Monday, June 7, 2010

Farisyah @ IJN

2/06/2010 - Rabu

Pukul 12.30 tengahari kami melangkah ke IJN,sebab ari ni farisyah kena masuk wad nak jalani prosedur untuk PDA nye esok. kami sampai dalam jam 1.30 tengahari,sampai kaunter pendaftaran ramai jugaklah yang sedang menunggu giliran untuk masuk wad,setelah selesai pendaftaran kami tunggu di ruang menunggu yang disediakan untuk menunggu nurse yang akan menjemput kami ke wad. farisyah dimasukkan kedalam wad Anggerik di tingkat 4, farisyah dapat katil no 22, maka bermulalah episod kami tinggal di wad. macam biasalah farisyah gelak2,senyum dan dengan ramahnye menegur sesiapa sahaja di wad itu,dalam jam 5.30 farisyah dipanggil untuk diamabil darah dan dipasangkan jarum bagi memudahkan urusan untuk memasukkan ubat dan air.mula2 farisyah ok aje borak2 dengan nurse yang nak ambil darah lepas itu kena sejarum terus melalak....terus dicakap "acik ni buat dia" setelah selesai teruslah farisyah jadi orang sakit barulah dia nak duduk atas katilnye kalu tidak....(sebelum itu masa mula2 jumpe nurse,nurse tu tanya mana pesakitnye..terkejut betul dia masa kita orang tunjuk farisyah...macam bukan pesakit aje...) dalam pukul 6.30 petang farisyah terus tidur sampai pagi..doktor syukri datang jumpe kami pukul 7.00 malam untuk menerangkan tentang prosedur yang akan dijalankan esok...
prosedur itu dijalan pada jam 9.00 pagi jadi mula pukul 2.00 pagi farisyah dah mula kena puasa,setelah selesai membaca dan menandatangani surat perjanjian my hubby dan mak aku pun balik tinggallah kau menjaga farisyah sorang diri kat hospital,pukul 1.30 pagi aku bagi susu untuk farisyah takut dia lapar lagipun selepas ni dia dah tak boleh minum susu dan makan lagi...

3/06/2010-Khamis

pukul 6.30 pagi aku dah bangun,kat IJN ni sejuk betul sampai mengigil dibuatnye,my hubby,mok dan neda sudah sampai kul 7.00 pagi.aku kejutkan farisyah dan mandikannye.hati kami semua berdebar2 sebab kejap lagi farisyah dah nak masuk bilik bedah...pukul 8.00 pagi nurse datang bawak baju suruh farisyah tukar,sayu aku lihat wajah farisyah dalam hati aku tak putus2 berdoa moga ALLAH selamatkan farisyah.pukul 8.30 nurse datang bawak bed untuk farisyah baring,tapi dia taknak jadi terpaksalah ayahnya dukung sampai ke bilik bedah.my hubby,mok dan neda tak boleh masuk hanya aku aje yang boleh masuk kedalam dewan bedah,dia oarng semua kena tunggu kat ruang menunggu dihadapan dewan bedah.aku baringkan farisyah atas bed dia dah mula nak menangis,nasib baikalah nurse kat dalam tu pandai ajakk dia borok tapi tangannye tak lepas dari mengemgam tangan aku,aku tahu dia takut,sabar sayang ibu jugak takut tapi kita doakan bersama2 moga farisyah ok farisyah ditolak masuk ke dalam makmal kecil,aku ikut bersama2,disana farisyah di bius sekejap aje mata farisyah dah tertutup...aku sebak seketika doktor menguruh aku mencium farisyah sebelum meninggalkannye...(jangan bimbang anak puan ok,kita sama2 doakan moga prosedur ni berjalan lancar,puan tunggu kat luar prosedur ni ambil masa 30 hingga 45 minit sahaja, puan jangan sedih kami akan lakukuan sebaik yang mungkin)aku melangkah keluar tanpa memandang kebelakang kerana aku takut aku tidak kuat untuk meninggalkannye seorang diri.
kelauar aje aku terus pergi ketempat mak aku menunggu,aku peluk dia mak cakap kita doakan moga farisyah ok,my hubby nampak selamba aje tapi aku tahu dia risau sebab aku tengok dia tak tentu hala,masa berlalu betul2 lambat.farisyah kat dalam dah hampir 1 jam lebih dia orang cakap hanya 45 minit aje.kami semua dah mula risau....aku mula rasa nak menangis..dalm otak aku ni dah macam2 pikir bende tak baik....YA ALLAH selamtkanlah anak kau,
 Doktor keluar dengan senyuman dan menyuruh aku masuk...aku tengok farisyah baring kepenatan mulut dia menangis dan meracau2,doktor suruh kejutan dia...aku cuba tapi dia masih taknak bangun...doktor cakap maaf lambat sikit sebab kami dah buang semua kahak kat dalam paru2 dia,lubang tadi kami dah tutup alhamdulilah semuanye berjalan lancar dan urusan pun senang... dalam beberapa minit farisyah pun sedar dan ditolak ka wad yang sama tapi kami ditukarkan ke bilik lain yang mempunyai alat untuk dipasang dibadan farisyah.kesian anak aku di kena puasa lgi sampai pukul 4.00 petang..lapar dia asyik mintak air aje..macam2 alasan kami bagi .pukul 4.00 aje farisyah terus minum air..alhamdulilah farisyah ok aje tak muntah..kami bagi dia makn biskut kemudian minum susu...farisyah amat penat ari ini, kadang2 dia menangis mengadu sakit di peha...malam ni aku tidur dengan mak aku kad wad....Terima kasih mok kerana sudi teman na dan tolong jaga farisyah

4/06/2010-Jumaat


bangun pagi farisyah dah nampak ok pada semalam,nurse datang cabut semua wayar yang beselerak kat atas badan dia..nak tahu lepas tu farisyah ok macam biasa kami semua terkejut tengok dia aktif macam biasa macam tak ade ape yang berlaku,macam tak sakit...mulut dia tak henti2 tanya itu dan ini,tergelak kami dibuatnye..kat wad anggerik semua ketawa tengok telatah dia sampai nurse dan doktor pun tegelak...hari ni kami dah boelh balik...Doktor cakap semuanye ok kami kena datang balik bulan 9 untuk buat rawatan susulan sahaja...

TERIMA KASIH BUAT MOK SEBAB SUDI DATANG TEMANKAN AKU KAT HOSPITAL,BUAT DOKTOR SYUKRI DAN DOKTOR NURLIA SERTA TEAM YANG MENJALANKAN PROSEDUR PADA FARISYAH TERIMA KASIH BANYAK2..BUAT NURSE KAT WAD ANGGERIK TERIMA KASIH LAYANAN ANDA MEMANG BAIK.....DAN BERSYUKUR ALHAMDULILAH FARISYAH SIHAT SEPERTI BIASA ...buat semua rakan opis yang telah mendoakan farisyah terima kasih jjasa kalian tidak aku lupakan sampai bila2

hari pertama farisyah di wad

hari kedua farisyah di dukung oleh ayah menuju ke dewan bedah

farisyah selesai jalani prosedur

farisyah sempat posing walaupun sakit

farisyah yang tengah sakit

hari ketiga selepas wayar telah dibuka

sempat posing sebelum balik
melangkah keluar dari IJN..selamat tinggak Sya dah nak balik...

10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

1 comment:

eB ezrin said... [Reply]

suker tgk dier senyum.. pas nih auntie nyer turn pulak... dtg lawat auntie tau :)

BloG PerIbaDi-SeGalanYa Hak MiliK aNNa-JuEaNNa