Princess NuR FarisyaH aNd My Loving HuBBy Mohd Fauzie 
AND 

Ni Pulak Gambar aku Dengan  ayah Kesayanganku..Johari bin Haji Muhammad


kerana kasih serta sayangku pada insan yang bergelar ayah....Puisi ini aku karang sempena hari bapa untuk MY loving FAther...Aku sayang ayah Selamanye dunia dan akhirat...buat my hubby terima kasih kerana banyak menolong dalam menguruskan farisyah dan mendidik farisyah menjadi insan yang berguna ..INSAYALLAH....

Ayah,
Kau tetap gagah melawan ombak
Kepayahan dan perjuangan hidup
Demi untuk kebahagian keluargamu
Terkadang kau tersungkur
Namun....
Kau tetap terus berusaha
Berdiri semula
Demi untuk anak dan isterimu
Ayah,
Aku kagumi semangatmu
Aku kagumi keberanianmu
Akan ku ikuti jejakmu
Akan ku perjuangkan cita-citamu
demi untuk seorang insan bernama ayah....
Ayah,
Kini kau sudah tua
Tiada yang lebih menakutkan aku
Selain daripada kehilangan mu
Sesungguhnya...belum habis lagi
Ku berikan kasih sayangku untukmu
Ku bermohon kepada Ilahi
Agar ku kan diberikan masa
Untuk membalas segala jasamu juga ibu tercinta
Biar pun ku tahu bahawa ianya tidak akan terbalas...
Ya Allah,
Kabulkanlah permintaan ku ini
Janganlah Kau biarkan hati ini
Kelukaan dan terkilan
Dalam melaksanakan niat suci ini
Hanya pada Mu lah tempat ku meminta
Ayah,
Hilangkanlah duka mu
Anakmu ini kan membelamu...
Kan terus membela mu...
Demi seorang insan bernama...AYAH...

10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

3 comments:

Sidratul Muntaha said... [Reply]

salam.
done.dah check.
btw..your poem is so sincerely.
it's make me cry now!!
maybe because I'm also anak bapak?!
good luck.
tq for joint!

anie said... [Reply]

wah..sat2 tu gie amik gambar ke no...hehe

jue-anna fauzie said... [Reply]

thank penganjur...

anie:kebetulan petang tu aku snap gambar farisyah...

BloG PerIbaDi-SeGalanYa Hak MiliK aNNa-JuEaNNa