Sunday, July 11, 2010

akhirnye..terjawab sudah

Aku punye tajuk macam nenakutkan..bukan ape akhirnye aku dapat juga jawapan sebenar bagi masalah farisyah..ye my little princess tu..biasalah ia baru boleh bercakap tapi pelat yang amat sangat..tapi berSyukur sekurang2nye selepas bawa pergi jumpe doktor alhamdulilah tidak ade2 ape yangamenakutkan  maksud aku semua dalam keaadan ok...duduk tengah2 aku belek majalah PAMA akhirnye aku dapat jawapan yang selama ini aku cari dan ini mengurangkan sedikit tekanan aku selama ni...jomlah aku kongsi dengan korang...

 Pada umumnya 75 peratus kanak-kanak boleh menyebut bunyi-bunyi tertentu pada umur yang tertentu. Contohnya, pada usia anak 3 tahun, mereka sudah boleh menyebut bunyi-bunyi b, d, g, h, m, n, p, t, w, ng. Apabila umur mereka mencecah 3 tahun setengah, mereka boleh menyebut k,f.
Pada usia anak 4 tahun pula, mereka boleh menyebut ‘l’, ‘sh’, ‘ch’. Seterusnya, pada usia anak 4 tahun setengah, mereka boleh menyebut j,s,z. Pada usia anak 5 tahun pula, mereka sudah boleh membunyikan huruf r. Pada usia anak 6 tahun pula, mereka sudah pandai membunyikan huruf v.
Apabila usia mereka meningkat 7 tahun, mereka menjadi semakin cekap dan boleh membunyikan ‘th’ (macam bunyi huruf ‘tha’ (huruf al-Quran). Namun, perlu diingatkan sekali lagi, 75 peratus sahaja kanak-kanak yang boleh menyebut huruf-huruf tertentu mengikut tahap umur mereka. Tidak semua kanak-kanak akan melalui tahap yang serupa.
Mungkin mereka cepat berjalan, oleh sebab itu mereka agak lambat untuk bercakap dan juga sebaliknya. Mungkin disebabkan faktor kognitif dan sosialisasi mereka. Sekiranya sudah berjumpa doktor dan  tiada masalah atau kecacatan fizikal, mungkin anak anda mengambil sedikit masa untuk bertutur sepenuhnya berbanding orang lain.
Cuma, jangan terlalu melayan pelatnya itu sehinggakan kita sebagai ibu bapa turut bercakap pelat dengannya. Betulkan setiap kali anak  bercakap pelat. Jangan dimarahi seperti “itu salah...berapa kali nak cakap”, nanti anak-anak akan berasa bimbang, cemas, takut, dan malu.
Hanya ulang semula perkataan yang pelat dengan perkataan yang betul dan mintanya mengulanginya. Jangan pula membandingkan dengan orang lain seperti “tengok tu, adik lagi pandai dan cekap dari abang”. Dengan berbuat demikian akan hanya menjadikannya berasa rendah diri dan mungkin marah dan dendam pada adiknya.

10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

No comments:

BloG PerIbaDi-SeGalanYa Hak MiliK aNNa-JuEaNNa